TABAH 29

5.8K 195 4
                                    

Malam itu firas tidak dapat tidur. Dia berdiri di luar beranda rumahnya sambil berfikir panjang. Bila dia berdiri di situ seorang diri, dia teringat akan sesuatu. Di situlah dia dan marissa berbual bual bila mereka ada masalah. Pernah satu kali dia menceritakan pada marissa yang dia di paksa menikahi seseorang. Dia tidak memberitahu siapa gadis itu tapi marissa tetap menasihatinya. Malah dia menyuruh firas menikahi gadis tersebut. Mungkinkah itu petanda bahawa marissa sudi menikahinya?... dalam erti kata yang lain dia memberi lampu hijau padanya tapi malangnya firas begitu bodoh sehingga dia tidak dapat mengerti apa yang marissa katakan padanya.

Ketika dia sedang berdiri seorang diri di situ tiba tiba, "kakak cantiiikkkk!!... jangan pergiiii!!!...", kedengaran suatu jeritan bergema dari bilik tidur anak perempuannya. Cepat cepat dia berlari menuju ke bilik bella. Pintu bilik di bukanya dengan pantas sekali. Kelihatan bella sedang meracau racau dalam tidurnya. Tangannya tergapai gapai di awangan seperti memanggil seseorang... "kakak cantiiikkk!!!... jangan pergi!!!...", jeritnya lagi. "Bella... bangun bella... awak mengigau ni... bella...", firas bersuara sambil cuba menyedarkan anaknya dari mimpi. Mata bella terbuka luas sebaik saja bahu kirinya di goncang dengan kuat. Dia memandang wajah firas dengan pandangan mata yang sedih. Kebetulan pada waktu yang sama kelihatan mak cik halimah datang menghampiri cucunya itu.

"Kenapa ni bella?...", soal mak cik halimah ingin tahu. Bella terus memeluk neneknya."Tadi bella mimpikan kakak cantik... dia datang jumpa bella. Dia kata bella jangan sedih. Lepas tu dia tinggalkan bella. Jadi bella pun terus menjerit memanggil namanya...", bella bersuara dengan sedih. "Oh... itu cuma mimpi bella... jangan di fikirkan sangat mimpi tu... bella sambung tidur lagi, ya... biar nenek dodoikan bella...", pujuk mak cik halimah. "Tak nak... bella nak kakak cantik dodoikan bella sebab dia selalu nyanyikan lagu frozen untuk bella...", kata bella separuh memberontak. "Lagu frojen?... lagu apa tu bella?", soal mak cik halimah tidak tahu apa apa. "Alah... nenek ni... frozenlah bukan frojen... itu pun nenek tak pandai sebut... huh!...", bella bersuara separuh geram. "Hm... lagu let it go dari movie kartun frozen lah tu mak...", sampuk firas di sebelah emaknya. "Macamana nenek nak dodoikan bella kalau nenek tak pandai nyanyi lagu english tu...", kata mak cik halimah sambil menggaru kepalanya.

"Itulah... hanya kakak cantik seorang saja yang pandai nyanyi lagu tu... tapi sekarang dia tak ada...", kata bella separuh sedih. "Bella... jangan cari orang yang tiada kat rumah ni... biarkan nenek bacakan cerita cinderella untuk bella, ya...", kata mak cik halimah. "Ahh!... Tak nak dengar cerita cinderella... bella tak mahu ingat tentang kejahatan mak tiri cinderella tu. Nanti bella teringatkan kejahatan yang di buat oleh mama bella dan kakak cantik... lebih baik bella dengar cerita lain aje...", kata bella dengan wajah kelatnya. "Hm... baiklah... biar nenek ceritakan pada bella tentang cerita puteri gunung ledang. Hah... cerita tu best dari cerita cinderella...", kata mak cik halimah pula. "Hm... baiklah...", balas bella. Mak cik halimah pun mula bercerita. Firas terpaksa duduk di situ sehingga anaknya tertidur setelah penat mendengar cerita tersebut.

Perlahan lahan mak cik halimah menyelimuti tubuh cucunya itu dengan selimut di tangan. Dia di bantu oleh firas. "Tengok anak awak tu... kasihan dia... dia menderita kerana kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan dirinya...", kata mak cik halimah separuh berbisik. "Ya... dia memang kasihan tapi nak buat macamana lagi mak... dah nasib badan jadi macam ni...", kata firas separuh mengeluh. "Awak hanya tahu mengeluh saja kan?... awak tak ada usaha ke untuk dapatkan apa yang seharusnya menjadi milik awak?...", mak cik halimah bersuara separuh geram. "Maksud mak?", soal firas seperti tidak faham pula. "Maksud mak, kenapa awak tak pergi cari marissa dan anaknya?... bawa mereka ke sini... anak awak rindukan si marissa tu... buktinya dia menjerit memanggil marissa, tengah malam buta pula tu...", kata mak cik halimah dengan nada suara yang perlahan.

"Mak, macamana saya nak cari dia sedangkan saya tak tahu di mana kampungnya...", firas bersuara separuh bengang. "Hm... awak carilah dia sampai dapat... kalau awak tak cari dia dan bawa dia ke sini sudah tentu bella akan terus menerus bertanya tentang marissa dan anaknya...", kata mak cik halimah dengan pantas. "Tapi mak...", belum pun sempat firas bersuara emaknya sudah pun beredar dari situ. Tinggallah firas seorang diri di situ.

*** *** ***

Marissa bangun dari atas katilnya. Dia terasa hendak pergi ke kedai runcit pak hadi yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Sebenarnya dia hendak membeli pampers untuk anak lelakinya mohd mirzan. Dia lihat tiada seorang pun yang berada di dalam rumah ketika itu. Mungkin ayah dan emaknya sudah pergi ke kebun mereka. Dia pun terpaksa membawa anaknya itu ke kedai runcit pak hadi. Ketika dia sampai di depan kedai runcit kelihatan tiga orang wanita sebaya emaknya sedang sibuk membeli barang dalam kedai runcit tersebut. Mereka pandang ke arahnya dengan pandangan semacam. Marissa cuba untuk tidak mengendahkan mereka. "Eh... tengok tu... itu anak gadis haji zabidin dan hajah lijah yang baru saja balik dari bandar. Dengar cerita dia telah melahirkan anak luar nikah...", kata salah seorang wanita itu separuh berbisik.

"Eh... jadi anak yang di pangkunya tu ialah anak luar nikah?", bisik wanita yang satu lagi. "Iya... dia bukannya pernah berkahwin pun tiba tiba ada anak... tentulah itu anak luar nikah...", bisik wanita yang lain lagi. "Eh... tak sangka ya ada juga perempuan murahan macam dia tu... eh... sungguh memalukan...", bisik wanita itu. Marissa dapat mendengar bisikan mereka kerana mereka berbisik di belakangnya. Dia merasa sungguh malu dan sedih apabila mendengar perkataan mereka itu tapi apa boleh buat dia terpaksa menahan rasa malu dan kesedihan di lubuk hatinya. Cepat cepat dia mengambil pampers yang hendak di beli. Kemudian dia berjalan menuju ke kaunter pembelian. Setelah dia membayar pampers tersebut dia pun segera beredar dari situ. Ketika dia melangkah meninggalkan kedai runcit itu tiba tiba, "Marissa... awak ke tu?", tegur suatu suara. Kelihatan seorang pemuda berdiri tidak jauh dari situ. Di sebelahnya berdiri seorang pemuda yang sebaya dengannya. Kalau tak salah itu ialah badrul bin rostam kawan sekolah menengahnya dulu. Dan di sebelahnya tu pula ialah helmi kawan baik pemuda itu.

Badrul masih seperti dahulu. tidak banyak yang berubah pada dirinya. Cuma badannya agak berotot sedikit. Mungkin dia rajin buat senaman angkat berat di rumahnya kot. Marissa terpaksa tersenyum walau pun hatinya sedih ketika itu. "Ya...", balasnya sepatah. "Ini anak siapa?", soal badrul sambil menunjuk ke arah bayi yang di pangkunya. Marissa tidak segera menjawap. Dia teragak agak hendak menjawap soalan bekas classmatenya itu. "Itu anak dia... anak luar nikah...", kata suatu suara. Kelihatan 3 orang wanita tadi berdiri tidak jauh dari situ. Marissa tahu pasti salah seorang dari mereka berkata begitu. Cepat cepat dia beredar dari situ. Malu betul dia bila dia mendengar perkataan wanita itu. Airmata kesedihan kembali membasahi pipinya... sejak dari saat itu marissa tidak lagi berani keluar dari rumah orang tuanya. Dia hanya duduk terperap di dalam rumah dengan anak lelakinya....

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang