Setiap pelajar diberi satu kertas kecil.
Kertas yang mempunyai angka nombor didalam nya.Intan,Irani,Diena,Fay dan Sara membuka kertas mereka masing masing.
"Ok semua pelajar,semua sudah dapat nombor masing masing?"
Tanya pengetua.Kelihatan semua pelajar menggangguk mereka tidak mahu mengeluarkan suara mungkin terlalu takut kerana selepas ini mereka akan di periksa.
"Baiklah.Pelajar semua diminta bertenang dahulu.Para saintis akan memanggil satu satu nombor untuk diperiksa sila beri kerjasama"
kata Pengetua lagi.Semua hanya diam membisu menunggu giliran dipanggil.
Kelihatan para saintis sibuk menyiapkan keperluan untuk memeriksa pelajar pelajar nanti.Ada jarum suntikan,Ubat,Gunting dan sebagainya.
"Nombor 016"
panggil seorang saintis perempuan.kelihatan seorang pelajar perempuan bangun dan mengikuti saintis perempuan tersebut.
Hampir 30 minit berlalu,sebanyak 10 orang yang dipanggil hanya 7 orang sahaja yang dapat kembali ke tempat duduk nya yang asal.Itu menjadi pertanyaan bagi semua pelajar.
Mana 3 orang pelajar lagi?
"Weh mana 3 orang lagi?"
Tanya Fay."Tah we."
Jawab Diena.Muka Diena pucat nampak sangat dia ketakutan.
"Ko agak agak apa yang dibuat dengan 3 orang pelajar lagi tho?Cek darah je kot."
Duga Intan."Tah tah 3 orang lagi dah kena jangkitan"
kata Irani."Tak kan lah we"
kata Sara.Semua hanya memandang antara satu sama lain.
"Nombor 021 sila bangun"
panggil saintis perempuan tadi.Intan panik.
"We nombor aku we macam mana ni?"
Panik.
Ye Intan panik.
"Its ok chill we.ikut je apa diaorang suruh.kalau ada apa apa kau jerit je nama kitaorang nanti kitaorg datang"
kata Fay.Yang lain juga menggangguk muka masing masing risau akan Intan.
Rasa tidak sedap hati datang pada 5 sahabat itu.Intan pun bangun dan mengikut saintis perempuan tersebut
❌❌❌❌❌
-INTAN POV-
"Hai.Jadi ini pelajar nombor 021? Nama siapa?"
Tanya saintis lelaki itu kepada Intan.'Heeleh saintis ni nak ngorat aku ke apa?kenapa lah kena saintis lelaki miang ni jugak yang kena cek aku?haih menyampah pasrah intan pasrah ikut je k'
Intan mengomel di dalam hati."Intan"
intan menjawab pertanyaan saintis lelaki itu.
"Oh intan,nice name.Ok sila baring"
kata saintis lelaki itu tersenyum lalu menunjuk sebuah katil.
Intan hanya mengikut dan memandang apa sahaja yang dilakukan oleh saintis lelaki tersebut.Saintis itu melindungi sebahagian mukanya menggunakan mask sebelum memeriksa Intan.Saintis lelaki tersebut menyiapkan sesuatu sebelum memeriksa Intan.Semasa ingin menyiapkan peralatan mulutnya tidak habis habis ingin bercakap konon mahu mesra dengan Intan.Intan pun rasa naik menyampah dengan saintis tersebut.Kalau boleh nak siap cepat balik tempat dia semula dan sambung berborak dengan sahabat sahabat nya yang lain.
"So Intan.Senyum lah sikit.Dari masuk sini tadi langsung tak senyum." Kata saintis lelaki tersebut.
'Heeleh mamat ni aku lempang kang lantak aku lah nak senyum ke tak ko ni tak tau ke senyuman aku harga paling mahal'
"Tadi kat luar dah banyak senyum" kata Intan selamba malas nak memandang saintis lelaki tersebut.
"Oh jadi ruginya saya tak nampak senyuman kamu tadi.Tapi masa saya diluar tadi tidak nampak pula Intan senyum.Mesti manis kan?" Kata saintis tersebut sambil tersenyum.
'Eh ni dah melebih ni.Dia ni stalk aku ke tadi kat luar?bermakna dia pandang aku jelah?eh eh ni dah lebih'
"Pahit." Jawab Intan malas nak layan saintis miang macam tu.Kalau ikutkan hati Intan mahu sahaja dia hempuk kepala saintis tu kat dinding sampai pecah baru puas hati Intan.
Sebelum sempat saintis lelaki itu membuka mulut Intan terlebih dahulu memotong percakapan saintis itu.
"Lama lagi ke?dah panas ni duduk sini.Kalau boleh cepat sikit lagipun tak suka duduk berduaan dengan lelaki dalam ruang macam ni" kata Intan. Ya hanya mereka berdua yang ada di dalam bilik tersebut.Saintis lelaki tersebut hanya tersenyum dan menyambung kerjanya untuk memeriksa darah Intan.
Apabila di analisis darah Intan,Saintis lelaki itu pun berkerut seribu dahinya.Muka nya seperti mahu menyatakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
'Dah kenapa saintis ni?kerut seribu bagai jangan buat aku cuak'
"Intan ........."
*******************************************So apa bende yang nak disampaikan oleh saintis miang tu?Kenapa dengan darah Intan? To be continued.....
(632 words)
YOU ARE READING
#1 : VIRUS OF RABIES (ADVENTURE COMING)
Mistero / ThrillerKehidupan lima orang gadis remaja yang serba sempurna tiba tiba sahaja dilanda kucar kacir akibat kedatangan satu virus yang dipanggil "RABIES". Mereka cuba lari dari diserang virus tersebut tapi mereka telah terjebak dalam konflik cinta masing masi...