(BAB 6)
Malam itu seperti biasa mereka makan bersama sama. "Kakak cantik, boleh tak bella tanya satu soalan dengan kakak cantik?", soal bella sambil mengunyah nasi dalam mulutnya. "Tanyalah...", balas marissa sepatah. "Kenapa perut kakak cantik semakin hari semakin membesar? Kakak cantik kuat makan ke sehingga perut kakak cantik buncit macam belon...", soal bella. "Hahahaha...", Firas yang dari tadi diam membisu tiba tiba saja ketawa. Mungkin soalan itu terlalu lucu bagi dirinya. Marissa terus terdiam sebaik saja dia terdengar soalan itu. "Sebenarnya kakak cantik bukannya kuat makan tapi ada baby kecil di dalam perutnya tu... itu sebabnya perut kakak cantik semakin membesar...", mak cik halimah menjawap soalan anak kecil itu. "Eh... macamana pula ada baby kecil di dalam perut kakak cantik?... siapakah orang yang masukkan baby kecil tu di dalam perut kakak cantik?", soal bella lagi. "Hahahahaha...", Sekali lagi firas ketawa berdekah dekah. Mak cik halimah segera menyepak kaki anak lelakinya itu. "Ouwwhhh... sakitlah mak", firas menjerit kesakitan. "Itulah, lain kali jangan asyik mentertawakan orang lain..,", tegur mak cik halimah. Firas terpaksa mendiamkan dirinya selepas itu. Mata mak cik halimah kini tertumpu ke arah cucunya.
"Bella, jangan banyak tanya, okay... cepat makan...", kata mak cik halimah. Bella pun diam membisu. Hanya firas seorang saja yang tersengih sengih macam kerang busuk. Manakala marissa pula diam membisu. Selepas habis waktu makan, firas melangkah pergi dari situ. marissa melangkah mengekori lelaki itu dari belakang. "Firas...", dia memanggil lelaki tersebut. Perlahan lahan Firas menoleh ke belakangnya. Kelihatan marissa berdiri tidak jauh dari situ. "Apa?", soal firas ingin tahu. "Kenapa awak suka sangat mentertawakan saya?...", soal marissa dengan nada suara yang terkilan. "Saya mentertawakan awak?... honestly, saya bukannya mentertawakan awak... saya cuma tertawa apabila mendengar soalan lucu bella tu...", balas firas sambil ketawa kecil. "Bohong!... saya tahu awak mentertawakan saya... tapi tak apalah memang dah nasib saya jadi macam ni... saya sering di tertawakan orang...", kata marissa dengan sedih. Cepat cepat dia beredar dari situ.
Dia melangkah menuju ke luar beranda rumah yang sunyi sepi itu. Dia menangis seorang diri di situ. Ketika dia sedang menangis tiba tiba dia nampak ada sehelai sapu tangan berwarna biru di hulurkan padanya. "Kesat airmata awak tu...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Perlahan lahan marissa mengangkat wajahnya. Kelihatan firas berdiri di sebelahnya sambil menyerahkan sehelai sapu tangan padanya. Marissa pun mengambil sapu tangan tersebut. "Marissa... maaflah jika saya buat awak bersedih. Saya tak berniat pun nak buat awak bersedih macam ni... sebenarnya saya cuma nak uji ketabahan hati awak dalam menghadapi situasi menyakitkan hati tapi nampak gayanya awak sudah gagal...", kedengaran suara firas menerjah cuping telinganya. Marissa berhenti menangis.
Dia segera menoleh ke arah lelaki itu. "Maksud awak?", soal marissa separuh jengkel. "Yelah kan... pagi tadi awak cakap awak nak pergi kuliah tanpa peduli pada pandangan orang lain terhadap diri awak tapi baru saja saya ketawa dengar soalan bella tu awak dah menangis. Nampak sangat awak ni bukan seorang gadis yang tabah hatinya. Jikalau awak seorang gadis yang tabah hatinya, awak tak akan menangis macam ni...", kata firas sambil bersandar dekat besi beranda tersebut. "Jadi awak nak saya ketawa macam badut sarkas setiap kali saya di hina dan di tertawakan oleh orang lain, begitu?", soal marissa ingin tahu.
