Malam itu setelah mereka selesai makan malam bersama, marissa pun segera mencuci pinggan mangkuk di sinki. "Marissa, tak payahlah awak cuci pinggan mangkuk tu... nanti mak cik cucikannya...", kata mak cik halimah. "Tak apalah, mak cik... biar saya tolong mak cik cucikan semua pinggan mangkuk ni...", kata marissa sambil tersenyum. "Hm...ikut suka hati awaklah...", balas mak cik halimah perlahan lahan. Setelah siap semuanya, dia pun mula mengorak langkah menuju ke arah ruang tamu yang terletak tidak jauh dari situ. Kelihatan mak cik halimah dan bella sedang duduk di ruang tamu itu. Firas langsung tidak ada di situ. "Mungkin dia sudah pergi berkurung dalam bilik tidurnya kot. Hm... whatever...", bisik hati kecil marissa. Dia duduk di sebelah bella. Anak kecil itu sedang leka melihat gambar dalam buku di tangannya. "Kakak cantik, boleh tak kakak cantik tolong bacakan buku cerita ni untuk bella?", soal bella setelah dia menyelak beberapa helai mukasurat buku cerita tersebut. "Boleh... mari kakak cantik bacakannya untuk bella...", kini buku itu bertukar tangan. Marissa mula membaca buku cerita tersebut secara perlahan lahan. Bella pun mendengarnya dengan penuh minat.
"kakak cantik, kenapa emak tiri cinderella tidak begitu baik pada cinderella?...", begitulah soalan yang di ajukan oleh bella. "Emak tiri cinderella memang tidak baik. Hatinya penuh dengan kejahatan sebab itu dia jahat... lagi pun cinderella cuma anak tirinya bukan anak kandungnya jadi dia tidak layan cinderella dengan baik...", jawap marissa dengan lembut. "Oh begitu... saya rasa mama saya pun jahat sama seperti emak tiri cinderella...", kata bella. "Kenapa bella cakap macam tu pula?", soal marissa dengan dahi yang berkerut. "Sebab dia tidak layan bella dengan baik... dia tinggalkan bella begitu saja...", kata bella. Wajahnya tampak sedih. Marissa memandang wajah anak kecil itu. Dia tidak menyangka anak kecil yang berumur 5 tahun itu begitu pandai berbicara. Dalam diam dia merasa sungguh kasihan pada anak kecil tersebut
"Jangan cakap macam tu... mama bella masih sayangkan bella sebab itu dia lahirkan bella dalam dunia ni...", kata marissa dengan lembut. "Tidak... bella tak fikir macam tu. Bella dapat rasakan yang mama bella tidak sayangkan bella... kalau dia sayangkan bella sudah tentu dia tidak tinggalkan bella dan papa...", kata bella perlahan lahan. "Salah tu... tak ada emak yang tak sayangkan anaknya sendiri... mama bella tentu masih...", kata kata marissa terus di potong pantas oleh firas yang tiba tiba muncul di situ. "Bella, masa untuk tidur... mari papa angkat bella...", firas bersuara sambil mendepakan tangannya. "Tapi bella nak berbual dengan kakak cantik...", kata bella. "Bella, ini masa untuk tidur bukannya masa untuk berbual... mari ikut papa...", kata firas perlahan lahan.
"Baiklah... bella akan masuk tidur tapi dengan 1 syarat...", bella bersuara dengan pantas. "Syarat apa pula tu?", soal firas ingin tahu. "Bella nak kakak cantik bawa bella ke bilik tidur bella. Bella nak kakak cantik baca buku cerita untuk bella...", kata bella. "Bella... tak payahlah suruh kakak cantik baca buku cerita tu... biarkan papa yang baca buku cerita tu untuk bella...", firas bersuara separuh memujuk. "Tak nak... bella nak kakak cantik juga...", bentak bella. "Bella...", belum pun sempat firas menghabiskan perkataannya, tiba tiba mak cik halimah bersuara. " biarkan bella bersama dengan marissa... mungkin budak tu nak tukar angin... maklumlah awak saja yang selalu bacakan buku cerita untuk dia... bagilah dia peluang untuk mendengar cerita dari mulut orang lain pula...", kata mak cik halimah. "Tapi mak...", belum pun sempat firas bersuara tiba tiba saja bella bangun lalu menarik tangan marissa menuju ke arah bilik tidurnya. Mahu tidak mahu marissa pun terpaksa mengekori langkah kaki anak kecil itu dari belakang.
Sebaik saja mereka sampai di bilik tidur bella, mereka pun segera duduk di atas katil yang ada di situ. "Kakak cantik bacalah lagi cerita tentang cinderella tu. Bella nak dengar...", bella bersuara sambil baring di atas katilnya. Mahu tidak mahu marissa pun terpaksa membaca semula buku cerita tersebut. Bella mendengarnya sehingga dia tertidur di atas katilnya. Perlahan lahan marissa menyelimuti tubuh anak kecil itu dengan selimut di tangan. Setelah dia yakin anak kecil tersebut sudah tidur lena dia pun beredar dari situ. Tiba tiba langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat firas sedang berdiri sambil menyandar tubuhnya di ambang pintu bilik tidur itu. Lelaki tersebut memandang wajahnya.
Tanpa mempedulikan pandangan mata firas, marissa segera melangkah pergi dari situ. Namun langkah kakinya terhenti bila... "Tunggu sekejap...", firas bersuara sebaik saja dia melintas di hadapan wajah lelaki itu. "Jangan harap saya akan terima kehadiran awak dalam rumah ini dengan begitu mudah sekali hanya kerana anak saya sukakan awak...", kata firas dalam nada suara yang separuh berbisik. "Saya tak harap macam tu pun...", balas marissa separuh berbisik. "Yelah tu...", balas firas separuh jengkel. Marissa diam lalu beredar dari situ...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Dla nastolatków#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...