Petang itu marissa sedang sibuk menyapu di ruang tamu ketika firas sampai di rumah. Firas kelihatan terpinga pinga ketika dia melihat marissa menyapu ruang tamu tersebut. "Bella mana nenek?...", soal firas sebaik saja dia melihat anak perempuannya berlari menghampirinya. "Nenek di dapur... papa ada belikan keropok untuk bella tak?", soal anak kecil yang petah berbicara itu. "Papa tak sempat beli keropoklah sayang... papa tak pergi ke kedai tadi...", balas firas dengan lembut. "Alah... papa ni...", bella menarik muka masamnya. Marissa yang dari tadi terdengar perbualan mereka terus berhenti dari menyapu ruang tamu tersebut. tiba tiba saja dia teringat yang dia ada membeli seplastik keropok kentang sebelum dia pergi ke klinik awal pagi tadi. Cepat cepat dia berlari masuk ke dalam bilik tidur yang berdekatan. Tidak lama kemudian dia muncul sambil membawa seplastik keropok kentang ke ruang tamu itu.
"Bella nak keropok, eh?", soal marissa sambil tersenyum. "Ya...", balas bella. "Nah... ini keropok untuk awak...", perlahan lahan marissa menyerahkan seplastik keropok kentang pada anak kecil itu. "Yeahhh!... terima kasih kakak cantik...", jerit bella dengan riangnya. Dia memeluk marissa. Firas terdiam ketika menyaksikan anaknya memeluk gadis tersebut. "Bella, mari ikut papa...", cepat cepat firas menarik tangan anaknya dari pelukan marissa. Terkejut betul marissa apabila dia melihat firas menarik anak kecil itu dari pelukannya. Nampak sangat lelaki itu tidak suka melihat dia bermesraan dengan bella. Namun marissa hanya diam membisu. Dia tidak berani menegur sikap dingin lelaki tersebut.
Dia lihat firas memimpin tangan anaknya menuju ke ruang dapur. Perlahan lahan marissa meletakkan batang penyapu yang di pegangnya ke suatu sudut yang terletak tidak jauh dari situ. Sayup sayup kedengaran firas sedang berbual dengan emaknya. Marissa terdengar perbualan mereka...
"Mak... bukankah mak cakap tadi yang perempuan tu cuma berehat buat sementara waktu di rumah ni tapi kenapa perempuan tu masih lagi berada di sini?"
"Dia akan tinggal dengan kita, firas..."
"Apa?... dia akan tinggal dengan kita?"
"Ya... apa salahnya kalau dia tinggal dengan kita? Lagi pun dia dalam kesusahan sekarang. Jadi kita harus menolongnya..."
"Mak, kita tak tahu asal usul perempuan tu. Entah entah dia perempuan jahat yang lari dari sarang pelacuran. Tak pun dia ialah banduan yang lari dari penjara. Tak pasal pasal pula kita di timpa kesusahan di sebabkan dia..."
"Hish... takkanlah marissa jahat sekali seperti mana yang awak cakapkan tu... buat pengetahuan awak dia mengalami masalah peribadi yang sama dengan masalah mak ketika mak masih muda dulu...""Maksud mak?"
"Maksud mak, dia hamil tapi teman lelakinya tak mahu bertanggungjawab ke atas dirinya. Jadi dia balik ke kampungnya untuk berjumpa dengan orang tuanya tapi malangnya orang tuanya membenci dia kerana dia hamil anak luar nikah. Akhirnya dia melarikan diri dari rumah dan dia hampir saja di langgar kereta awal pagi tadi... dia sendiri yang menceritakan masalahnya itu pada mak.... Apabila mak mendengar ceritanya itu, mak merasa sungguh kasihan padanya. Mak teringat kisah mak masa mak berumur 17 tahun dulu. masa tu mak sedang hamilkan awak tapi teman lelaki mak tidak mahu berkahwin dengan mak hanya kerana mak hamil secara tiba tiba. Jadi dia melarikan diri dan tinggalkan mak seorang diri... hancur betul hati mak bila teringatkan semua tu... rasa rasanya mahu saja mak bunuh diri kerana mak tidak tahan dengan hinaan dan cacian dari mulut orang kampung tapi mak tak sampai hati berbuat demikian. Keluarga mak pun pernah menyuruh mak gugurkan kandungan mak tapi mak tak berani berbuat begitu sebab mak tak mahu membunuh darah daging mak sendiri... walau pun kisah itu sudah lama berlalu tapi kini ianya kembali segar di ingatan mak....""Jadi di sebabkan kisah hidupnya hampir sama dengan kisah hidup mak maka mak pun membenarkan dia tinggal dalam rumah ni?"
"Ya..."
"Mak kenapa mak terlalu baik sangat pada orang asing ar?... orang asing macam tu pun mak nak tolong?... dia akan menyusahkan kita mak..."
"Firas... kita manusia harus tolong menolong di antara satu dengan yang lain... jangan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain... hidup kita ni umpama roda yang berputar... hari ni awak berada di atas dan dia pula berada di bawah, entah entah esok lusa dia berada di atas dan awak pula berada di bawah...",
"Maksud mak?"
"Maksudnya memanglah hari ni kita baik baik saja. Tak ada masalah macam dia. Esok lusa kita tidak tahu apa akan terjadi pada diri kita. Entah entah kita pula yang dapat susah. Siapa lagi orang yang akan tolong kita jikalau bukan orang asing yang kita anggap menyusahkan tu..."
"Ya... saya tahulah mak tapi janganlah baik sangat pada orang asing macam tu... kita bukannya kenal sangat hati budinya... entah entah dia berniat jahat pada kita. siapa tahu, kan?...."
"Jangan menghakimi orang sesuka hati awak, firas... awak bukannya Tuhan maka awak tahu isi hatinya... firas, mak tak mahu awak berfikiran negatif terhadap marissa. Jangan di sebabkan awak benci terhadap perempuan akibat kegagalan rumahtangga awak dengan bekas isteri awak maka awak tidak suka marissa tinggal dalam rumah ni..."Firas terdiam selepas itu. Dia tunduk memandang lantai. Perlahan lahan mak cik halimah memegang bahu kiri anak lelakinya itu. "Firas... kasihan marissa tu. Benarkanlah dia tinggal dalam rumah ni. dia tidak ada saudara mara lain dalam bandar ni... mak harap awak dapat terima kehadirannya dalam rumah ni..."
"Baiklah mak... tapi selepas dia bersalin saya nak dia keluar dari dalam rumah ni...",
Perlahan lahan firas beredar dari situ. Dia melangkah meninggalkan ruang dapur tersebut. Ketika dia berjalan keluar dari ruang dapur itu, dia ternampak marissa sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. Dia hanya mencebikkan bibirnya lalu beredar dari situ. Marissa hanya tunduk menahan kesedihan di lubuk hatinya...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Novela Juvenil#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...