TABAH 17

6.5K 217 5
                                    

Setelah berfikir panjang, marissa melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya pergi kuliah pagi esok. Dia akan cuba menjadi seorang perempuan yang tabah dan cekal. Itulah azam barunya. Keesokan harinya, dia pergi kuliah berbekalkan semangat baru. Dia di sambut oleh peggy dan jaswari dengan riangnya. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam dewan kuliah itu semua orang pandang semacam ke arahnya. Namun dia buat buat tak tahu saja.

Perlahan lahan dia duduk di atas kerusinya. "Well... well... well... look at here... nampak gayanya ibu muda kita sudah kembali bersama kita... wah... wah... wah... semakin besar perut ibu muda kita ni kan, kawan kawan...", kelihatan fazerra berdiri sambil ketawa di depan mereka. Marissa buat buat tak tahu saja. Dia teringat akan nasihat firas padanya. "Buat tak tahu saja... pekakkan telinga... butakan mata...", kata kata firas itu terngiang ngiang di cuping telinganya. Marissa tidak menghiraukan gadis tersebut. Malah dia kembali berbual bual dengan peggy dan jaswari. Apabila fazerra melihat gadis itu tidak peduli pada perkataannya dia pun pergi duduk di tempat duduknya.

Sesi kuliah berjalan dengan lancar. Marissa kini dapat menumpukan perhatiannya pada topik yang di bincangkan. Dia tidak lagi sibuk dengan pandangan mata dan bisikan sumbang di kiri kanannya kerana dia kini tidak lagi peduli dengan keadaan di sekelilingnya. Yang dia fikirkan cuma satu, belajar dan belajar. Ketika mereka keluar dari dalam dewan kuliah itu, sekali lagi fazerra datang menghampirinya. "Hai, ibu muda... tak lama lagi perut awak yang buncit tu akan meletup, kan... tentu best menjadi seorang ibu anak luar nikah...", kata fazerra dengan nada suara yang separuh mengejek. Marissa pura pura tidak mendengarnya. Dia teruskan perbualannya dengan peggy tanpa mempedulikan kehadiran fazerra di situ. Apabila fazerra melihat tidak ada sebarang reaksi di tunjukkan oleh gadis itu dia pun beredar dari situ. Marissa merasa sungguh lega sebaik saja fazerra meninggalkan mereka di situ.

Begitulah cara marissa apabila berhadapan dengan fazerra dan orang orang yang suka menghinanya. Dia tidak lagi melenting atau ambil kisah dengan orang yang menghinanya secara terang terangan kerana dia tahu itu semua hanyalah dugaan dalam hidupnya. Dia lebih suka menjauhkan diri dari semua orang yang melukai hatinya. Dia hanya berkawan dengan peggy dan jaswari saja. Lama kelamaan marissa sudah 'terbiasa' dengan keadaan di mana dia menjadi mangsa ejekan orang lain. baginya semua kata kata ejekan dan hinaan yang di lemparkan orang terhadap dirinya sudah tidak lagi meninggalkan sebarang kesan dalam dirinya. hatinya sudah menjadi keras seperti batu. apa pun tidak akan dapat melukakan hatinya kerana dia sudah 'lali' menghadapi semuanya itu.

*** *** ***

Hari demi hari berlalu, hubungan marissa dengan bella semakin rapat sekali. Mereka sering menghabiskan masa yang terluang bersama sama. Petang itu kelihatan firas sedang melangkah masuk ke ruang tamu dengan wajah yang keletihan. Dia lihat emaknya ada di ruang tamu tersebut tapi bayang kelibat bella anaknya tidak kelihatan di situ. "Mak, mana bella?", soal firas sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sofa yang ada di situ. "Dia berada di bilik tidur marissa. Mungkin mereka sedang bermain dalam bilik tidur tu...", kata mak cik halimah perlahan lahan. Dia melangkah menuju ke ruang dapur. Tidak lama kemudian dia kembali membawa segelas air oren di tangannya. "Nah... minumlah air oren ni...", kata mak cik halimah. "Terima kasih mak...", perlahan lahan firas meminum air oren yang di hidangkan oleh emaknya itu.

