Ketukan bertalu talu kedengaran.Macam nak roboh je pintu tu diketuknya.
Eh tak reti sabar ke si pengetuk itu?Orang tengah syok tidur boleh pulak kacau.
"We irani pergi lah buka pintu tu"
suruh Sara.Irani menjeling eh memandai je suruh suruh orang.
"Ah!Takde takde semua kena bangun!Baru adil."
Kata Irani.Dia mengejutkan sorang sorang kawan kawannya.Bukan dengan lembut dikejutnya tapi dengan cara lempang sorang sorang confirm bangun.Kalau kejut baik baik memang tak kan jalan la.
Semua mengusap usap pipi masing masing.Ergh nak lempang tu pelan pelan lah sikit.Berbisa sungguh!Kini semua sudah pun bangun dah melangkah kaki menuju ke pintu bilik dengan longlai.
"Selamat pagi semua!Eh kenapa baru bangun?Cepat cepat pergi mandi!Korang ada latihan kan pagi ni?Cepat cepat!Apa ni lambat lambat.Tak baik bazir masa!"
Kata seorang gadis yang mungkin lingkungan 20 an.Mereka berlima terus terjaga dari lena anggota yang masih tidur itu pun sudah terjaga mana tidaknya gadis dihadapn mereka ini suara nya mengalahkan petir.
Cetar membara!
"Cepat siap tau jangan lupa!mandi wangi wangi jangan berebut bilik air pulak nanti ada yang jatuh kang naya!Ha lepas dah siap mandi ambil baju tshirt yang sesuai untuk latihan ye jangan pula ambil blouse atau dress tau!Lepastu turun makan sarapan ok?"
Celoteh gadis itu lagi.Akibat coleteh gadis itu telinga Sara tidak mampu menahan lalu terus sahaja menutup pintu bilik itu.Malas nak ambil kesah pasal perasaan gadis itu.Yang paling penting kesahkan lah tentang telinga sendiri.
"Ergh!Siapa minah tu?memekak pepagi buta.Kacau aku tido jela!"
Tanya Intan.Dia menuju ke dresser mengambil towel.Baik dia mandi dulu.
"Entah lah.Aku rasa dia maid kot sebab tengok baju yang dia pakai macam orang gaji dan aku tak paham kenapa mulut dia macam burung murai.Pepagi buta dah ceria siap mulut pot pet pot pet.Sakit telinga aku."
Jawab Fay.Dia duduk di kerusi melihat jam di dinding menandakan baru jam 6:30 pagi.
Yang lain hanya menggeleng sahaja.Mereka sempat menyambung tido sementara menunggu giliran masing masing untuk membersihkan diri a.k.a mandi.
❌❌❌❌❌
Ketukan bertalu talu kedengaran di pintu.Dengar bunyi cara ketuknya pun dah tau siapa yang ketuk.Dengan gelojoh ketuk pintu apa semua macam nak roboh siapa lagi kalau bukan si minah kepoh tadi yang mengganggu mereka berlima beradu.
Haih bersedia lah wahai telinga.
❌❌❌❌❌
Kini mereka sudah pun berada di ruang makan untuk bersarapan.
Fuh bernanah telinga mereka mendengar celoteh celoteh minah kepoh itu sepanjang perjalanan kesini.
Dari buka pintu mulut minah itu terus sahaja meluncur laju bagai air mencurah curah membebel sampailah sekarang.
Itu pun kalau maid lain tak panggil dia suruh buat kerja lain tentu sekarang diaorang masih menderita.
❌❌❌❌❌
Usai bersarapan,Mereka berlima menuju ke halaman rumah dimana setiap anggota HAZAZ berkumpul.Kelihatannya semua sudah pun bersedia untuk menghadapi ujian pertama bagi setiap junior HAZAZ.
Choi jakun jap!
❌❌❌❌❌
"Ok semua dah berkumpul?Nampaknya boleh lah kita bertolak sekarang."
Kata Uncle Kamal.Semua hanya menggangguk tanda bersetuju dan mengikut arahan baginda (pehal ni).
Tengah syok syok layan bergossip tiba tiba lalu 5 orang jejaka tampan yang seperti bidadara syurga (🙄) dihadapan mereka berlima.Entah kenapa mata mereka tiba tiba sahaja kaku memandang top 5 HAZAZ ini.Macam daya tarikan magnet.Lagi lagi bila si top 5 HAZAZ ni pula tiba tiba dermawan memberikan senyuman pagi yang cukup menawan ke mereka.
OH GOSH!
Siapa yang mampu tengok pandangan seindah begini.Ciptaan tuhan yang cukup sempurna.Entah mengapa tiba tiba ada pula bunga bunga dikeliling mereka berlima ini apabila melihat si jejaka jejaka tampan ini.
Serasa dah jumpa jodoh ke ni?
❌❌❌❌❌
Adalah dalam 15 minit mereka di dalam kereta melayan diri sendiri yang tiada siapa nak layan bersama dengan alam imaginasi fantasy yang direka untuk menghilangkan rasa mereput di dalam kereta selama 15 minit.
Akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang dituju.Bukan shopping mall,bukan juga taman tetapi ya macam biasalah hutan hutan hutan dan hutan.Of course di hutan tak kan nak berlatih di mall kan?
Mereka berjalan menyusuri hutan yang tebal itu tanpa arah tujuan.Ok sebenarnya mereka tidak tahu pun hendak kemana ikut sahaja langkah kaki Uncle Kamal dan juga senior mereka.
Ikut,ikut dan ikut akhirnya mereka sampai juga di lokasi yang dikehendaki.Penat tak usah ditanya.Jenuh juga berjalan.Punyalah jauh tempat latihan nya macam nak tercabut kaki pun ada.
Sedang semua sibuk menilik dan mengurut urut kaki masing masing tiba tiba
"AAARRGGGHHHH!!!"
❌❌❌❌❌
To be continued...
712 words
YOU ARE READING
#1 : VIRUS OF RABIES (ADVENTURE COMING)
Mystery / ThrillerKehidupan lima orang gadis remaja yang serba sempurna tiba tiba sahaja dilanda kucar kacir akibat kedatangan satu virus yang dipanggil "RABIES". Mereka cuba lari dari diserang virus tersebut tapi mereka telah terjebak dalam konflik cinta masing masi...