BAB 16 - SAHABAT

527 35 2
                                    

-Sara & Diena POV-

Sara pun bangun dari duduknya setelah melihat nametag zombie itu.Kini dia faham kenapa Diena menangis.Dia juga dapat merasakan kesedihan hati kawan nya itu.

PASTI PERIT.

APALAGI

MEMBUNUH

BOYFRIEND

SENDIRI.

Sara mendekati Diena.Dia terus memeluk Diena.Cuba untuk memujuk Diena supaya bersabar dan cuba untuk berhenti menangis.Dia tahu hati Diena pasti sekarang sangat terluka.

Kasihan Diena

Diena masih menangis.Makin menjadi jadi apabila Sara datang memeluknya.Hati nya berkecai.Hancur.

Dia telah membunuh orang.

Orang yang selama ini disayangi.

Dia patut dihukum.

Apa patut dia bunuh diri?

Sara cuba membangunkan Diena.Diena hanya menuruti gerakan Sara.Dia tidak kuat menghadapi masalah ini.Dia sudah tidak larat tapi Sara cuba memberinya semangat.

Sara pun membawa Diena ke stor sukan.Tak lupa juga beg makanan.Perut yang lapar tadi dilupakan.Yang paling penting adalah menenangkan kawannya.Diena.

********************************************
-FAY,IRANI&INTAN POV-

Setelah rasa sudah terlalu jauh mereka berlari.Akhirnya mereka pun berhenti sekejap.Penat kot lari lari.

"Zombie nya dah tak kejar kita kan?" Tanya Irani.

"Aku rasa tak kot." Jawab Fay tercungap cungap.Dahlah kena papah Intan lagi.Pastu kena lari lagi.Haih penat giler wooo! Tapi tak kan lah dia nak tinggal kawan dia kan?kahkah.

Intan pun menarik tangan nya.Lenguh juga tangan nya apabila asyik berada di atas bahu Fay.Lagipun dia rasa dia masih kuat untuk berjalan.

"Kau ok tak ni?Boleh jalan tak?" Tanya Fay.Risau pula nanti kang tiba tiba tumbang ke ha dah satu masalah timbul. Cukuplah,Sudahlah dia penat.

Intan hanya menggangguk tanda dia ok.

"Fail?" Tanya Irani.

 

  "Ada kat tangan aku ni kau jangan risau." Jawab Fay sambil menunjukkan Fail tersebut kepada Irani.

   Irani menarik nafas lega.Kalau tidak diambil fail itu tadi pasti sia sia dia mencari,menghadapi zombie bagai tapi hasil tiada.Baik dia tidur dalam stor.Manja kan seluruh urat dan tulang badan nya.Itu lebih bagus!

   Fay pun mengajak Irani dan Intan untuk kembali ke stor sukan.Pasti Diena dan Sara sudah menunggu kepulangan mereka bertiga.Mereka pun menuju ke stor sukan.Bersyukur kerana sepanjang perjalanan ke stor sukan tiada apa apa yang berlaku.Lagipun mereka juga sudah terlalu penat.

********************************************

   Intan memulas tombol pintu stor tersebut.

TAK BERKUNCI!

    "Tak kunci" kata Intan.Dia memandang Fay dan Irani.

   "Diena dengan Sara dah ada kat dlm tu kot." Kata Irani.Dia sibuk melihat luka luka di badan nya.

   Intan pun membuka pintu tersebut.Terlihat Diena dan Sara di dalam.

   Posisi Diena yang duduk di penjuru hujung sambil memeluk lutut.Sara pula hanya terbaring memandang siling.Ada juga beg bersebelahan dengan Sara.Tidak tahu pula beg apa itu.

#1 : VIRUS OF RABIES (ADVENTURE COMING)Where stories live. Discover now