- 3 hari kemudian -
"Marissa, boleh mak tanya awak satu soalan tak?...", soal hajah lijah. "Tanyalah mak... apa dia?", soal marissa. "kenapa awak langsung tidak mahu keluar dari rumah bila mak ajak awak keluar jalan jalan?....", soal hajah lijah ingin tahu. "Saya malas nak keluar rumah mak...", balas marissa. "Kenapa awak malas keluar rumah pula?... apakah di sebabkan awak merasa malu bila berhadapan dengan jiran jiran kat luar sana tu...", soal hajah lijah ingin tahu. "Tidaklah mak...", nafi marissa pula. "Jangan bohonglah rissa. Mak tahu awak merasa malu pada semua orang dalam kampung ni sebab itulah awak tak nak keluar dari dalam rumah setiap kali mak ajak awak keluar jalan jalan di waktu petang... betul kan apa cakap mak ni?", soal hajah lijah. "Betul cakap mak tu... saya sengaja tidak mahu keluar dari rumah ni sebab saya tak mahu orang lain terus menerus menghina keluarga kita, mak...", kata marissa.
"Marissa, kenapa awak berfikiran begitu?... sepatutnya awak harus tabah menghadapi gelagat jiran tetangga yang bermulut celupar tu... awak jangan pedulikan mereka... mak dan ayah pun sering juga mendengar orang menghina kita sekeluarga gara gara awak lahirkan anak luar nikah tapi kami tak kisah pun tentang perkara tu sebab kami sayangkan awak dan anak awak, rissa... kami sanggup di hina dan di kutuk orang. yang penting awak dan anak awak hidup bahagia bersama kami... bagi kami, koranglah saja harta yang kami ada... sebab itulah kami lebih memerhatikan kepentingan korang dari kepentingan diri kami sendiri...", kata hajah lijah. Marissa merasa tersentuh dengan perkataan emaknya itu. "Sebenarnya saya tak mahu mak dan ayah di hina orang macam tu sebab itulah saya mengurungkan diri dalam rumah ni. Saya takut jikalau saya keluar nanti orang akan menghina mak dan ayah... kalau boleh biarlah saya seorang saja yang di hina orang... saya tak sampai hati bila tengok mak dan ayah mendapat penghinaan kerana saya... saya merasa sungguh bersalah dalam perkara ini sebab sayalah mak dan ayah mendapat malu... saya...", kata kata marissa terus di potong pantas oleh hajah lijah.
"Jangan cakap macam tu, rissa... selagi kita hidup sebagai seorang manusia, kita takkan lari dari membuat sebarang kesilapan tapi lain kali jangan ulangi kesilapan yang sama... biarkan semuanya itu berlalu begitu saja. Jangan di ingat lagi semuanya tu... apa apa pun mak nak awak lebih tabah menghadapi setiap dugaan dalam hidup ini... awak harus tabah demi anak awak, rissa... jangan cepat mengalah tapi kuatkan semangat awak...", kata hajah lijah dengan lembut. "Baiklah mak... terima kasih sebab mak bagi saya kata perangsang tu...", kata marissa sambil memeluk emaknya. "Jadi awak masih nak berkurung dalam rumah ni lagi ke?", soal hajah lijah ingin tahu. "Tak lagi, sebab mak ada di samping saya sekarang... jadi saya akan keluar jalan jalan dengan mak...", kata marissa dengan penuh semangat. "Baguslah kalau macam tu... mari temankan mak keluar jalan jalan ke rumah mak cik minah...", ajak hajah lijah. "baiklah mak...", cepat cepat marissa pergi bersiap untuk keluar dengan emaknya. Dia turut membawa anak lelakinya mohd mirzan....
*** *** ***
Hari demi hari berlalu, bella masih seperti tidak dapat melupakan marissa. Dia asyik menyebut kakak cantiknya bila dia berbual dengan firas dan mak cik halimah. Dia selalu bertanya bilakah kakak cantiknya akan datang ke rumah mereka lagi. Berkali kali firas dan emaknya mengingatkannya supaya jangan sebut kakak cantiknya tapi dia masih juga begitu. Pagi itu dia tidak pergi ke sekolah kerana dia hendak menunggu kakak cantiknya datang ke rumah mereka. Firas terpaksa memujuk anaknya itu supaya pergi ke sekolah tapi bella masih juga berkeras tidak mahu pergi ke sekolah. Akhirnya firas terpaksa membiarkannya tinggal bersama emaknya di rumah.
Ketika firas berada di pejabat dia teringatkan marissa. Apa yang dia lakukan bayang wajah marissa tetap terbayang di sudut matanya. Dia tidak tahu kenapa dia asyik teringatkan perempuan tu setelah sebulan lebih dia balik ke kampungnya. Bukankah itu tandanya dia di landa perasaan rindu atau cinta?... entahlah dia sendiri pun tidak pasti perasaan apakah yang di alaminya saat itu. Yang pastinya dia tidak dapat melupakan marissa sejak dia balik ke kampungnya. Biar pun dia berusaha untuk melupakan gadis itu dengan menyibukkan dirinya dengan pekerjaannya di pejabat, namun dia tetap teringatkan gadis tersebut. Sesungguhnya dia terperangkap dalam bayang wajah gadis itu...
Firas mengeluh sendirian. Dia berfikir lebih baik saja dia balik ke rumah sebab konsentrasinya terhadap pekerjaan sudah hilang entah ke mana. Dia ingin bertanya pada emaknya di manakah kampung marissa. Dia ingin berjumpa dengan marissa. Jikalau dia tidak pergi mencari marissa sudah tentu dia akan jadi gila kelak. Sebaik saja dia sampai di rumahnya dia lihat tiada sesiapa pun berada di ruang tamu saat itu. "Bella... mak...", firas bersuara memanggil dua insan tersebut. "Kami kat atas...", sahut suatu suara. Firas segera melangkah ke tingkat atas. Dia berjalan menuju ke bilik bella yang pintunya terbuka luas itu. Kelihatan mak cik halimah sedang memerhatikan bella yang terbaring di atas katil dalam keadaan seperti orang yang sakit pula. "Mak, kenapa dengan bella?", soal firas ingin tahu. "Dia demam, firas... dari tadi badannya panas semacam... dah tu dia asyik panggil kakak cantiknya saja...", kata mak cik halimah perlahan lahan.
"Bella...", firas bersuara sambil menyentuh dahi anak perempuannya itu. Dahinya terasa panas sekali. "Kakak cantik... kakak cantik...", bella bersuara memanggil kakak cantiknya. "Bella... ini papa sayang...", firas bersuara lagi tapi bella tidak mempedulikannya. Malah dia masih menyebut kakak cantiknya. "Mak... di mana kampung marissa?", soal firas sambil memandang wajah emaknya. "Buat apa awak cari kampung marissa pula?", soal mak cik halimah separuh jengkel. "Saya nak cari marissa... saya nak dia jadi isteri saya...", kata firas. "Apa?... awak nak marissa jadi isteri awak?... bukankah awak cakap yang awak tak cintakan dia kenapa tiba tiba awak nak jadikan dia isteri awak pula?", soal mak cik halimah separuh terkejut. "Memang betul dulu saya tak cintakan dia tapi sekarang perasaan cinta tu sudah ada... jadi saya ingin berjumpa dengannya...", kata firas dengan sungguh sungguh. Mak cik halimah tersenyum gembira sebaik saja dia mendengar perkataan anaknya itu. Dalam diam dia bersyukur kepada Tuhan kerana Dia telah mengabulkan doanya.
"Kenapa emak senyum senyum ni?...", soal firas kehairanan. "Mak tersenyum sebab mak gembira. akhirnya hati awak terbuka hendak menikah lagi... tapi malangnya mak tak ada alamat kampung marissa lah...", kata mak cik halimah. "Jadi macamana ni mak?...", firas bersuara sambil berjalan mundar mandir di depan emaknya itu. "Macam ni sajalah... awak pergi ke universiti tempat marissa belajar... awak tanya kawan kawannya di mana kampung si marissa tu. Manalah tau kot kot diorang boleh bagitahu awak di mana kampungnya...", kata mak cik halimah. "Good idea... mak tolong jaga bella ya... kalau boleh beri dia makan ubat yang sedia ada tu... saya nak pergi ke universiti tempat marissa belajar. Saya nak tanya kawan kawannya...", kata firas dengan pantas. "Baiklah... jalan tu elok elok ya firas...", kata mak cik halimah pula. "Yelah mak... saya pergi dulu...", kata firas sambil beredar dari situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Fiksi Remaja#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...