TABAH 38 (TERAKHIR)

12.1K 331 47
                                        

Keesokan harinya mereka bertemu dengan orang tua marissa untuk meminta kebenaran supaya mereka berangkat ke bandar. Pada mulanya haji zabidin dan isterinya tidak mahu mereka pergi. Mereka mencadangkan supaya marissa dan suaminya menetap beberapa hari lagi di kampung itu tapi apabila firas mengatakan yang dia perlu membawa marissa balik berjumpa dengan anaknya yang sakit tenat di hospital, mereka pun membenarkan marissa dan firas pergi ke bandar. Sebaik saja haji zabidin dan hajah lijah memberikan kebenaran kepada mereka untuk berangkat ke bandar, marissa pun segera bersiap dengan barang barangnya. Setelah mereka bersarapan pagi dan masukkan semua barang ke dalam kereta mereka pun terus berangkat ke bandar teras.

Di sepanjang perjalanan menuju ke bandar teras, marissa berdoa di dalam hatinya semoga mereka selamat sampai di tempat yang di tuju. Dia berharap bella baik baik saja ketika itu. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di hospital besar bandar teras. Cepat cepat marissa melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. Dia sudah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan bella. Firas melangkah pantas di hadapan sambil menggendong baby mohd mirzan di tangannya. Mereka segera melangkah masuk ke dalam bilik wad pesakit yang bernombor 28 itu. Kelihatan bella sedang terbaring di atas katil pesakit tidak jauh dari situ. Manakala mak cik halimah sedang duduk membelakangi mereka. "Bella... mak...", marissa bersuara sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik wad pesakit tersebut. "Eh... Marissa... bila masa pula awak sampai kat sini?", soal mak cik halimah terkejut. "Saya baru sampai kat sini dengan firas tadi...", balas marissa dengan riangnya. Dia pun terus bersalaman dengan emak firas. Terus terbangun bella di saat dia melihat marissa berada di situ. Rasa sakitnya hilang entah ke mana....

"Oh... Kakak cantik!... gembira dapat berjumpa dengan kakak cantik semula... bella betul betul rindukan kakak cantik...", bella bersuara sambil mendepakan tangannya seperti hendak di peluk pula. Marissa pun segera memeluk anak kecil itu. "Bella... dia bukan kakak cantik bella lagi tau... dia mama bella yang baru...", kata firas sambil tersenyum lebar. "Maksud papa?", soal bella tidak faham. dia meleraikan pelukannya. Marissa kembali berdiri di sebelah suaminya. "Ya... apa maksud awak firas?", soal mak cik halimah sambil memandang wajah anak lelakinya itu. "Maksud saya, marissa sekarang dah jadi mama baru bella... kami baru saja menikah awal pagi kelmarin di kampung jentayu...", kata firas dengan gembira. "Biar betul cakap awak ni firas...", kata mak cik halimah macam tidak percaya. "Ya... saya cakap betul ni mak... saya dah menikah dengan marissa di kampungnya. Orang tuanya yang membenarkan kami menikah awal pagi kelmarin...", jelas firas lagi. "Oh... Betul ke ni rissa?", soal mak cik halimah masih tidak percaya dengan perkataan anak lelakinya itu. "Ya... Memang betul cakap firas tu, mak... kami dah menikah awal pagi kelmarin... secara mendadak pula tu...", balas marissa sambil tersenyum lebar.

"Ceritalah pada mak, firas... Macamana korang boleh menikah secara mendadak ni?", soal mak cik halimah. Mahu tidak mahu firas pun terpaksa menceritakan segalanya pada emaknya itu. "Oh begitu... baru sekarang mak faham...", mak cik halimah bersuara sambil menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum gembira. Begitu juga dengan cucunya bella. "Baguslah kalau macam tu.... Oleh kerana kakak cantik dah jadi mama bella jadi bella akan panggil kakak cantik sebagai mama cantik. Bella berharap semoga mama cantik tidak akan tinggalkan bella lagi ...", kata bella dengan penuh harapan. Marissa hanya ketawa ketika mendengar perkataan anak kecil tersebut. Firas dan emaknya pun turut ketawa ketika itu. "Oh... itu sudah tentu bella... mama cantik tidak akan tinggalkan bella lagi...", kata marissa sambil ketawa kecil. "Oh... sayang mama cantik...", bella pun segera memeluk mama barunya dengan hati yang gembira. Marissa kembali memeluk anak kecil itu dengan penuh kasih sayang. Dia tahu yang dia kini telah menjadi seorang ibu kepada dua orang anak yang di kasihinya. Dia juga tahu yang dia kini telah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang di cintai nya. Dalam diam dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan dia apa yang di impikannya selama ini. Dia bertekad akan menjaga kebahagiaan rumahtangganya dengan firas sehingga ke akhir hayatnya...

--- Tamat ---

Author note: tamat sudah nopen ini. Terima kasih pada semua pembaca yang sudi membaca, komen dan vote nopen ini. Macam yang di katakan oleh kartun boboboi tu, korang memang 'terbaik'... huhu... ;)

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang