TABAH 8

7.9K 235 11
                                    

Perlahan lahan marissa membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam sebuah bilik tidur yang agak asing pada pandangan matanya. dia cuba bangun dari atas katil tersebut tapi seorang budak perempuan menahannya dari berbuat demikian. "Kakak cantik, jangan bangun... nanti kakak cantik sakit lagi...", kata budak perempuan tersebut. Marissa terpinga pinga sebaik saja dia mendengar budak perempuan itu memanggilnya kakak cantik. "Kakak cantik tunggu sekejap, ya... saya panggil nenek dan papa saya dulu...", kata budak perempuan tersebut. Dengan sepantas kilat dia beredar dari situ. Tidak lama kemudian dia muncul dengan 2 insan yang tidak di kenalinya. Perlahan lahan wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an itu datang lalu berdiri di sebelah katilnya. "oh... syukurlah, awak dah sedar...", kata wanita itu sambil tersenyum gembira. marissa membalas senyuman wanita tersebut.

Perlahan lahan wanita tersebut mengambil semangkuk bubur dari tangan lelaki yang berdiri di sebelahnya saat itu. "awak makanlah bubur ayam ni... awak macam tak sihat aje...", kata wanita tersebut sambil menghulurkan semangkuk bubur ayam pada gadis itu. "terima kasih, mak cik...", kata marissa. dia pun terus mengambil mangkuk itu. "Oh... tolong panggil saya mak cik halimah. Perkenalkan ini cucu saya bella dan ini pula papa bella, namanya firas... siapa nama awak?", soal mak cik halimah.
"Oh... nama saya marissa zabidin..."
"Cantik betul nama tu... mak cik tengok awak seperti ada masalah aje... mak cik dapat baca dari riak wajah awak tu..."
"sebenarnya mak cik memang saya ada masalah peribadi tapi saya tak mahu menceritakannya pada mak cik..."
"kenapa pula?"

"sebab saya tak mahu menyusahkan mak cik dengan masalah saya..."
"kenapa pula awak berfikiran seperti itu? ceritakan saja masalah awak tu... manalah tau kalau kalau mak cik boleh tolong awak..."
marissa diam membisu. "Er... maaf saya nak pergi kerja ni... mak, tolong jaga bella, ya?", firas bersuara memecahkan kesunyian. sesekali dia tunduk memerhatikan jarum jam di tangannya. "Ok... baik baik jalan ya, firas...", kata mak cik halimah. "Baiklah, mak... bella, jangan nakal sangat ye... dengar cakap nenek...", kata firas pada anak perempuannya itu. "Baiklah, papa...", balas bella dengan lembut. Dia pun mencium pipi papanya. Perlahan lahan firas beredar dari situ. Mak cik halimah kembali memandang wajah marissa. Begitu juga dengan cucunya, bella. "Berbalik pada soalan mak cik tadi tu... sebenarnya apa yang telah terjadi pada diri awak?... mak cik nak tahu ni...", kata mak cik halimah. Mahu tidak mahu marissa pun terpaksa menceritakan masalah hidupnya pada wanita tersebut.

"kasihan awak... mak cik merasa sungguh simpati pada awak... buat pengetahuan awak, mak cik dulu pun macam awak juga...", kata mak cik halimah perlahan lahan. marissa merenung wajah wanita itu. "maksud mak cik?", soal marissa seperti tidak faham pula. "maksud mak cik dulu mak cik pun pernah hamil anak luar nikah semasa mak cik berumur 17 tahun... boyfriend mak cik tak mahu berkahwin dengan mak cik sebab mak cik sudah hamil. dia menghilangkan diri sebaik saja dia mendapat tahu mak cik hamil. mak cik betul betul merasa malu pada semua orang terutamanya kawan kawan mak cik dan orang kampung. orang tua mak cik menyuruh mak cik gugurkan kandungan mak cik kerana mereka tidak mahu semua orang kampung tahu tentang hal ini... tapi mak cik tak ikut cakap mereka sebab mak cik tak mahu menjadi seorang pembunuh. bagi mak cik sudah cukuplah dosa yang telah mak cik lakukan... mak cik tak mahu tambah dosa lagi dengan membunuh darah daging mak cik sendiri... jadi, mulai dari saat itu, mak cik bertekad untuk menjaga kandungan mak cik dengan baik... mak cik lari dari kampung dan terus mencari pekerjaan di bandar ini...", mak cik halimah berhenti bersuara seketika. dia menarik nafas panjang.

"nasib baik mak cik ada seorang kawan yang sanggup menolong mak cik ketika mak cik dalam kesusahan. mak cik tinggal di rumahnya sambil bekerja di bandar sebagai seorang tukang cuci piring di restoran. dengan usaha mak cik sendiri mak cik menyimpan wang untuk belanja mak cik bersalin... setelah 9 bulan mengandung, mak cik pun berjaya melahirkan seorang bayi lelaki... namanya firas halim... mak cik sengaja buat nama halim di hujung namanya sebab nama itu hampir sama saja bunyinya dengan nama mak cik...", sambung mak cik halimah sambil tersenyum. "tak sangka mak cik begitu tabah menghadapi situasi seperti itu... jadi mak cik hanya ada seorang anak lelaki saja ke?", soal marissa ingin tahu. "Ya... mak cik hanya ada seorang anak lelaki saja. Si firas tu saja anak lelaki mak cik. Lepas mak cik lahirkan firas mak cik tidak mahu berkahwin lagi sebab mak cik lebih suka hidup bersendirian. Anyway, Bella ni anak firas kepada bekas isterinya...", kata mak cik halimah perlahan lahan. "maksud mak cik firas dah bercerai dengan isterinya ke?...", soal marissa. "Ya... firas baru saja bercerai dengan isterinya setahun yang lalu kerana isterinya lari dengan lelaki lain. Dengar khabar dia dah menikah dengan lelaki tu...", terang mak cik halimah. "Oh... begitu malang nasib firas... dia terpaksa membesarkan bella seorang diri...", marissa bersuara lirih.

"Ya, memang malang nasibnya... firas terpaksa berhempas pulas menjadi seorang ayah dan juga seorang ibu kepada anaknya ni... mak cik tengok dia pun menderita sejak di tinggalkan oleh isterinya. Mak cik ada suruh dia menikah dengan perempuan lain tapi dia tidak mahu. dia kata dia sudah tidak ada minat hendak menikah lagi...", balas mak cik halimah. "Ouwh... kasihan dia...", marissa bersuara perlahan lahan. "Marissa, mak cik nak tanya awak ni... awak nak pergi ke mana selepas ni?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Entahlah mak cik... saya tidak tahu ke mana hala tuju saya selepas ini... jikalau saya balik ke rumah sewa saya, sudah tentu fazerra musuh ketat saya tu akan mencari gaduh dengan saya. dia akan berusaha menyakiti hati saya lagi... jikalau saya balik ke kampung pun tak ada gunanya. ayah saya masih bencikan saya... pendek kata saya tak tahu ke mana lagi saya harus pergi mak cik...", kata marissa dengan sedih sekali.

"macam ni saja lah... apa kata kalau awak tinggal dengan mak cik di rumah mak cik ni... awak boleh tinggal di rumah ini sehingga awak selamat melahirkan anak awak tu... rumah ni besar... kalau awak ada boleh juga awak temankan cucu mak cik masa mak cik keluar rumah. tak pun awak boleh bantu mak cik kat gerai mak cik tu... ada juga orang yang tengok tengokkan gerai mak cik semasa mak cik keluar kelak... macamana?, awak setuju tak dengan cadangan mak cik ini?...", kata mak cik halimah dengan lembut. "eh... betul ke ni mak cik? atau mak cik bergurau?...", soal marissa macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. "eh... saya cakap betul ni... kalau awak mahu tinggal dengan mak cik sudah tentu mak cik akan benarkan awak tinggal di dalam rumah ni free of charge... janji awak mesti bantu mak cik di gerai tu...", kata mak cik halimah.

"baiklah mak cik, saya akan tinggal dengan mak cik... tapi saya tidak menyusahkan mak cik sekeluarga ke nanti?", soal marissa. "eh... tidak lah... mak cik gembira jikalau awak tinggal dengan mak cik sekeluarga... mulai saat ini awak tinggallah dengan mak cik, ya...", kata mak cik halimah. "Baiklah mak cik... terima kasih mak cik sebab mak cik sudi menumpangkan saya di rumah mak cik ni...", kata marissa dengan riangnya. dia memeluk wanita tersebut dengan hati yang gembira. "Sama sama...", balas mak cik halimah dengan lembut.

"Bella, mulai dari saat ini kakak cantik akan tinggal bersama dengan kita...", kata mak cik halimah pada cucunya itu. "Oh yakah nek?... baguslah... bella dah ada kawan baru di rumah... yeahhh!....", jerit bella dengan riangnya. Mak cik halimah hanya ketawa melihat gelagat cucunya itu. Manakala marissa tersenyum melihat telatah anak kecil tersebut. "awak berehatlah dulu... saya nak pergi ke dapur untuk siapkan makan malam yang enak untuk kita semua...", kata mak cik halimah perlahan lahan. "biarlah saya bantu mak cik di dapur...", kata marissa dengan lembut. "tak payahlah... awak berehat saja...", kata mak cik halimah. "saya tidak mahu berehat mak cik... saya mahu tolong mak cik di dapur...", kata marissa dengan lembut. "Oh... kalau macam tu baiklah... mari kita ke dapur...", ajak mak cik halimah. mereka pun pergi dari situ

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang