TABAH 26

6K 207 3
                                    

Marissa sedang menyusukan bayinya ketika dia melihat firas melangkah masuk ke dalam bilik wad di mana dia di tempatkan. Cepat cepat dia menutup buah dadanya dengan bajunya dari pandangan mata lelaki itu. Perlahan lahan dia membaringkan bayinya di sebelahnya. Kemudian dia mengalihkan perhatiannya ke arah firas. Dia lihat wajah lelaki itu nampak tegang sekali. Seakan akan dia sedang menahan api kemarahan di dalam dadanya. "Firas... kenapa awak nampak moody saja ni?", tegur marissa ingin tahu. Firas melangkah lalu duduk di atas kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil perempuan itu. "Saya tak sangka ex boyfriend awak tu ialah seorang lelaki yang pentingkan diri sendiri...", kata firas seakan akan marah. "Maksud awak?", soal marissa. "Tadi saya ada berjumpa dengan bekas kekasih awak si faizal tu...", balas firas dengan nada suara yang tegang. "Bagaimana awak boleh berjumpa dengan dia sedangkan selama ini saya tak pernah bagitahu awak siapa faizal tu dan awak tak pernah pun tengok wajah dia sebelum ni...", marissa bersuara sambil memandang wajah lelaki tersebut.

"Sebenarnya saya dapat alamat rumahnya dari gambar yang awak simpan dalam laci almari di bilik tidur awak semalam. Saya sengaja nak berjumpa dengannya supaya menyuruh dia menjenguk anaknya tu tapi awak tau tak apa reaksi dia?...", firas berhenti bersuara. "Apa reaksinya?", soal marissa ingin tahu. "Dia terkejut... dia kata dia tak sangka awak sanggup jaga kandungan awak sehingga awak bersalin... dia fikir awak dah gugurkan kandungan awak sebab dia ada menyuruh awak berbuat begitu...", kata firas. "Ya... memang betul dia ada menyuruh saya menggugurkan baby ni tapi saya tak buat apa yang dia suruh sebab saya sayangkan baby ni, firas... hanya baby ini saja yang saya ada... tak ada yang lain lagi...", marissa bersuara separuh hiba. Perlahan lahan dia mengucup dahi bayi kecil di dalam pangkuannya. Firas terdiam selepas itu. Dia memandang wajah marissa.

"Marissa... saya tahu ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan perkara yang sudah lama saya simpan dalam hati ini...", kata firas perlahan lahan. Marissa memandang wajah lelaki itu. "Apa yang ingin awak bincangkan?", soal marissa ingin tahu. Firas diam seketika. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulaikan perbincangan tersebut. Hatinya berbelah bagi. Separuh dari hatinya ingin membincangkan pernikahan mereka tapi separuh lagi dari hatinya tidak mahu membincangkan perkara itu. Sebenarnya dia masih belum mengambil keputusan, apakah dia akan teruskan saja rancangan pernikahan emaknya itu ataupun sebaliknya. Phobianya terhadap perkahwinan kembali menghantui jiwanya. Fikirannya jadi kacau bilau. "Kenapa awak diam firas?", soal marissa ingin tahu. "Marissa, maafkan saya... saya tak dapat membincangkan perkara ni dengan awak... mungkin lain kali saja saya bincangkannya dengan awak... er, saya pergi dulu ya...", cepat cepat firas beredar dari situ. Terpinga pinga marissa di buatnya. Dia tidak tahu kenapa firas berkelakuan begitu tapi marissa dapat rasakan firas sedang memikirkan sesuatu yang serius...

*** *** ***

Malam itu Firas berbaring di atas katilnya sambil berfikir panjang. Dia harus menetapkan pemikirannya dalam mengambil keputusan. Memanglah dia hendak berbincang dengan marissa tentang pernikahan mereka tapi sebahagian dari dirinya masih belum bersedia untuk bernikah. Phobianya terhadap perkahwinan masih ada sehinggakan dia tak dapat menentukan keputusan mana yang terbaik untuk dirinya. Perlahan lahan dia berjalan lalu berdiri di hadapan cermin almari yang ada di situ. Dia lihat bayangan dirinya dalam cermin itu. Wajahnya kelihatan begitu stress sekali. "Marissa tu baik firas... mana ada perempuan sebaik dia lagi... kenapa tak lamar dia?", bisik hati kecilnya. "Tapi aku tak boleh... bagaimana aku boleh bernikah dengan orang yang aku tak cinta?", bisik sebahagian hati kecilnya yang lain.