"Takkanlah awak ketawa macam badut sarkas setiap kali awak di hina orang... maksud saya begini... jika awak tabahkan hati awak biar apa pun yang terjadi awak tak akan mudah terasa atau melenting walau pun awak berada dalam keadaan yang menyakitkan hati seperti yang berlaku sebentar tadi... awak akan dapat mengatasi semua hinaan dan cercaan orang dengan mudah, itu pun jika awak sanggup butakan mata dan pekakkan telinga awak tu...", kata firas perlahan lahan. "Maksud awak?", soal marissa. "Maksud saya awak buat buat tak tahu sajalah bila ada orang yang menghina awak... anggap saja mereka tidak wujud di depan mata awak... senang, kan?", firas bersuara lagi. "Cakap tu memanglah senang tapi awak bukannya pernah melalui pengalaman yang teruk macam saya ni...", tempelak marissa.
"Correction, cik marissa... pengalaman saya jauh lebih teruk dari awak, tau... awak fikir saya suka sangat ke bila ada orang cakap saya ni anak luar nikah?... tak cukup dengan itu diorang kata saya ni anak haram yang tak berbapa dan tak berguna tapi saya tak peduli semua tu sebab saya tahu mulut orang takkan dapat di tutup sampai bila bila. Jadi, kesimpulannya awak tak boleh terlalu lemah apabila awak mendengar orang menghina awak... Awak harus kuat, tabah dan sabar dalam menghadapi setiap dugaan yang datang melanda hidup awak. Jikalau awak tidak kuat, tidak tabah dan tidak sabar menghadapi semuanya itu maka awak akan di anggap gagal. Gagal dalam erti kata yang sebenarnya....", kata firas dengan wajah yang selamba.
"Kenapa awak tiba tiba menasihati saya pula?", soal marissa ingin tahu. "Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya tiba tiba terasa hendak menasihati awak sedangkan selama ini saya memang tak nak ambil peduli tentang diri awak tetapi memandangkan awak menangis kerana saya ketawa ketika mendengar soalan bella tadi maka saya pun terpaksa menasihati awak... anyway, jikalau awak nak pergi kuliah dengan sikap awak yang mudah 'terasa' tu, lebih baik awak jangan pergi kuliah sebab orang kat sana jauh lebih sinis dari apa yang awak fikirkan tapi jikalau awak nak pergi kuliah juga lebih baik awak ubah sikap awak tu sebelum terlambat... ianya untuk kebaikan awak juga. Oklah, saya nak masuk tidur... good night to you...", firas bersuara mengakhiri perbualannya dengan gadis itu.
"Tunggu sekejap...", marissa menahannya. "Apa lagi?", soal firas ingin tahu. "Thanks sebab awak menasihati saya... by the way, saya nak tanya awak ni?", marissa bersuara sambil memandang wajah lelaki tersebut. "tanyalah...", firas membalas pandangan mata gadis itu. "Apakah awak menasihati saya kerana awak sudah dapat menerima kehadiran saya dalam rumah ni?...", soal marissa ingin tahu. "Hm... awak masih dalam proses pemerhatian saya...", firas bersuara perlahan lahan. "Proses pemerhatian awak?... maksud awak?", soal marissa dengan dahi yang berkerut. "Maksud saya, saya akan sentiasa memantau sikap awak... jika awak tak berniat jahat dan tak buat jahat dalam rumah ni selama beberapa bulan awak tinggal kat sini, mungkin saya akan dapat menerima kehadiran awak dengan baik... itu pun jika awak bernasib baik...", balas firas selamba. "Bernasib baik? Maksud awak?", soal marissa. "Maksud saya, awak di kira bernasib baiklah jikalau awak tidak di halau keluar dari rumah ni... actually, my rules is so simples... if you nice, i will nice to you too but if you do a bad things, i will kick your ass out of here...", ucap firas dengan wajah yang selamba. Marissa terdiam selepas itu. Perlahan lahan firas meninggalkannya seorang diri di situ....

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Teen Fiction#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...