"Awak dengar tak apa yang di katakan oleh bella sebentar tadi?", soal mak cik halimah. Pandangannya kini tertumpu ke arah marissa. "dengar mak cik... tapi kenapa mak cik tanya soalan begitu pada bella?...", soal marissa ingin tahu. "Saya saja nak tahu apa reaksi dan jawapannya jika dia di beri peluang untuk memilih siapa yang layak jadi mamanya tapi tak sangka pula dia memilih awak jadi mamanya...", kata mak cik halimah sambil tersenyum lebar. "Jadi?...", soal marissa lagi. "Jadi itu maknanya dia sukakan awak jadi mamanya... sebenarnya mak cik nak menjodohkan awak dengan anak mak cik, firas...", kata mak cik halimah perlahan lahan. Marissa merasa terkejut sebaik saja mendengar perkataan wanita itu. "Apa?... mak cik nak jodohkan saya dengan firas?", soal marissa dengan mata yang terbeliak. "Ya... kenapa?... awak terkejut ke?", soal mak cik halimah. "Ya... memanglah saya terkejut... ini terlalu mendadak...", kata marissa.
"Ya... mak cik tahu ianya terlalu mendadak tapi mak cik berharap sangat yang firas akan dapat menikah dengan orang yang dapat menjaga dirinya dan anaknya bella. Mak cik dah tua, rissa... mak cik takut jikalau di suatu hari nanti tiba tiba saja mak cik meninggal dunia tiada siapa yang akan menjaga mereka... sebenarnya mak cik terlalu risaukan tentang nasib diri cucu mak cik si bella tu... mak cik takut dia akan membesar tanpa mengenal erti kasih sayang seorang ibu sebab mak cik pernah mengalaminya sebelum ini... hidup tanpa kehadiran seorang ibu begitu perit rasanya. Ketika mak cik masih berumur 4 tahun, emak mak cik meninggal dunia akibat kanser rahim. Sejak emak mak cik meninggal dunia, mak cik tak pernah lagi merasakan kasih sayang seorang ibu dalam hidup ini sebab bapa mak cik tak mahu menikah seumur hidupnya. Jadi mak cik membesar dalam keadaan yang ketandusan kasih sayang seorang ibu. Meskipun bapa mak cik ada di samping mak cik namun mak cik masih mendambakan kasih sayang seorang ibu... bila mak cik lihat anak orang lain ada ibu, mak cik merasa sungguh sedih. Sesungguhnya hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya hidup tanpa seorang insan yang bergelar ibu.... bila mak cik teringatkan semuanya itu, mak cik tak nak cucu mak cik mengalami nasib yang sama seperti mak cik... jadi mak cik nak cucu mak cik tu hidup bahagia sama seperti anak orang lain sebab itulah mak cik berusaha menjodohkan awak dengan firas...", kata mak cik halimah.
"Tapi mak cik takkanlah firas sanggup menikah dengan saya sedangkan saya sarat mengandung... tidakkah dia merasa malu jika dia menikah dengan perempuan seperti saya?", soal marissa dengan wajah yang serius. "Ya... mak cik tahu awak sedang sarat mengandung tapi mak cik bukannya suruh korang bernikah sekarang tapi mak cik nak korang menikah setelah awak bersalin kelak...", kata mak cik halimah. "Tapi mak cik belum tentu firas akan bersetuju menikah dengan saya...", kata marissa dengan pantas. "Ya... Mak cik tahu tentang tu tapi mak cik akan pujuk dia sehingga dia bersetuju menikah dengan awak...", kata mak cik halimah perlahan lahan. "Tapi macamana jikalau dia masih berkeras tidak mahu menikah dengan saya?...", soal marissa lagi. "Mak cik akan cari jalan lain sehingga dia sanggup menikahi awak... persoalannya sekarang, apakah awak sudi menikah dengan firas?...", soal mak cik halimah. Marissa memandang wajah wanita tua itu.
"Saya tak dapat menjawap soalan mak cik tu sekarang... berikan saya tempoh untuk memikirkannya...", kata marissa. "Baiklah, saya akan beri awak tempoh untuk memikirkannya... sebaik saja awak bersalin kelak awak harus memberitahu saya keputusan awak, ok?", kata mak cik halimah. "Ok... er... mak cik, saya pergi ke bilik tidur saya dulu, ya... saya nak tidur...", balas marissa sepatah. "Hm... Baiklah...", balas mak cik halimah sepatah. Perlahan lahan marissa melangkah pergi dari situ. Dia masuk ke dalam bilik tidurnya sambil berfikir panjang. Dia memikirkan tentang apa yang di ucapkan oleh mak cik halimah sebentar tadi.
Patutlah firas memberitahunya tempohari yang emaknya menyuruh dia menikah lagi. Rupa rupanya emak firas menyimpan hasrat hendak menjodohkan mereka berdua tapi masalahnya sekarang apakah firas sudah tahu siapa jodohnya?... dan apakah dia sudi menikah jika dia tahu emaknya menjodohkan dia dengan gadis yang dia tak suka?... persoalan demi persoalan mula bermain di kotak fikiran marissa. Memanglah dia ada terfikir hendak bernikah dengan firas sebelum ni. Itu pun jika lelaki itu sudi menikah dengannya tapi bila di fikirkan balik takkanlah firas sanggup menikah dengan perempuan bodoh seperti dirinya. Dia bukannya ada apa apa keistimewaan pun. Dahlah dia hamil anak luar nikah, menumpang lagi dalam rumah lelaki tu... takkanlah firas ingin jadi pak sanggup dengan mengambil anak kecil yang di kandungnya menjadi anaknya pula. Bukankah itu akan memalukan dan menyusahkan lelaki itu?... nampak gayanya marissa kini berada di dalam dilema. dia mengeluh seorang diri dalam bilik tidurnya...
*** *** ***
pagi yang indah bermula lagi. Hari itu ialah hari cuti umum. Seperti biasa marissa bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi pada pagi itu. Ketika dia sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi di situ tiba tiba... "marissa, tak payahlah awak buat sarapan pagi tu... firas kata dia nak bawa kita jalan jalan di bandar pagi ni... jadi kita akan breakfast di restoran...", kata suatu suara. Kelihatan mak cik halimah berdiri di ambang pintu dapur tidak jauh dari situ. "Er... jadi tak payah ke kita buka gerai tu pagi ni?", soal marissa ingin tahu. "Tak payah sebab hari ni kan cuti umum... jadi mak cik nak rehat juga macam orang lain... sambil tu boleh juga kita jalan jalan di bandar sama sama... er... awak pergilah bersiap... sekejap lagi firas akan bawa kita jalan jalan di bandar...", kata mak cik halimah. "Hm...baiklah mak cik...", perlahan lahan marissa beredar dari situ. Mak cik halimah tersenyum lebar. "Kakak cantik ikut sekali tak nek?", soal bella ingin tahu. "Ya... dia ikut...", balas mak cik halimah sepatah. "Oh... baguslah... tak sabar rasanya nak keluar di bandar dengan kakak cantik...", kata bella sambil tersenyum lebar. Firas yang dari tadi berdiri sambil memerhatikan mereka hanya diam membisu. Memanglah dia bawa mereka keluar jalan jalan di bandar pada pagi tu tapi itu bukan rancangannya tapi itu rancangan emaknya sendiri. Dia hanya ikut saja apa yang emaknya katakan. Cuma dia merasa sedikit keberatan apabila emaknya mengajak marissa ikut serta dalam perjalanan mereka ke bandar pada pagi itu. Namun dia hanya mendiamkan dirinya. Dia terasa malas hendak memprotes tindakan emaknya itu...
Sampai di bandar, mereka pun segera melangkah masuk ke dalam sebuah restoran masakan seafood. Ketika mereka sedang makan di situ, tiba tiba... "er... mak cik sakit perutlah... mak cik nak pergi ke tandas...", kata mak cik halimah sambil memegang perutnya. "Er... biarkan saya hantar mak cik ke tandas...", kata marissa sambil bangun lalu memegang tangan wanita tua itu. "Eh... tak payahlah... mak cik nak pergi ke tandas dengan bella... er... bella, boleh tak awak ikut nenek?...", kata mak cik halimah. "Pergi ke mana nek?", soal bella. "Pergi ke tandas...", kata mak cik halimah. Tanpa banyak soal, bella pun bangun lalu melangkah mengekori langkah kaki neneknya dari belakang. Tinggallah firas dan marissa berdua duaan di situ.
Marissa terpaksa tersenyum kambing. Manakala firas pula terpaksa tersengih macam kerang busuk. Mereka makan dan makan sehingga makanan mereka habis di makan tapi bayang kelibat mak cik halimah dan bella pun tak kelihatan di situ. "Eh... lama juga mereka berada di tandas tu?...", firas bersuara dengan dahi yang berkerut. "Yalah... lama betul mereka berada di dalam tandas... agaknya emak awak tu sakit cirit birit kot... biasanya orang yang sakit cirit birit akan berada lebih lama di tandas...", kata marissa. Firas diam membisu. "Takkanlah emak tiba tiba sakit cirit birit pula?... bukankah tadi dia nampak okay saja?...", soal hati kecilnya. Dia memandang wajah marissa sambil berfikir panjang. Jangan jangan emaknya sengaja membiarkan mereka makan berduaan di situ supaya mereka menjadi mesra. Dalam diam firas membuat andaiannya sendiri. Dia mengeluh sendirian...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Teen Fiction#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...