"Cinta tu belakang kira firas... kau harus fikirkan tentang bella, tentang marissa dan tentang baby mohd mirzan... kau harus berkorban demi mereka... dont you ever become a selfish bastard like faizal... you better make up your mind about this...", bisik hati kecilnya. "No... if you've got married with this girl, your life will be miserable just like what happened when you've got married with anita...", bisik hati kecilnya yang lain. "Marissa tidak sama dengan anitalah bongok... marissa jauh lebih baik dari anita...", bentak hati kecilnya. "Nope... i dont think so... she's a girl. All girls are the same... useless bitch...", bisik sebahagian hati kecilnya yang lain. Hatinya mula di landa peperangan yang tidak berpenghujung. Dia tidak tahu mana satu keputusan yang harus dia pilih. Fikirannya buntu...


*** *** ***

Hari demi hari berlalu. Kini genap seminggu lebih marissa di tahan di hospital tersebut. Sepanjang tempoh dia terlantar di hospital itu dia selalu menerima kunjungan dari firas dan mak cik halimah. Bella pun selalu datang menjenguknya. Mereka masih melayannya dengan baik padahal marissa sudah tahu tak lama lagi dia akan keluar dari kehidupan firas sekeluarga. Peggy dan jaswari pun ada datang menjenguknya tapi mereka datang sekali sekala sebab mereka sibuk dengan kuliah dan assignment mereka. Hanya marissa saja yang tak dapat datang kuliah sebab dia masih terlantar di hospital.

"Tuut- tuut... tuut-tuut...", lamunan marissa terhenti sebaik saja dia terdengar handphonenya berbunyi nyaring. "Hello...", marissa segera menjawap panggilan di handphonenya itu. "Hello rissa, ini mak bercakap...", kedengaran suara emaknya hajah lijah di hujung talian. "Emak?... oh... mak, saya rindukan mak...", marissa bersuara separuh hiba. "Ya... mak pun rindukan rissa sebab itulah mak call rissa ni...", kata hajah lijah dalam nada suara yang sendu. "Mak, mana ayah?", soal marissa ingin tahu. "Ayah awak ada dekat dengan mak ni... dia nak bercakap dengan awak...", kata hajah lijah. "Rissa...", kedengaran suara ayahnya di hujung talian. "Ayah...", marissa bersuara sepatah. Rasa rindunya terhadap ayah dan emaknya terasa membuak buak. Seakan akan dia hendak balik saja ke kampung untuk menjenguk mereka di sana. "Awak kat mana?", soal ayahnya haji zabidin. "Saya kat hospital bandar teras, ayah...", balas marissa perlahan lahan. "Kenapa awak berada di hospital pula?", soal haji zabidin dalam nada suara yang terkejut.

"Saya baru saja melahirkan anak lelaki, ayah... dah seminggu lebih saya di tahan kat hospital ni...", terang marissa. "Kenapa awak tak bagitahu kami yang awak selamat melahirkan anak di hospital tu?... kenapa awak langsung tak call kami selama ini?... kami betul betul risaukan awak, tau...", kata haji zabidin sedikit geram. "Maafkan saya ayah... saya takut ayah akan marah pada saya sebab saya sudah lahirkan anak haram ni... saya sebenarnya malu pada ayah, mak dan orang kampung di sana sebab itulah saya tak call ayah dan mak selama ini...", kata marissa dengan sedih. Airmata kembali membasahi pipinya. "Marissa, ayah tak marah pada awak lagi... sebenarnya ayah sangat sayangkan awak... kalau boleh ayah tak nak awak dapat malu hanya kerana awak hamil anak luar nikah tapi bila ayah fikirkannya kembali, mungkin ini suratan takdir yang telah di tentukan oleh Tuhan dalam hidup awak. jadi ayah tak dapat buat apa apa lagi selain daripada menerima apa saja yang takdir yang di tentukan oleh-Nya. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini...", kata haji zabidin perlahan lahan.

"Oh... Jadi ayah tak marah pada saya lagi ke?", soal marissa ingin tahu. "Tidak... malah ayah dah maafkan awak...", balas haji zabidin. Marissa merasa sungguh lega sebaik saja dia mendengar perkataan ayahnya itu. "Oh, terima kasih ayah sebab ayah dah maafkan kesalahan saya...", marissa bersuara dengan nada suara yang sayu. "Marissa, ayah dan mak akan datang menjenguk awak dan baby awak kat hospital tu pagi esok...", kata haji zabidin. "Oh, baiklah ayah... saya akan menunggu kedatangan korang...", kata marissa dengan hati yang gembira. "Baiklah... kita jumpa pagi esok... bye...", kata haji zabidin mengakhiri perbualan mereka. "Bye...", Marissa mematikan talian handphonenya. Dia tersenyum riang pada anak lelakinya, mohd mirzan. "Mirzan, pagi esok atuk dan nenek awak akan datang jenguk awak... senyumlah sayang...", kata marissa sambil mencuit pipi kiri babynya. Bayi tersebut tersenyum lebar bagaikan mengerti apa yang mamanya katakan saat itu. Marissa segera mengucup dahi bayinya dengan penuh kasih sayang...

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang