TABAH 33

5.5K 168 15
                                    

firas melangkah keluar dari dalam keretanya sebaik saja dia sampai di rumahnya. Dia ingin memberitahu emaknya yang dia sudah berjaya mencari alamat rumah marissa. Dia berkira kira hendak membawa emaknya dan juga bella pergi berjumpa dengan marissa di kampungnya. Begitulah hasratnya. Cepat cepat dia mengatur langkahnya menuju ke arah rumah teres dua tingkat itu. Dia terus berjalan ke tingkat atas menuju ke bilik tidur anak perempuannya bella. "Mak, saya dah dapat alamat kampung marissa... saya berhasrat hendak membawa mak dan bella berjumpa dengan marissa di kampungnya...", kata firas sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. "Firas, lupakan saja hasrat awak tu dulu... awak harus menghantar bella ke hospital. Mak tengok sakitnya semakin teruk...", kata mak cik halimah dengan wajah yang serius. Dia sibuk menggosokkan vicks vaporub di leher bella.

"Kenapa dengan bella mak?... bukankah dia hanya demam biasa saja?", soal firas sambil berdiri di sebelah katil anaknya itu. "Mak tak rasa dia demam biasa. Dia sering batuk walaupun di beri ubat batuk. Dah tu pula panas badannya tak berkurangan walaupun di beri ubat panadol. Kadang kadang dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Ketika awak keluar tadi dia sukar bernafas lagi... mak risaulah firas... mak takut bella ada penyakit lain...", kata mak cik halimah dengan wajah yang di bayangi kerisauan. "Alah!... demam biasa saja tu...", kata firas. "Mak tak fikir macam tu firas... mak rasa lebih baik awak bawa bella ke hospital sekarang juga... anak awak ni perlukan rawatan rapi dengan segera...", kata mak cik halimah lagi. Matanya tertuju ke arah bella yang terbaring lemah di atas katil itu. Anak tersebut kelihatan sedang berusaha bernafas dalam kepayahan. "Oh... Baiklah...", mahu tidak mahu firas pun terpaksa mengangkat bella di atas pangkuannya lalu di bawanya anak kecil tersebut ke dalam keretanya. Mak cik halimah segera mengekorinya dari belakang. Setelah pintu rumah di kunci mereka pun segera beredar dari situ.

Sampai saja di hospital bella pun di masukkan ke dalam bilik kecemasan. Firas dan emaknya terpaksa menunggu di luar bilik kecemasan itu. Beberapa minit kemudian, kelihatan sang doktor melangkah keluar dari bilik kecemasan tersebut. "Bagaimana dengan keadaan anak perempuan saya tuan doktor?", soal firas sebaik saja dia melihat doktor tersebut melangkah keluar dari dalam bilik itu. "Anak encik menghidapi penyakit pneumonia... dia perlu di tahan di hospital kerana paru parunya di jangkiti kuman...", jelas doktor tersebut. Firas terkejut sebaik saja dia mendengar penjelasan dari doktor itu. Dia tidak menyangka yang anaknya menghidapi penyakit pneumonia. "Jadi berapa lama dia di tahan di hospital ni tuan doktor?", soal firas ingin tahu. "Belum tahu lagi... tengoklah keadaannya dahulu... kalau dia cepat sembuh, cepatlah dia keluar dari hospital ni...", balas doktor itu perlahan lahan. Firas terduduk di atas kerusi yang ada di situ. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Sebenarnya dia berkira kira hendak membawa bella berjumpa dengan marissa tapi anaknya tu sudah sakit tenat jadi macamana dia nak bawa bella berjumpa dengan marissa lagi?.... firas mengeluh sendirian.

*** *** ***

Pagi itu rumah marissa di datangi tetamu. Marissa menyangka ianya kawan ayahnya namun sangkaannya meleset sama sekali. Rupa rupanya orang yang datang itu ialah emak dan ayah badrul. Mereka hendak berbincang dengan haji zabidin dan hajah lijah tentang pernikahan badrul dan marissa. Mereka berbincang di ruang tamu sambil minum air oren dan makan biskut ringan. Nampak gayanya mereka sudah tidak sabar lagi hendak menunggu saat di mana badrul dan marissa di satukan. Mereka berhasrat hendak membuat majlis tersebut secara 'tertutup'. Tak payah jemput orang ramai datang untuk menyaksikan akad nikah itu. Ianya akan di adakan di rumah marissa dengan di saksikan oleh beberapa orang sanak saudara yang terdekat. Mereka terpaksa berbuat begitu sebab itu adalah di atas permintaan badrul sendiri. Hajah lijah dan haji zabidin bersetuju saja dengan permintaan bakal anak menantu mereka. Sebenarnya mereka tak kisah pun bagaimana majlis akad nikah tu di jalankan. Yang penting anak mereka selamat di nikahkan dengan secepat mungkin. Marissa merasa sungguh tertekan sebaik saja dia mendengar mereka berbincang tentang pernikahannya dengan badrul. Rasa rasanya dia mahu membantah tapi bantahannya pasti tak akan di terima oleh orang tuanya. Sudah tentu mereka akan tetap memaksanya menikahi badrul. Ketika dia sedang duduk di situ kelihatan emaknya hajah lijah melangkah menghampirinya dengan senyuman terukir di bibir.

"Marissa, baru sebentar tadi mak biah dan pak rostam datang berjumpa dengan mak dan ayah... mereka datang untuk berbincang tentang pernikahan korang...", hajah lijah membuka bicara. Marissa hanya diam membisu. Sedikit pun dia tidak bersuara. Sejak dia di paksa oleh orang tuanya untuk menikahi badrul dia tidak lagi banyak bicara. Dia lebih suka berdiam diri dan menyendiri dalam bilik tidurnya. "Mak biah menyuruh mak berikan hadiah pemberian badrul ni pada awak...", kata hajah lijah sambil menyerahkan sekotak hadiah kecil di tangan marissa. Perlahan lahan marissa mengambil kotak hadiah kecil itu. Dia pun membuka kotak hadiah kecil tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ada sebentuk cincin emas dan seutas rantai emas di dalamnya. "Kata badrul, awak pakailah hadiah pemberiannya tu... cincin tu sebagai tanda yang awak dah jadi miliknya. Dan rantai tu pula di hadiahkannya untuk awak...", kata hajah lijah dengan lembut. "Mak... saya tak dapat terima ni semua...", kata marissa. "Eh... kenapa pula?... orang dah beri... ambil sajalah...", kata hajah lijah dengan pantas.

"Tapi mak...", kata kata marissa terus di potong pantas oleh hajah lijah. "Rissa, jangan bertapi tapi lagi... mak tak suka dengar perkataan tapi dari mulut awak tu... mari sini, biar mak yang sarungkan cincin tu di jari manis awak...", dengan sepantas kilat hajah lijah mengambil cincin tersebut lalu di sarungkan ke jari manis anak perempuannya itu. "Tengok... betapa cantiknya cincin itu di jari manis awak... awak tahu tak awak ni seorang gadis yang bertuah sebab masih ada lelaki yang sanggup menikahi awak walaupun dia tahu awak dah lahirkan anak luar nikah sebelum ni... itu barulah di katakan cinta sejati. apa pun yang telah terjadi pada diri awak, badrul tetap menerima awak apa adanya... itu tandanya dia sangat mencintai awak, rissa...", kata hajah lijah perlahan lahan. Marissa diam membisu. Dia cuba memikirkan perkataan emaknya itu. "Betul ke si badrul tu cinta sejatinya?... bukan ke cinta sejatinya ialah firas halim?...", Fikiran marissa kembali berserabut. Malah lebih berserabut dari sebelumnya...

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang