Malam itu ketika mereka makan malam bersama bella bercakap tanpa henti. "Nek, petang tadi kan masa bella dan kakak cantik main nenek kebayan, kakak cantik terpegang tangan papa. Dia fikir itu tangan bella tapi sebenarnya itu tangan papa. Bella ketawa apabila melihat kakak cantik memegang tangan papa macam budak kecik. Papa terkejut macam beruk apabila kakak cantik memegang tangannya. hahaha...", bella bersuara sambil ketawa. Mak cik halimah hanya ketawa apabila mendengar cerita cucunya itu. Marissa tunduk malu. "Apalah bella ni... itu pun di ceritakan pada nenek...", tegur firas yang dari tadi diam membisu. "Hehehe...", bella hanya ketawa mengekek. Setelah mereka makan malam, mak cik halimah segera membawa bella masuk ke dalam bilik tidurnya. Manakala firas melangkah masuk ke dalam tandas yang terletak tidak jauh dari situ. Marissa pula sibuk mencuci pinggan mangkuk di sinki. Dia mencuci pinggan mangkuk sambil menyanyi lagu 'let it go' yang di nyanyikan oleh idina menzel dari movie frozen. Tanpa di sedari oleh marissa, firas sedang mendengar suara nyanyiannya dari dalam tandas. "Hm... Boleh tahan juga suara dia ni...", komen hati kecil firas. Dia melangkah keluar dari dalam tandas sebaik saja dia selesai membuang air kecil. Dia lihat marissa masih lagi sibuk mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki. Perlahan lahan dia melangkah lalu duduk di atas kerusi yang ada di situ.
Marissa menyanyi lagu kegemarannya itu dengan penuh perasaan. Firas hanya duduk diam saja ketika dia melihat gadis itu menyanyi. Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk di situ, marissa mula menyusun pinggan mangkuk tersebut di atas rak yang ada di situ. Mulutnya masih menyanyi dengan riangnya. Dia berhenti menyanyi sebaik saja dia melihat firas sedang duduk di atas kerusi sambil memandang ke arahnya. "Kenapa berhenti menyanyi?... tadi bukan main semangat lagi awak menyanyi...", tegur firas sambil berpeluk tubuh. Marissa merasa serbasalah. "Er... maaf saya nak pergi ke bilik tidur saya...", kata marissa dalam nada suara yang pantas sekali. Dia melangkah pergi dari situ namun langkah kakinya terhenti apabila, "nanti dulu marissa, saya nak bercakap dengan awak...", firas bersuara perlahan lahan. "apa yang awak nak cakapkan?", soal marissa ingin tahu.
Perlahan lahan firas bangun dari atas kerusi lalu melangkah menuju ke arah gadis tersebut. "Kenapa awak begitu baik terhadap anak perempuan saya sedangkan dia bukannya anak kandung awak pun...", soal firas sambil memandang wajah marissa. "Kenapa awak tanya soalan macam tu pula?...", soal marissa separuh bengang. "Saya tanya ni sebab kadangkala ada orang berbuat baik dengan orang lain sebab dia nakkan sesuatu sebagai balasannya...", balas firas dengan wajah yang serius. "saya baik dengan anak awak sebab dia baik pada saya... saya bukannya orang yang suka buat baik dengan tujuan meminta balasan. Saya buat baik dengan ikhlas. Tak ada niat yang lain...", balas marissa. "Oh yakah?...", soal firas macam tidak percaya dengan perkataan gadis itu. "Ya... Kalau awak tak percaya cakap saya tak apalah... saya malas nak cakap dengan awak lagi...", marissa bersuara sambil beredar dari situ tapi sekali lagi langkah kakinya terhenti bila firas segera berdiri di depan matanya.
"Ok... listen to me now... ada satu perkara yang ingin saya katakan pada awak. Hari tu saya ada dengar awak cuba yakinkan bella yang mamanya masih sayangkan dia tapi sejujurnya saya tidak suka awak yakinkan dia yang mamanya masih sayangkan dia...", kata firas. "Kenapa pula?", soal marissa ingin tahu. "Sebab mama bella bukannya seorang perempuan yang baik hati. Dia langsung tidak ada perasaan kasih sayang walaupun pada anaknya sendiri. Buktinya dia tinggalkan bella ketika dia berumur 6 bulan...", kata firas. "Ya... saya tahu mama bella tinggalkan dia ketika dia masih kecil. Emak awak yang beritahu saya tentang perkara tu tapi takkanlah awak sampai hati membiarkan dia membenci ibu kandungnya sendiri. Sejahat jahat mama bella pun dia masih tetap ibu kandung bella...", kata marissa. "Ya... saya tahu dia masih tetap ibu kandung bella tapi saya tak mahu awak berkata pada bella bahawa mamanya masih sayangkan dia padahal mamanya langsung tidak sayangkan dia... thats a real bullshit, you know... ", firas bersuara dengan tegas. "Tapi...", belum pun sempat marissa bersuara, firas terus memotong perkataannya. "Tapi apa lagi marissa?... you didnt know anything about bella mother... for your information she's a real jerk, you know... you better shut up your mouth and dont talk about her again...", kata firas dengan tegas. Marissa terdiam selepas itu. Perlahan lahan firas melangkah pergi dari situ.
*** *** ***
Malam itu marissa tidak dapat tidur. Dia teringatkan perkataan yang di ucapkan oleh firas sebentar tadi. Dia tidak menyangka yang firas begitu benci pada bekas isterinya sehinggakan anak perempuannya pun tidak boleh di beritahu apa apa tentang ibu kandungnya sendiri. Marissa dapat rasakan api kebencian itu dari raut wajah firas. Lamunannya terhenti apabila, "tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran handphonenya berbunyi nyaring. "Hello...", marissa segera menjawap panggilan di handphonenya itu. "Hello... marissa?... oh... thank God, akhirnya awak jawap juga panggilan telefon saya ni... sudah banyak kali saya call awak, selalu saja tak dapat... sebenarnya awak kat mana ni? Dah lama awak tak pergi kuliah...", kedengaran suara kawannya peggy di hujung talian.
"Sorrylah peggy selama ni saya tak on handphone saya sebab saya nak tenangkan fikiran saya. Buat pengetahuan awak, saya sekarang tinggal di rumah seorang wanita yang baik hati. Namanya mak cik halimah... saya bekerja di gerainya. Katanya saya boleh menginap di rumahnya sehingga saya bersalin...", kata marissa sambil tersenyum. "Oh ya kah?... bagusnya wanita itu... nasib baik ada orang yang sudi tolong awak... saya fikir awak dah gugurkan kandungan awak tu...", kata peggy dalam nada suara yang separuh lega. "Saya tak jadi gugurkannya sebab saya tak sampai hati berbuat begitu....", balas marissa perlahan lahan. "Oh... baguslah kalau macam tu... anyway, mrs ann pensyarah kita tu bertanya tentang awak pagi tadi. Dia tanya kenapa awak tidak datang kuliah?... saya cakaplah saya tidak tahu sebab awak belum balik dari kampung... so dia pun diam... by the way, macamana awak berjumpa dengan wanita yang baik hati tu ar?...ceritalah pada saya... saya nak dengar ni", gesa peggy. Mahu tidak mahu marissa pun terpaksa menceritakan segalanya pada gadis berbangsa cina itu.
"Oh begitu ceritanya... anyway, bagaimana reaksi anak lelaki mak cik halimah tu apabila emaknya membenarkan awak menumpang di rumah mereka?", soal peggy ingin tahu. "Sebenarnya dia tak suka saya tinggal kat sini...", kata marissa. "Kenapa pula?", soal peggy lagi. "mungkin sebab dia rasa tak selesa dengan kehadiran saya dalam rumah ni...", balas marissa perlahan lahan. "Kalau dia hendak menghalau awak keluar dari rumah tu di suatu hari nanti, awak keluar saja dari situ... awak boleh balik lagi ke sini...", kata peggy dengan pantas. "Hm... tengoklah dulu... tapi saya tak terfikir lagi hendak balik ke rumah sewa kita tu...", kata marissa. "Kenapa pula?", soal peggy. "Sebab saya tak nak bertembung dengan si fazerra tu... dia bukannya baik sangat pada saya...", jawap marissa dengan jujur. "Hm... ikut suka hati awaklah tapi bila lagi awak nak datang kuliah ni?... kalau awak selalu ponteng kuliah nanti awak di marahi oleh pensyarah kita tu...", kata peggy. "Hm... tengoklah dulu peggy... saya sekarang bekerja dengan mak cik halimah jadi susah untuk saya pergi kuliah. Maybe pagi esok saya akan bertanya pada dia apakah saya masih boleh pergi kuliah atau pun tidak. Kalau jawapannya 'ya' saya akan datang kuliah tapi kalau jawapannya 'tak boleh', saya pun tak boleh pergi kuliah lagi...", kata marissa.
"Eh... jangan cakap macam tu... walau apa pun yang terjadi awak mesti teruskan pengajian awak kat U ni. Ini demi kebaikan awak juga...", kata peggy. "Yelah peggy... awak jangan bimbang, saya akan teruskan pengajian saya kat U tu...", balas marissa sambil tersenyum. "Baguslah kalau awak cakap macam tu... lega hati saya mendengarnya. Anyway, jaswari kirim salam pada awak... dia kata jangan cuti lama lama... nanti otak awak tu tumpul macam parang yang tidak di asah...", kata peggy. "Yelah tu... hahaha...", marissa bersuara sambil ketawa. "Eh... ada incoming call lah... er... ok ive got to go now, bye...", serentak dengan itu kedengaran talian di hujung sana di matikan. Perlahan lahan marissa meletakkan kembali handphonenya itu di atas meja. Dia berbaring di atas katil yang empuk itu. Ketika dia hendak melelapkan matanya tiba tiba saja dia terdengar suara jeritan anak kecil di tengah malam. "Oh.... tidaaaaakkk!!!!...", marissa terbangun dari atas katilnya. Dia tahu itu suara bella. Dia pun terus melompat keluar dari atas katilnya lalu berlari keluar dari dalam bilik tidur tersebut. Dia meluru ke arah bilik tidur bella yang terletak tidak jauh dari situ...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
أدب المراهقين#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...