(BAB 4)
Perlahan lahan marissa beredar dari situ. Dia melangkah dengan pantas menuju ke bilik tidur yang terletak tidak jauh dari situ. Pintu bilik di tutup rapat sebaik saja dia masuk ke dalam bilik tidur tersebut. Dia menangis kesedihan. Perlahan lahan dia mengambil beg sandangnya dari atas almari yang ada di situ. Dia mengambil satu persatu pakaiannya dari dalam almari. Kemudian dia memasukkannya ke dalam beg sandangnya. Ketika dia sedang sibuk memasukkan semua barangnya ke dalam beg, kedengaran tombol pintu bilik tidur itu di buka orang dari luar. Kelihatan bella melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut.
"Kakak cantik nak pergi ke mana?...", soal bella sebaik saja dia berdiri di sebelah marissa. "Kakak cantik nak pergi dari sini...", balas marissa dengan nada suara yang lemah. Tangannya pantas sekali memunggah barang barang ke dalam begnya. "Kenapa kakak cantik nak pergi dari sini? Kenapa kakak cantik menangis pula?", soal bella ingin tahu. "Awak masih kecil bella... awak takkan faham...", balas marissa dengan sedih. Tiba tiba, "bella... awak di mana?", kedengaran suatu suara memanggil anak kecil itu. "Bella ada kat bilik kakak cantik...", balas bella separuh menjerit.
Tidak lama kemudian, kelihatan mak cik halimah melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia lihat marissa sedang mengemas barang barangnya ke dalam beg di tangan. "Marissa, awak nak pergi ke mana ni?", soal mak cik halimah ingin tahu. Dia mendekati gadis itu. Cepat cepat marissa mengesat air mata yang masih turun di atas pipinya. "Saya nak balik semula ke rumah sewa saya, mak cik...", kata marissa. "Kenapa pula awak nak balik ke sana?... bukankah awak kata tadi yang awak tak selesa tinggal di rumah sewa awak tu...", kata mak cik halimah. "Apa boleh buat mak cik... kalau saya tinggal kat sini pun tak ada gunanya sebab anak mak cik tak sukakan saya... jadi buat apa saya tinggal kat sini?... lebih baik saya bawa diri daripada tinggal dengan orang yang tak sukakan saya..", jelas marissa dalam nada suara yang terkilan. Mak cik halimah memandang wajah gadis itu.
"Saya tahu awak terdengar perbualan saya dengan firas tadi dan saya tahu awak sekarang merasa terkilan dengan sikap dingin yang di tunjukkan oleh firas terhadap awak... sebenarnya dulu firas tidak bersikap begitu. Dia seorang lelaki yang suka menolong dan bersahabat dengan semua orang. Biar pun orang itu orang asing sekali pun dia tetap menyambut baik kedatangan mereka di rumah ini tapi sejak dia di tinggalkan oleh bekas isterinya setahun yang lalu dia kini menjadi seorang lelaki yang bersikap dingin dan pentingkan diri sendiri. Malah dia membenci golongan perempuan sehingga dia tidak mahu seorang perempuan pun mendekati dirinya.... pernah satu kali dia memberitahu mak cik bahawa dia tak akan bercinta dan berkahwin dengan mana mana perempuan dalam dunia ini sebab dia tidak mahu pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya itu terulang kembali dalam hidupnya.... apa apa pun mak cik harap awak akan bersabar dengan sikap dingin firas tu... lambat laun dia akan terima kehadiran awak dalam rumah ini... cuma berikan dia sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran awak dalam rumah ni.. maklumlah selama ini hanya kami bertiga saja yang tinggal dalam rumah ni sejak bekas isterinya tinggalkan dia... jadi saya harap awak faham...", kata mak cik halimah perlahan lahan.
"Saya faham mak cik tapi bagaimana kalau dia marah dan halau saya keluar dari rumah ni?", soal marissa dengan wajah yang sedih. "Jangan pedulikan amarahnya tu. Awak buat buat tak tahu saja pada dia. Ingatlah, saya yang benarkan awak tinggal dalam rumah ni... jadi dia tidak boleh menghalau awak sesuka hati dia sebab ini rumah mak cik... mak cik harap awak akan terus tinggal di sini...", kata mak cik halimah. Marissa tunduk diam. Tangan kanannya di pegang erat oleh bella. "Kakak cantik, tolong jangan pergi... sudahlah bella tak ada kawan kat rumah ni... mama bella pula tinggalkan bella... jadi siapa kawan bella dalam rumah ni?", soal bella dengan nada suara yang sedih. Petah betul dia berbicara. "Nenek bella kan ada...", kata marissa dengan lembut. "Nenek bukannya selalu temankan bella di rumah. Dia pergi berniaga di gerainya. Papa pula sibuk bekerja. Mereka tak ada masa hendak bermain dengan bella... kakak cantik jangan pergi dari sini, ya...", kata bella sambil menggoncang goncangkan tangan marissa buat seketika. "Marissa, cucu saya begitu sukakan awak... tengok, dia tak mahu awak pergi dari sini... mak cik harap awak akan terus tinggal di sini...", kata mak cik halimah. Marissa terdiam seketika. dia lihat firas sedang berdiri sambil memerhatikan mereka di ambang pintu tidak jauh dari situ.
"kenapa kakak cantik diam?... cakaplah kakak cantik akan tinggal di sini dengan bella... pleaseeee...", bella bersuara separuh merayu. Tiba tiba, "Bella... mari sini...", panggil firas setelah dia lama berdiam diri. "Tak mahu... bella nak pujuk kakak cantik supaya dia tinggal dengan kita...", bella bersuara dengan tegas. "Ya... papa tahu tapi Bella harus ikut kata papa dulu, mari sini sayang...", panggil firas tanpa menghiraukan pandangan marissa dan emaknya. "Tak mahu... papa pujuklah kakak cantik ni supaya dia tinggal dengan kita. Kalau papa tak pujuk dia bella takkan ikut kata papa...", kata bella dengan wajah yang serius. Firas menarik nafas berat lalu menghelanya perlahan lahan. Bella segera menarik tangan papanya menuju ke arah marissa. "Papa... pujuklah kakak cantik ni supaya tinggal dengan kita...", bella bersuara sambil mendorong tubuh papanya ke arah marissa. Hampir saja firas terjatuh di buatnya. Nasib baik dia sempat mengimbangi tubuh badannya kalau tidak tak tahu lagilah.
"Apa ni bella?... janganlah dorong papa macam tu sekali...", firas bersuara separuh geram. Dia lihat marissa merenung wajahnya. Firas segera mengalihkan pandangan matanya. "Papa, cakaplah pada kakak cantik ni... suruh dia tinggal kat sini...", sekali lagi bella bersuara dengan tegas. "Kalau papa tak nak?", soal firas separuh jengkel. "bella akan mengamuk. Papa pun tahu apa akan terjadi jika bella mengamuk kan?...", kata bella dengan wajah serius. "Ouwh...", firas mengeluh seketika. "Cepatlah papa... cakap pada kakak cantik ni... larang dia supaya dia jangan pergi dari sini...", kata bella. Dia memukul mukul pinggul papanya. Perlahan lahan marissa menghampiri anak kecil itu lalu memegang kedua belah bahunya. "Bella, tolong jangan paksa papa awak... kakak cantik boleh tinggal di sini tapi setelah kakak cantik bersalin kelak kakak cantik akan keluar dari sini.... ", kata marissa dengan lembut. "Tapi kenapa pula kakak cantik keluar dari sini setelah bersalin... bersalin tu apa?", tanya bella kebingungan. Mereka berbalas pandangan seketika. Marissa hanya diam membisu. Perlahan lahan dia beredar dari situ...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Teen Fiction#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...