(BAB 3)
Marissa melangkah keluar dari dalam bas ekspress itu. perlahan lahan beg pakaiannya di sandang ke bahu. dia mengorak langkah meninggalkan terminal bas yang sibuk itu. sebuah teksi yang kebetulan melintas di situ segera di tahannya. Perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam teksi tersebut. "cik nak pergi ke mana?", soal driver teksi itu. marissa menarik keluar surat yang di kirimkan oleh faizal padanya tempohari. alamat klinik yang di tulis oleh faizal di dalam surat tersebut di perhatikannya. "healthy care clinic, no 8 jalan dato munsyi abdul...", jawap marissa. kereta teksi yang di tumpanginya bergerak perlahan meninggalkan kawasan terminal bas tersebut. di sepanjang perjalanan, marissa menangis tak henti henti. dalam keadaannya yang sedang bersedih itu, dia tidak dapat berfikir dengan baik.
dia tidak tahu samada keputusannya hendak menggugurkan kandungannya di klinik itu betul ataupun tidak. Sebahagian daripada dirinya menyuruh dia berbuat demikian tapi sebahagian lagi dari dirinya tidak membenarkan dia berbuat demikian. fikirannya jadi tidak keruan. dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan saat itu. Tidak lama kemudian, "cik... cik... kita dah sampai dah ni...", kata driver teksi tersebut. marissa terkejut dari lamunannya. dia pun segera membayar tambangnya pada driver teksi itu. Perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam teksi tersebut. healthy care clinic di perhatikannya buat seketika. Hatinya mula berbelah bahagi. "nak masuk ke, tak nak ni?", soal marissa keresahan. dia berdiri di depan pintu klinik itu dalam keadaan yang serbasalah. setelah dia lama berdiri di situ dia pun terus melangkah masuk ke dalam klinik tersebut
Perlahan lahan dia berjalan menuju ke kaunter. Setelah mendaftar nama di kaunter dia pun di suruh duduk di kerusi yang ada di situ. Ketika dia sedang duduk di situ, kelihatan seorang wanita sedang duduk menggendong bayi kecil dalam pangkuannya. Wanita tersebut sedang menyusui bayinya. Dalam pada itu marissa terpandang akan wajah mulus bayi kecil tersebut. Dia dapat bayangkan yang bayinya juga kelihatan comel sama seperti bayi itu. Namun dia cuba melenyapkan segala bayangan tersebut kerana dia berfikir hendak menggugurkan bayinya. Lamunannya terhenti sebaik saja seorang wanita lain datang ke situ lalu duduk di sebelah wanita yang menyusui bayi tersebut. Mereka seperti sudah kenal lama. Buktinya mereka berbual dengan mesra sekali tanpa mempedulikan kehadiran orang lain di sekeliling mereka
"Eh... siti, awak ada dengar khabar tentang anak perempuan si mariam di kampung kita yang hamil anak luar nikah 3 bulan tu, tak?"
"Tak... kenapa dengan dia?"
"Dia dah gugurkan kandungan dia..."
"Apa?... dia sudah gugurkan kandungan dia?.... biar betul..."
"Saya cakap betul ni... dia dah gugurkan kandungannya sendiri... akibatnya dia mengalami pendarahan yang teruk... sekarang dia terlantar di hospital..."
"sampai hati dia gugurkan kandungannya tu, kan... Dia tak takut Tuhan, ke? Dahlah dia berdosa kerana berzina... di tambah lagi dosa membunuh anak sendiri... hish... teruk betullah perempuan tu..."
"Memang teruk pun... Itulah akibatnya jikalau seorang perempuan tidak mampu mengawal hawanafsunya sendiri. Akibatnya dia juga yang merana dek perbuatannya sendiri..."Tiba tiba, "Puan siti kamaliah... giliran awak dah tiba...", kedengaran nama wanita itu di panggil. Dia pun terus beredar dari situ. Marissa hanya duduk diam di atas kerusinya. Dia berfikir tentang perbualan yang di dengarinya sebentar tadi. Jikalau dia menggugurkan kandungannya sudah pasti dia akan mengalami pendarahan yang teruk. Dalam diam dia tidak mahu perkara itu terjadi pada dirinya. dia pun terus bangun lalu beredar dari situ.
Dia mula berjalan dan berjalan tanpa arah tujuan yang tertentu. Perlahan lahan dia melangkah melintasi jalanraya yang sibuk itu tanpa melihat kiri dan kanan, tiba tiba, "ppppitttttt...", kedengaran bunyi hon kereta memecahkan gegendang telinganya. "hoiii... awak nak mati kah?", jerit salah seorang pemandu kereta yang melintas di situ. Entah macamana tiba tiba saja kepalanya terasa pening. seluruh alam terasa berpusing pusing. perlahan lahan dia jatuh terjelepuk di atas jalanraya tersebut. Ketika dia sedang terbaring di atas jalan raya itu, kelihatan seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 5 tahun berlari mendekatinya. "Kakak cantik tak apa apa ke?", soal budak perempuan tersebut sambil menggoncang goncang tubuhnya. marissa tidak dapat menjawap soalan budak perempuan itu kerana kepalanya begitu pening sekali. Kedengaran langkah kaki 2 insan datang menghampiri mereka di situ. "Nenek... papa... tolonglah kakak cantik ni... dia sakit... kasihan dia...", kata budak perempuan itu pada dua orang insan yang berdiri di situ. Marissa cuba bangun dari atas jalanraya tersebut tapi dia jatuh pengsan di situ juga...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Teen Fiction#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...