Sara pun mula menyentuh seluruh badan nya.Tiada apa apa yang luka.
'Haih tak kan aku mati tak ada luka?'
Sara melihat dan memeriksa badannya semula tiada luka.Sara melihat ke sisi kanan nya zombie yang mati dengan ngeri bersama jantung dihadapannya.
Sara melihat pula ke sisi kirinya.Diena yang masih kaku memegang besi tajam yang dipenuhi darah.Mata Diena masih terkaku di sisi kanan Sara.
Jadi yang mati sekarang bukan Sara.
Tapi
Zombie itu.
Sara pun menghembus nafas lega.Ingat dah mati tadi.Tapi ada rasa menyesal gak tak mati sebab nampaknya dia masih kena lari dari zombie zombie lahanat ini.Oh tuhan!
Sara pun bangun dari pembaringan nya.Sengal belakang badannya disebabkan zombie yang menerkam nya secara tiba tiba.Terhentak tulang belulang nya.Sakit tak yah cakap tho..
Sara pun mendekati Diena perlahan lahan.Takut juga kalau Diena tiba tiba cucuk Dia guna besi tajam tu.Mau mati dia.
"Diena.ko tak apa apa kan?" Tanya Sara.
"ZAIM" kata Diena.
Sara tak faham.
'Kenapa tetiba minah ni sebut zaim zaim ni rindu ke acanne?'
"Zaim?mana ada zaim.Kenapa dengan zaim?"
Tanya Sara.Diena terduduk secara tiba tiba.Besi dari pegangan tangan Diena terlepas.Berdesing telinga Sara apabila besi itu terjatuh ke lantai.
"Diena...." Panggil Sara perlahan.
"Zaim.." Diena menunjuk ke suatu arah.Dimana zombie itu berada.
'Diena ni dah gila zaim ke sampai zombie pun dia kata tu zaim'
Sara memandang zombie dan Diena silih berganti.
KELIRU.
Apa yang cuba Diena sampaikan ini?
"Apa ko cuba nak cakap ni Diena?Aku tak paham" Sara cuba bertanya Diena lagi.Memang sekarang dia memang tidak faham apa yang Diena cuba untuk sampai kan.
1 minit.
2 minit.
4 minit.
Setitis air mata jatuh ke pipi.Semakin lama semakin laju.Bagai air terjun ha ko.
"Aku.."
"Akuuu"
"Akuu dah "
"Akuuuu dahh bun"
"Akuuu dah bunuh zaim!" Jerit Diena.Meraung bukan main.Teresak esak Diena menangis.Jari telunjuknya tidak habis habis ditujukan ke arah zombie tersebut.
Sara masih tidak memahami.Itu kan zombie kenapa dia kata Zaim? Sara pun mendekati zombie tersebut perlahan lahan.
Dia melihat nametag yang ada di kemeja sekolah itu.
ZAIM DANIAL.
***************************************
(331 words)
YOU ARE READING
#1 : VIRUS OF RABIES (ADVENTURE COMING)
Mistério / SuspenseKehidupan lima orang gadis remaja yang serba sempurna tiba tiba sahaja dilanda kucar kacir akibat kedatangan satu virus yang dipanggil "RABIES". Mereka cuba lari dari diserang virus tersebut tapi mereka telah terjebak dalam konflik cinta masing masi...