BAB 25 - KENANGAN

421 33 10
                                    

*flashback on*

   "Intan,Bawa bersabar ye..Kita berserah pada Allah sahaja." Kata mama Ash.

Ash?

Siapa Ash?

   Ash atau nama penuh nya Ashraf.Merangkap kawan lelaki paling terbaik dan terdekat Intan.Ashraf seorang yang baik,Jenis bertahan dengan kesombongan Intan.Memang dari dulu dia sahaja yang dapat melihat Senyuman Intan.Disebabkan Intan memang susah didekati.

   Dan sekarang,Kawan terbaik Intan sedang terlantar di atas katil wad hospital.Menjalani pembedahan hati kerana selama ini Ashraf mempunyai penyakit iaitu kanser hati.Semakin hari tahap kansernya semakin meningkat.Sehingga hari pembedahan baru keluarga Ashraf memberi tau kepada Intan.

   Tak usah tanya lah betapa pilunya hati Intan apabila melihat Ashraf begitu.Sampai kering air matanya.Tidak mampu mengeluarkan air mata lagi.Intan sentiasa menunggu Ashraf bangun tetapi Ashraf tetap tidak bangun.Masih kaku seperti sebelumnya.

   Betapa rindunya Intan dengan gurauan Ashraf yang kadang agak hambar tetapi tetap juga buat buat gelak semata mata tak nak Ashraf kecewa buat lawak tak jadi.

    Rindu perhatian dia.

   Rindu kena bebel dengan dia sbb tak buat kerja sekolah.

    Rindu nak gossip gossip dengan dia.

    Rindu nak jalan jalan dengan dia.

   Semua itu rindu.

  "Ash bangunlah" kata Intan.Dipegang tangan Ash yang kaku dan sejuk itu.Digoyang sedikit berharap akan ada tindak balas dari Ash tetapi Ash tetap kaku.

   Mesin pengesan jantung Masih berdetak normal.Tetapi Ash tetap tidak mahu sedarkan diri.

Hari

Demi

Hari berganti..

   "Ash,kau merajuk dengan aku ke?Kalau aku buat salah aku mintak maaf tau Ash.Bangunlah Ash jom lah kita makan ais krim sama sama.Ash bangun lah😢" rayu Intan pilu.

"Ash ingat tak dulu aku slalu kena kacau dengan budak lelaki tapi kau selalu marah diaorang sebab kacau aku.Pastu kau tolong aku buat kerja rumah.Bagi aku tiru buku kau sampai cikgu rotan kau sebab kau cakap kau yang tiru kerja sekolah aku.Pastu kau ingat tak kita jalan sama sama kat taman.Makan ais krim sama sama.Sampai aku pernah marah kau sebab beli kan aku aiskrim coklat.Tapi salah aku jugak sebab kau mana tau aku ni tak suka makan aiskrim coklat kan?😂Ash bangunlah!Ash bangunlah" Intan masih menggoncang goncang tangan Ash sampai gegar katil pesakit tersebut.Untung katil itu kukuh kalau tidak pasti sudah runtuh.

Tiba tiba..

Setitis air mata keluar dari mata Ash yang terpejam.Intan perasan lalu mengelap air mata tersebut.

"Ash,Kau dengar aku cerita ke?Janganlah nangis aku tak nak kau nangis aku nak kau bangun!Bangun lah Ash" kata Intan lagi.Dia masih berharap agar Ash bangun tetapi Ash masih kaku.

Air mata Intan mengalir laju.Dia rindu dengan Ash.Dia nak Ash bangun.Teresak esak dia menangis.Menangis disisi katil.

"Sudahlah tu Intan,Ash pasti bangun.Kita doa banyak banyak" kata Mama Ash.Dia menggosok perlahan bahu Intan bagi Intan tenang.

********************************************

Keesokkan harinya,

Intan datang ke hospital seperti biasa.Ingin melawat dan menemani Ash.

Tetapi lain jadinya.

Dia melihat dokter kelam kabut masuk ke dalam wad milik Ash.Ada apa dengan Ash?

Intan ingin masuk tetapi dihalang oleh Mama Ash.Papa Ash kelihatan hanya duduk sambil menutup mukanya dengan kedua dua tapak tangannya seolah olah stress.

"Ash kenapa aunty?" Tanya Intan.Jantungnya sudah berdebar.Apa yang akan terjadi dengan Ash?Ash baik baik sahaja kan?

"Aunty tak tau.Tiba tiba mesin jantung tu tidak berdetak dengan normal jadi Aunty terus panggil dokter itu yang dokter kelam kabut masuk wad" kata Mama Ash.Basah pipi nya dengan air mata yang mengalir laju.Intan cuba memujuk Mama Ash dengan memeluk nya.Tapi Mama Ash tetap menangis malah makin menjadi jadi.

Setelah beberapa minit kemudian.

Dokter pun keluar.

"Maaf Puan,Diminta untuk bersabar dan tawakal.Saya minta maaf kami tidak dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anak Puan Tuan" kata Dokter itu dengan muka yang sedih.

Intan terjelupuk jatuh ke atas lantai.

Ash...

Jangan kata


Ash tinggalkan aku

Ash tak boleh tinggalkan aku!!

Intan terus menceroboh masuk ke dalam wad tersebut.Kelihatan kain putih telah pun menutup muka Ash.Intan tarik kain tersebut.Dilihat mesin jantung itu sudah pun tidak berdetak.

Kini

Intan tahu

Ash telah meninggalkannya.

Air mata mengalir laju.

"Ash kau dah janji tak nak tinggalkan aku kan!" Intan menangis.Hatinya bercampur baur.

Kecewa

Patah hati

Marah

Sakit hati

Sedih

Semua bercampur baur.Susah untuk dijelaskan.

Kini Ashraf telah pun meninggalkannya.

SEORANG DIRI.

*flashback off*

********************************************

Maaf lah,Author nampak emo sedikit🙏🏻

(674 words)

#1 : VIRUS OF RABIES (ADVENTURE COMING)Where stories live. Discover now