"Mak tengok bella begitu sukakan marissa... malah dia memperlakukan marissa sama seperti ibunya sendiri... mak fikir lebih baik awak menikah dengan marissa... mak rasa dia jodoh awak...", kata mak cik halimah perlahan lahan. "Uhuk... uhuk... uhuk...", firas tersedak dan terbatuk sebaik saja dia mendengar perkataan emaknya itu. "Apa yang mak merepek ni?... buat apa pula saya menikah dengannya?", soal firas sambil mengelap mulutnya yang basah akibat terkena air oren sebentar tadi. "Jika awak menikah dengannya sudah tentu bella akan mendapat seorang ibu... kasihan bella sejak dia kehilangan ibunya dia ketandusan kasih sayang seorang ibu tapi apabila marissa bersama dengannya, dia nampak bersemangat semula... mungkin ini petanda yang dia perlukan perhatian seorang ibu. Jadi kesimpulannya, awak harus menikah dengan marissa... mak rasa marissa akan menjadi seorang ibu yang baik...", balas mak cik halimah dengan lembut. "Tidak mak... saya tak mahu menikah lagi mak... saya tak mahu peristiwa lama berulang lagi dalam hidup ini...", firas bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Firas, jangan kerana peristiwa kegagalan rumahtangga awak bersama bekas isteri awak maka awak mengambil keputusan untuk tidak bernikah sampai selama lamanya... awak jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkanlah tentang bella dan fikirkanlah tentang nasib anak yang di kandung oleh marissa...", kata mak cik halimah. "Mak... buat apa pula saya fikirkan tentang anak yang di kandung oleh marissa tu?... anak tu bukannya anak saya pun...", kata firas pula. "Firas... awak tak tahu ke anak tu anak luar nikah?... kalau anak itu lahir sudah tentu dia akan menjadi bahan ejekan orang lain sama seperti apa yang telah terjadi pada diri awak dahulu...", kata mak cik halimah perlahan lahan. Firas terdiam ketika mendengar perkataan emaknya itu. Dia tunduk memandang lantai

"Firas... jika awak tak nak fikirkan tentang nasib anak yang di kandung oleh marissa tu sekurang kurangnya awak fikirkanlah tentang nasib bella. Bella pun berhak untuk dapatkan kasih sayang seorang ibu. Jika awak nak bella hidup bahagia awak harus berkorban demi dia... mungkin dengan cara ini bella akan menjadi seorang anak yang riang kembali. Bayangkanlah jika marissa tiba tiba tinggalkan kita, mungkin bella akan mencari gadis tu siang dan malam sama seperti apa yang telah terjadi ketika awak berpisah dengan bekas isteri awak dulu...", kata mak cik halimah. "Jadi, mak suruh saya menikah dengan marissa kerana bella?", soal firas separuh jengkel. "Ya... awak harus lakukannya demi kebahagiaan anak awak... jangan biarkan bella membesar tanpa kasih sayang seorang ibu... nanti dia akan membesar dan menjadi seorang anak yang kurang kasih sayang dan perhatian, tau...", tekan mak cik halimah dengan wajah yang serius. "Mak, tolong jangan paksa saya bernikah... saya masih belum lagi dapat melupakan apa yang telah terjadi dalam rumahtangga saya dengan anita... saya rasa saya tak nak berhadapan dengan situasi di mana isteri yang di kasihi berlaku curang di belakang saya. Saya tak nak perkara itu berulang lagi mak. Cukuplah saya menderita kerana perempuan sekali saja dalam seumur hidup saya tapi saya tak nak menderita buat ke sekian kalinya...", kata firas berterus terang.

"Takkanlah semua perempuan curang dengan pasangannya, firas... mak rasa marissa takkan berlaku curang pada awak... dia seorang perempuan yang baik hati...", kata mak cik halimah. "Kalau dia perempuan yang baik hati, kenapa dia boleh hamil anak luar nikah mak?... itu menandakan yang dia seorang perempuan yang playgirl... jangan jangan anak yang di kandungnya tu ialah anak hasil perhubungannya dengan ramai lelaki kat luar sa...", belum pun sempat firas menghabiskan perkataannya mak cik halimah segera memotong perkataannya, "Tutup mulut awak, firas... mak tak sangka awak sanggup berkata begitu tentang marissa... awak dah lupa ke mak pun pernah hamil anak luar nikah sama seperti marissa tapi mak bukan perempuan yang suka curang dan berhubungan intim dengan ramai lelaki... awak fikir orang yang hamil anak luar nikah tu semuanya playgirl ke?... sebenarnya tidak firas... sebenarnya tidak... kalau bukan ayah awak yang playboy tu, emak pasti tak akan hamil dan mengandungkan awak... emak fikir ayah awak akan bersedia menikah dengan emak tapi rupa rupanya dia hanya mempermainkan emak... emak sedih dan hampir saja bunuh diri. Nasib baik fikiran emak masa tu masih waras kalau tidak mungkin awak tidak lahir ke dunia ini...", mak cik halimah bersuara dengan penuh emosi. Matanya basah dek air mata.

Perlahan lahan firas mendekati emaknya. "Emak... maafkanlah saya... saya sebenarnya merasa tertekan apabila emak memaksa saya menikah lagi... saya belum bersedia hendak menikah, mak... tolonglah fahami keadaan saya ni... saya mohon pada mak tolong jangan bicara tentang pernikahan sebab saya tak mahu bahas perkara tu lagi...", kata firas perlahan lahan. "Hm... mak tak akan berhenti menyuruh awak menikah sebab mak rasa hanya ini saja cara awak membahagiakan bella...", kata mak cik halimah. "Tapi mak...", kata kata firas di potong pantas oleh mak cik halimah. "Awak fikirkannya dulu firas... Fikirkan demi kebahagiaan anak awak bella... itu saja yang mak nak katakan pada awak...", belum pun sempat firas bersuara emaknya melangkah pergi dari situ. Dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Firas mengeluh sendirian...

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang