TABAH 22

6.7K 206 4
                                    

(BAB 8)

Perlahan lahan firas menelefon emaknya di rumah. Mak cik halimah merasa sungguh terkejut sebaik saja dia mendengar yang marissa di masukkan ke hospital. Dia dan bella terus berangkat ke hospital dengan menaiki teksi. Sebaik saja mereka sampai di hospital besar teras mereka segera menghampiri firas yang sedang berdiri di luar bilik kecemasan itu. Mak cik halimah terus bertanya pada anak lelakinya itu apa yang telah terjadi. Mahu tidak mahu firas pun terpaksa menceritakan apa yang telah terjadi dari A ke Z. Mak cik halimah terus memarahi firas sebaik saja dia selesai mendengar cerita tersebut. Dia memarahi firas kerana dia tidak berhati hati ketika melintasi jalanraya yang sibuk itu. Tak pasal pasal pula marissa yang mendapat kecelakaan. Firas hanya diam ketika emaknya memarahi dia. Sedikit pun dia tidak marah dengan perkataan emaknya kerana dia tahu dia yang salah dalam perkara ini.

Jikalaulah dia berhati hati ketika melintasi jalanraya tadi sudah tentu marissa tidak akan mendapat kecelakaan seperti itu. Firas mengeluh sendirian. Dia menyandarkan tubuhnya di tepi dinding sambil memejamkan kedua belah matanya. Dia tidak menyangka marissa akan mendapat kecelakaan setelah dia di selamatkan oleh gadis itu. Dia juga tidak menyangka yang gadis tersebut berusaha menyelamatkan dirinya padahal dia bukannya baik sangat pada gadis itu. Dalam diam dia merasa sungguh menyesal kerana selama ini dia selalu berfikiran negatif terhadap marissa. Dia tidak menyangka yang gadis itu sanggup bersusah payah menyelamatkannya. Ini menandakan yang gadis tersebut seorang manusia yang baik hati. tidak seperti apa yang di fikirkannya selama ini.

"Er... encik...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Dia pun terus membuka matanya. Kelihatan doktor yang merawat marissa berdiri di depannya. "Ya... ada apa tuan doktor?", soal firas ingin tahu. "Encik ni suami marissa, kan?", soal doktor tersebut. "Er... ti...", belum pun sempat firas menghabiskan perkataannya, emaknya terus menjawap soalan doktor muda tersebut. "Ya... dia suaminya...", begitu kata emaknya. Terpinga pinga firas ketika dia mendengar emaknya berkata bahawa dia ialah suami marissa. "Begini... isteri encik mengalami pendarahan di dalam rahimnya akibat terjadinya pelepasan plasenta atau solutio plasenta. Ianya terjadi di sebabkan pukulan atau benturan yang terlalu kuat sehingga terjadinya perdarahan plasenta. Walau pun pendarahannya tidak begitu teruk tapi pendarahan plasenta yang diikuti dengan kontraksi adalah sangat bahaya. Terlebih lagi jika plasenta itu terlepas dari dinding rahimnya....", kata doktor muda itu.

"jadi jikalau macam tu apa yang akan terjadi pada kandungannya, tuan doktor?... apakah marissa mengalami keguguran?...", soal mak cik halimah. "Tak juga... bayi itu masih boleh di selamatkan.... cuma...", doktor itu berhenti bersuara. "Cuma apa tuan doktor?", soal firas ingin tahu. "Cuma marissa perlu di bedah dengan segera. Jikalau tidak berkemungkinan besar nyawa bayi itu akan terancam. So, untuk mengelakkan perkara itu terjadi kami terpaksa menggunakan kaedah pembedahan. Itu pun jika encik membenarkan kami melakukan pembedahan ke atas isteri encik...", kata doktor itu. "Saya benarkan tuan doktor lakukan pembedahan itu...", kata firas dengan pantas. "Oh... kalau begitu baguslah... encik tolong tandatangan surat kebenaran pembedahan ini... sebaik saja encik turunkan tandatangan encik, kami akan jalankan pembedahan ke atas isteri encik...", kata doktor tersebut. "Baiklah...", kata firas. Cepat cepat dia menandatangani surat kebenaran pembedahan tersebut. Selepas ianya di tandatangani, doktor itu pun terus melangkah masuk ke dalam bilik kecemasan tersebut.

Perlahan lahan firas duduk di atas kerusi di sebelah emaknya. "Mak... kenapa emak cakap yang marissa tu isteri saya? padahal saya belum bernikah dengannya pun...", kata firas pada emaknya. "Apa salahnya jika mak cakap macam tu? Lambat laun korang akan bernikah juga kan?", kata mak cik halimah pula. "Mak... saya belum lagi mengambil keputusan hendak menikah dengannya...", kata firas. "Ya... mak tahu awak belum mengambil keputusan hendak menikah dengannya tapi mak berharap sangat awak akan menikah dengannya kerana dia jauh lebih baik dari bekas isteri awak si anita tu... malah dia sanggup bersusah payah menyelamatkan awak dari di timpa kemalangan... kalau bukan kerana dia mungkin awak sudah jadi arwah sekarang... awak fikirlah semuanya tu...", kata mak cik halimah. Firas terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan emaknya itu. Bila di fikirkan balik memang betul juga apa yang emaknya katakan tu. Jikalau bukan kerana marissa menyelamatkan dia tadi sudah tentu dia sudah tidak ada di muka bumi ini.

"Papa... kenapa dengan kakak cantik? Dia sakit ke, pa?", lamunan firas terhenti di situ juga. Dia lihat bella memandang wajahnya dengan pandangan mata yang sayu. "Ya sayang... kakak cantik sakit tenat...", balas firas perlahan lahan. Bella tunduk sedih. Kelihatan airmata mengalir perlahan lahan membasahi pipinya. Dia seperti menangis pula. "Eh... kenapa bella menangis ni?", soal firas ingin tahu. "Kalau kakak cantik sakit tenat, tentu dia akan mati kan, pa?", soal bella dengan esak tangisnya. "Eh... kenapa bella berfikiran macam tu pula?", soal firas ingin tahu. "Yelah... biasanya orang sakit tenat, cepat mati... contohnya macam atuk aki... dia tiba tiba saja sakit tenat dan selepas tu dia mati... bella takut kakak cantik akan mati sama seperti atuk aki...", tangis bella dengan sedih. Dia menangis sebaik saja dia teringatkan atuk akinya yang meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Atuk aki ialah ayah kandung mak cik halimah yang tinggal bersama mereka sehingga dia meninggal dunia. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di usianya yang ke 98 tahun. "Jangan menangis bella... papa yakin kakak cantik tak akan mati... dia akan selamat...", kata firas perlahan lahan.

"Bella takut, pa... bella tak mahu kakak cantik mati... bella sangat sayang kakak cantik... kalau boleh bella nak kakak cantik jadi ibu bella yang dapat jaga bella buat selama lamanya...", kata bella dalam esak tangisnya. Firas terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan anaknya itu. Dia tidak menyangka yang bella begitu menyukai marissa sehingga dia mahu gadis tersebut menjadi ibunya. Fikiran firas kembali kacau bilau. "Bella, jangan nangis, ya sayang... kakak cantik tidak akan mati. Dia akan selamat... jangan nangis... tengok, orang sana tu sedang melihat bella menangis. Malulah kalau di lihat orang macam ni... bella jangan nangis, ya...", pujuk mak cik halimah sambil memeluk cucunya itu. Bella pun diam dalam pelukan neneknya. Firas hanya duduk diam memerhatikan mereka berdua. Dia kembali memikirkan tentang persoalan yang sengaja di hindarinya selama ini iaitu pernikahannya dengan marissa. Dia terpaksa mempertimbangkan kembali perkara tersebut...

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang