Ketika mereka makan malam bersama, firas hanya mendiamkan dirinya. Dia sedikit pun tidak bersuara. Apatah lagi bercakap dengan anak perempuannya bella. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. "Kakak cantik kenapa dengan papa tu? Dia asyik diam saja...", bisik bella ke telinga marissa. "Entahlah...", kata marissa separuh berbisik. Dia memerhatikan lelaki tersebut. Memang dia agak pendiam pada malam itu. Dia tidak seperti biasanya. Mak cik halimah bercakap dengannya pun dia hanya diam membisu. Setelah makan malam firas segera beredar dari situ. Begitulah sikap firas setiap hari. Dia menjadi pendiam sejak emaknya memaksa dia menikah dengan marissa.
Malam itu firas berdiri di luar beranda rumahnya sambil berfikir. Sebenarnya dia sedang memikirkan tentang perkataan emaknya tempohari. Sejak emaknya memaksa dia menikah dengan marissa dia semakin kerap memantau setiap pergerakan dan sikap marissa ketika dia berada di rumah. Nampak gayanya marissa seorang gadis yang baik tingkahlakunya. Dia tidak suka keluar malam seperti bekas isterinya. Dia lebih suka tinggal di rumah setelah dia balik dari kuliah atau bekerja di gerai emaknya. Dia suka menolong emaknya di dapur. Malah dia sering menghabiskan masa terluangnya bersama bella.
Dalam diam firas mula membandingkan sikap marissa dengan sikap bekas isterinya, anita. Marissa seorang gadis yang rajin dan suka menolong orang. Malah dia pandai memasak dan buat kuih muih yang sedap. Dia tidak seperti bekas isterinya anita yang pemalas dan tidak suka memasak di dapur. Firas masih ingat lagi bekas isterinya lebih suka beli makanan di kedai daripada memasak di rumah. Jika dia di suruh memasak di dapur dia akan bagi banyak alasan. Dia akan cakap yang dia letihlah, pening kepalalah, sakit badanlah dan macam macam lagi. Last last mereka terpaksa makan di warung yang berdekatan. Dia juga tidak suka menolong mak cik halimah di gerainya. Malah dia hanya tahu bergayut dengan smartphonenya sambil duduk goyang kaki macam boss. Dia tak pernah buat sebarang pekerjaan di rumah.
Pendek kata dia seorang yang pemalas dan tidak boleh di harapkan. Kalau malam minggu tiba dia akan minta kebenaran dari firas untuk keluar berhibur dengan kawan kawannya. Akibat terlalu sayangkan anita, firas terpaksa mengikut saja apa yang dikatakan oleh bekas isterinya itu. Tapi pada suatu hari firas mendapat informasi dari rakan sepejabatnya yang mereka nampak anita keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuannya. Pada mulanya firas tidak percaya dengan perkataan rakannya itu tapi segalanya terbongkar apabila dia ternampak bekas isterinya bermesraan dengan seorang lelaki di hadapan flamingo night club. Firas merasa sungguh terkejut dan marah sekali. Terus saja dia menyergah pasangan yang tak tahu malu itu. Sebaik saja anita di tampar olehnya, firas segera mengucapkan kata cerai di hadapan semua orang. Sejak peristiwa tersebut, anita tidak lagi datang ke rumah mereka untuk berjumpa dengan anak perempuannya. Malah dia melarikan diri ke australia dengan lelaki yang tak guna itu. Tinggallah bella dengan ayahnya sehingga dia membesar menjadi seorang anak perempuan yang tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu.
Firas memejamkan kedua belah matanya. Dia ingin melupakan bayangan wajah bekas isterinya. Ketika dia sedang termenung di luar beranda rumahnya tiba tiba, "ehemmm...", kedengaran seseorang berdehem di belakangnya. Firas segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan marissa sedang melangkah menuju ke arahnya. "Kenapa awak asyik diam saja sejak dua menjak ni?... Awak ada masalah ke?", soal marissa sebaik saja dia berdiri di sebelah lelaki itu. Mereka berdua berdiri sambil bersandar dekat dengan besi penghadang yang ada di luar beranda rumah tersebut. Firas diam membisu. "Anak awak berkali kali bertanya pada saya kenapa awak selalu mendiamkan diri?... saya tanya awak sebab anak awak yang suruh saya ajukan soalan ini pada awak... kalau bukan kerana dia, saya tak akan ajukan soalan ini pada awak...", kata marissa berterus terang. Firas masih diam membisu. Dia sedikit pun tidak bersuara. "nampak gayanya awak langsung tak nak bercakap dengan saya. Hmmm... tak apalah... saya pergi tidur dulu...", kata marissa berputus asa. perlahan lahan dia beredar dari situ. Namun langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terdengar namanya di panggil orang... "Marissa, tunggu sekejap...", perlahan lahan firas memanggilnya. Mahu tidak mahu marissa pun terpaksa berjalan menghampiri lelaki itu. "Awak nak tahu apa masalah saya?", soal firas sambil memandang wajah marissa. "Ya...", balas marissa sepatah.
"Sebenarnya emak saya memaksa saya menikah lagi... katanya ini demi kebaikan bella... dia nak bella mempunyai seorang ibu yang dapat menjaganya...", kata firas perlahan lahan. "Kalau emak awak suruh awak menikah, awak ikut sajalah apa yang dia suruh... saya rasa bella pun memang perlukan perhatian seorang ibu...", kata marissa perlahan lahan. "Masalahnya sekarang saya belum bersedia lagi hendak menikah... saya masih belum dapat melupakan kecurangan bekas isteri saya dulu. Saya tak nak perkara itu berulang lagi dalam hidup saya sebab itulah saya tak nak menikah...", kata firas. "Jadi awak fikir jika awak menikah lagi, isteri baru awak akan curang pada awak sama seperti apa yang di lakukan oleh bekas isteri awak tu, begitu ke?", soal marissa. "Ya... saya takut bila memikirkan semuanya itu...", balas firas. "Fikiran awak tu salah...", kata marissa dengan pantas. "Kenapa pula salah?... saya sebenarnya tak nak benda yang sama berulang dalam hidup saya. Maksud saya, memang baik jika kita menikah lagi dengan seseorang tapi kalau pasangan kita tu curang pada kita macamana pula tu?", soal firas. "Tak semestinya semua perempuan itu akan berlaku curang dengan pasangannya... ada juga yang setia dengan pasangannya sampai mati...", balas marissa dengan wajah yang serius.
"Oh yakah?... tapi saya tak percaya ada perempuan setia pada pasangannya. Kebanyakan isteri isteri zaman sekarang pandai bermain kayu tiga di belakang suami mereka...", bidas firas. "Tapi takkanlah kerana bekas isteri awak curang maka awak anggap semua perempuan suka berlaku curang di belakang suami mereka... itu tanggapan yang salah... buat pengetahuan awak ada juga perempuan yang setia pada suami mereka biar pun suami mereka tidak setia pada mereka....", kata marissa. "Yelah tu... itu pendapat awak tapi pada pendapat saya semua perempuan tu sama saja...", balas firas separuh jengkel. "Jangan buat kesimpulan begitu... itu tidak baik. Awak fikir semua perempuan tu sama ke? Sebenarnya tidak... ada segelintir perempuan yang sangat baik dengan suami mereka biar pun suami mereka sering kali menyakiti hati mereka sendiri. Mereka tetap hidup bersama suami mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Walaupun pada hakikatnya mereka tidak begitu bahagia dengan sikap teruk suami masing masing namun mereka tetap teruskan hidup bersama suami kerana mereka cintakan suami mereka dengan sepenuh hati...", kata marissa dengan bersungguh sungguh.
"So?...", firas bersuara sambil memandang wajah marissa. "So kesimpulannya jangan anggap semua perempuan itu sama dan tolong jangan anggap semua perempuan suka berlaku curang di belakang suami mereka sebab tak semua perempuan itu sama dan tak semua perempuan itu suka berlaku curang di belakang suami mereka. Ada juga perempuan yang baik hati dan setia pada suami mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Buktinya banyak pasangan yang menikah hidup bahagia sehingga ke anak cucu... sebaiknya awak cubalah ubah cara pemikiran awak tu... dan cubalah awak berikan peluang sekali lagi pada diri awak untuk mengecapi nikmat hidup berumahtangga... apa apa pun semuanya kini bergantung pada diri awak sendiri... awak berhak menentukan apa yang awak lakukan selepas ini... Samada awak nak menikah atau pun tidak... itu semua awak yang tentukan bukannya saya... saya cuma menasihati awak kerana awak telah menasihati saya tempohari. itulah sebabnya saya berbicara dengan awak pada malam ini...", kata marissa.
Firas hanya diam ketika dia mendengar perkataan gadis tersebut. "Oklah kalau tak ada apa apa lagi, saya masuk tidur dulu... see you tomorrow...", kata marissa sambil melambaikan tangannya. Perlahan lahan dia beredar dari situ. Tinggallah firas seorang diri di situ. Dia berfikir tentang perbualannya dengan marissa sebentar tadi. Ingin saja dia katakan pada marissa bahawa dia belum bersedia lagi hendak menikah dengan gadis itu tapi dia tak berani meluahkannya kerana dia tak mahu marissa merasa terkejut jikalau dia katakan yang emaknya memaksa dia menikah dengannya. Biarlah ianya menjadi satu rahsia...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Teen Fiction#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...