Keesokan harinya marissa bangun awal. Dia menolong mak cik halimah menyiapkan sarapan pagi untuk mereka semua. Dalam waktu yang sama mereka menyiapkan kuih muih untuk di jual di gerai pagi itu. "Er... rissa awak tolong gorengkan kuih karipap ni dulu ya... mak cik nak pergi ke tandas sekejap...", kata mak cik halimah, "baiklah...", balas marissa sepatah. Mak cik halimah pun terus beredar dari situ. Tinggallah marissa seorang diri di dapur tersebut. Ketika dia sedang sibuk menggoreng kuih karipap di stove itu, tiba tiba "mak, mana neck tie saya yang warna biru tua tu? Mak dah cucikannya tak?", kedengaran suatu suara bergema di ruang dapur tersebut. Marissa tahu itu suara firas. Mungkin dia sedang bercakap dengan emaknya dekat dengan pintu bilik tandas yang terletak tidak jauh dari situ. Jadi marissa tidak menghiraukannya. Dia tunduk mengambil piring di dalam rak pinggan mangkuk yang ada di situ. Tiba tiba saja bahu kirinya di gamit orang dari belakang. "Mak... mak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?... mana neck tie sa....", perkataan firas terhenti di situ juga sebaik saja matanya bertembung dengan mata bundar milik marissa. Baru dia sedar yang dia sudah salah tegur orang. Kalau dia tahu itu bukan emaknya sudah tentu dia tidak akan menegur gadis tersebut. Dalam diam dia merasa malu. Cepat cepat dia beredar dari situ. Marissa hanya terpinga pinga memerhatikannya. Dia tidak tahu kenapa firas berkelakuan begitu.
"Marissa, dah siap ke kuih karipap yang awak goreng tu?", tegur suatu suara. Marissa terkejut dari lamunannya. Kelihatan mak cik halimah melangkah keluar dari dalam bilik tandas yang terletak tidak jauh dari situ. "Oh... er... belum mak cik...", balas marissa dengan pantas. "Cepat buat kerja tu... sekejap lagi kita akan pergi berjualan di gerai mak cik...", kata mak cik halimah. "Baiklah mak cik...", balas marissa dengan pantas. "Kakak cantik, buat apa tu?", soal suatu suara. Kelihatan bella melangkah menuju ke arahnya. Dia sudah siap berpakaian seragam sekolah tadika. "Kakak cantik sedang menggoreng kuih muih ni... bella jangan berdiri dekat dengan kakak cantik, nanti minyak panas ni akan memercik ke wajah bella pula. Minyak ni panas tau..... bella pergi bersarapan dulu, ya...", kata marissa seraya mengangkat beberapa ketul kuih karipap ke dalam bekas container yang di pegangnya.
Perlahan lahan bella duduk di atas kerusi lalu minum air milo yang terhidang di atas meja tidak jauh dari situ. "Kakak cantik nak pergi ke mana pagi ni?", soal bella ingin tahu. "Kakak cantik nak temankan nenek bella berjualan di gerai...", jawap marissa dengan lembut. "Oh begitu... tapi bila bella balik petang nanti kakak cantik balik ke rumah ni untuk temankan bella, ya...", kata bella dengan lembut. "Itu bella kena tanya pada nenek dulu sebab sekarang kakak cantik bekerja dengan nenek...", kata marissa. Bella mengalihkan pandangan matanya ke arah neneknya. "Nek, boleh kan kalau kakak cantik temankan bella lepas bella balik dari sekolah tadika nanti...", bella bersuara perlahan lahan. "Hmm... boleh...", balas mak cik halimah dengan lembut. "Yeah... petang nanti bella akan bermain dengan kakak cantik sepuas puasnya...", kata bella dengan riangnya. Marissa tersenyum melihat gelagat anak kecil tersebut.
Tiba tiba, "ehemm... bella masa untuk pergi ke sekolah... mari papa hantarkan bella ke sekolah tadika bella tu...", kata suatu suara. Kelihatan firas melangkah menghampiri anak perempuannya itu. "Firas, awak tak nak bersarapan pagi ke? Marissa dah siapkan sarapan pagi untuk awak tu...", kedengaran mak cik halimah bersuara. Firas segera menggeleng gelengkan kepalanya. "Tak apalah mak... saya dah lambat dah ni... cepat bella papa nak jalan dah ni...", kata firas dengan pantas sekali. Dia berjalan dengan laju. Terpaksa bella mengejar papanya itu dari belakang. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi kereta di hidupkan, marissa tahu mereka sudah pergi dari rumah teres itu.
"Rissa, mari tolong angkat barang barang ni...", kata mak cik halimah dengan perlahan lahan. Tanpa banyak soal marissa pun buat apa yang di suruh. Mereka membawa semua kuih muih yang hendak di jual menuju ke gerai yang terletak di seberang jalan rumah teres tersebut. Mereka mula menyusun ke semua container yang berisikan kuih muih di atas meja. Tidak lama kemudian datang beberapa orang pelanggan yang ingin membeli kuih muih mereka. Masing masing ingin membeli kuih untuk di jadikan sarapan pagi. Ada juga yang datang membeli nasi lemak dan mee goreng yang mereka jual di situ. Ketika marissa sedang sibuk menolong mak cik halimah di situ kelihatan 2 orang wanita yang sebaya dengan mak cik halimah mula pandang semacam ke arahnya.
"Eh... limah, siapa gadis tu?... Tak pernah pun saya nampak dia sebelum ini. Dia isteri baru firas ke?", soal salah seorang dari wanita tersebut. "Eh... tidaklah... dia bukannya isteri baru firas. Dia cuma pekerja baru kat gerai saya ni...", cepat cepat mak cik halimah bersuara. "Oooh... ingatkan dia isteri baru firas tadi... maaflah saya salah sangka...", kata wanita itu sambil ketawa kecil. "Oh... Tak apa... awak nak beli apa?", soal mak cik halimah. "Er... saya nak beli kuih popia harga tiga ringgit", kata wanita tersebut sambil menunjukkan kuih kegemarannya itu. Cepat cepat mak cik halimah mengambil kuih popia tersebut lalu di serahkan pada wanita itu. "Nah... ini kuih popia awak...", mak cik halimah menyerahkan plastik berisi kuih popia pada wanita itu. Perlahan lahan wanita tersebut mengambil plastik itu lalu membayar harga kuih yang di pesannya sebentar tadi. Sebelum mereka melangkah pergi dari situ, sempat juga tangan mak cik halimah di gamitnya.
"Suruhlah firas menikah dengan gadis tu... tentu dia suka...", kata wanita itu separuh berbisik. "Belum tentu firas suka... apa apa pun lain kali saja kita bercerita tentang perkara tu, ya... sekarang saya sibuk...", balas mak cik halimah separuh berbisik. "Hm... Yelah... yelah... kami pergi dulu ye, limah", kata wanita tersebut sambil beredar dari situ. Mak cik halimah hanya menganggukkan kepalanya. Marissa hanya diam saja. Dia dapat dengar butir perbualan mereka sebab mereka berbisik di belakangnya sebentar tadi. Marissa mula berfikir, kalaulah firas di suruh menikah dengannya sudah tentu anak dalam kandungannya akan mendapat seorang ayah... "stupid thoughts... buat apa pula aku berfikir tentang perkara tu? Bukankah firas berkata pada emaknya sendiri yang dia sudah tidak berminat hendak menikah dengan perempuan lain dalam dunia ni. Takkanlah firas tiba tiba hendak bernikah dengan perempuan yang hamil anak luar nikah seperti dirinya.
"perasan betul...", gerutu marissa pada dirinya sendiri. Tiba tiba, "perasan apa, rissa?... mak cik tak dengarlah apa yang awak cakap tadi...", kedengaran mak cik halimah menegurnya. "Oh... tak ada apa apa mak cik... saya cuma baru perasan ada banyak lalat kat sini...", marissa berpura pura menghalau lalat yang berterbangan dengan mengipas tangannya ke sana ke mari. "Tutup saja semua container tu dulu. Kalau ada pelanggan baru buka semua container tu semula...", kata mak cik halimah setelah dia kembali berdiri di sebelah marissa. "Baiklah mak cik...", marissa segera menutup ke semua container yang ada di situ dengan penutup di tangannya. Nasib baik mak cik halimah tidak mendengar apa yang di katakannya sebentar tadi. Kalau dia tahu sudah tentu dia akan mendapat malu kerana terlalu perasan...
YOU ARE READING
TABAH (U)
Fiksi Remaja#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...