Keesokan harinya marissa bangun awal. Dia berjalan perlahan lahan menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari bilik wad pesakit itu. Rasa sakit akibat di bedah masih terasa tapi kini ianya sudah berkurangan. Tidak seperti masa mula mula dia selesai di bedah tempohari. Nak duduk pun susah apalagi nak berjalan. Semuanya susah. Maklumlah luka jahitan di perutnya masih belum sembuh sepenuhnya tapi bila dah seminggu lebih dia berada di hospital dia mula merasa ok sedikit. Dia boleh bangun dan berjalan ke sana ke mari jika dia merasa bosan. Dia juga boleh pergi mandi seorang diri dalam bilik mandi. Pada pagi itu dia nampak gembira sekali sebab tak lama lagi dia akan berjumpa dengan emak dan ayahnya. Dia berkira kira hendak balik ke kampung halamannya bila dia di benarkan keluar dari hospital itu. Dia tidak berharap lagi untuk tinggal dengan keluarga mak cik halimah sebab dia telah berjanji akan keluar dari rumah itu setelah dia bersalin. Walaupun dia merasa keberatan hendak berpisah dengan bella namun dia terpaksa menepati janjinya itu.
Setelah mandi dia kembali semula ke bilik wadnya. Dia duduk di atas katilnya semula. Tidak lama kemudian kelihatan seorang doktor muda dan 2 orang jururawat datang menghampirinya di situ. Doktor tersebut mula memeriksa keadaannya. "Hm... saya dah periksa keadaan awak. Semuanya ok... awak di benarkan keluar dari hospital pada tengahari ni...", kata doktor itu sambil menyelak beberapa helai kertas laporan kesihatan gadis tersebut. "Oh... baguslah kalau macam tu...", kata marissa dengan riangnya. "Nurse, tolong buka hos kecil di tangannya tu... she will be discharge this afternoon...", kata doktor itu. "Ok...", jururawat tersebut menganggukkan kepalanya lalu membuka hos kecil di tangan gadis itu. Marissa tersenyum gembira sebaik saja dia mendapat tahu yang dia akan keluar dari hospital tersebut. Dia sudah tidak sabar lagi hendak balik ke kampung halamannya bersama orang tuanya. Ketika dia berada di situ kelihatan emaknya, hajah lijah dan ayahnya haji zabidin melangkah menuju ke arahnya. "Marissa...", sapa haji zabidin. "Oh... ayah!... mak!... saya gembira dapat berjumpa dengan korang semula...", marissa bersuara dengan riangnya. Dia pun terus memeluk kedua orang tuanya itu.
"Mana baby awak tu rissa?", soal hajah lijah tidak sabar lagi hendak melihat cucunya. "Ini dia mak... namanya mohd mirzan....", marissa segera mengambil anaknya lalu di serahkannya pada emaknya itu. "Oh... wajahnya sangat comellah... sama macam mamanya", komen hajah lijah sambil memerhatikan wajah anak kecil tersebut. Haji zabidin pun turut memerhatikan wajah cucunya itu. Mereka nampak gembira melihat anak kecil tersebut. "Mak... ayah... saya nak balik kampung dengan mak dan ayah... itu pun jika mak dan ayah tak keberatan...", kata marissa perlahan lahan. "Eh... kalau awak nak balik kampung balik sajalah... ayah tak larang awak pun... rumah kita sentiasa terbuka untuk awak, marissa", kata haji zabidin.
"Oh... terima kasih ayah sebab ayah benarkan saya balik kampung... sebenarnya saya takut ayah tak benarkan saya balik kampung tadi. Maklumlah saya dah bersalin dan ada anak haram pu...", kata kata marissa terus di potong pantas oleh haji zabidin. "Jangan cakap macam tu... walau apa pun yang terjadi ayah tetap menerima kehadiran awak dalam keluarga kita... ayah tak kisah jika awak sudah bersalin dan punya anak sebab ayah masih sayangkan awak dan cucu ayah ni...", kata haji zabidin sambil mencuit pipi bayi kecil di pangkuan isterinya itu. Marissa tersenyum gembira sebaik saja dia mendengar perkataan ayahnya. Terasa batu berat yang di galasnya selama ini sudah hilang dari atas bahunya. Selepas itu mereka berbual dengan riangnya.
Sebelum marissa discharge dari hospital tersebut sempat juga dia menulis sekeping surat untuk firas. Dia akan tinggalkan surat itu di rumah firas bila dia pergi ambil semua barangnya dari rumah lelaki tersebut. Dia bertekad hendak balik ke kampung pada hari itu juga. Tepat pada pukul 12:30 tengahari marissa melangkah keluar dari bilik wad pesakit itu dengan di temani oleh kedua orang tuanya. Mereka melangkah meninggalkan kawasan hospital tersebut. Perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam kereta milik haji zabidin. Tidak lama kemudian kereta tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan hospital itu. "Mak... ayah... boleh tak kita berhenti kat rumah kawan saya di perumahan taman cahaya?... saya nak ambil barang barang saya kat sana...", soal marissa ingin tahu. "Baiklah...", balas haji zabidin sepatah. Dia segera membelok keretanya ke arah jalan kelinci yang menuju ke kawasan perumahan taman cahaya. Marissa hanya duduk diam di atas kerusinya. Dia berharap semoga mak cik halimah dan cucunya belum balik lagi ke rumah mereka. Dia mahu ambil barang barangnya tanpa pengetahuan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Fiksi Remaja#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...