TABAH 32

5.7K 177 20
                                    

Peggy sedang melangkah masuk di pintu gerbang menuju ke bangunan fakulti yang tersergam indah tidak jauh dari situ. Dia lihat seorang lelaki terkejar kejar ke sana ke mari sambil menunjukkan sekeping gambar di tangannya. Dia seperti mencari seseorang. "Er... tumpang tanya, awak kenal tak gadis ni?... namanya marissa zabidin... awak tahu tak di mana kampungnya?", soal lelaki itu pada salah seorang mahasiswa yang melangkah tidak jauh dari situ. Peggy berhenti melangkah sebaik saja dia terdengar lelaki tersebut menyebut nama rakannya. Dia segera menghampiri lelaki tersebut. "Encik nak cari marissa zabidin ke?", soal peggy ingin tahu. Firas segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan seorang gadis berbangsa cina sedang berdiri di belakangnya. "Ya... cik kenal gadis ni tak?", soal firas sambil menunjukkan gambar marissa pada gadis cina tersebut. "Ya... dia kawan sekuliah saya... kenapa encik cari dia?", soal peggy ingin tahu.

"Oh syukurlah awak kawan dia... sebenarnya saya nak berjumpa dengan marissa... awak tahu tak di mana kampungnya?", soal firas ingin tahu. "Ya... dia tinggal di kampung jentayu, hulu seriau...", balas peggy dengan wajah yang selamba. "Oh... terima kasih sebab awak dah bagitahu alamatnya pada saya... oh one more thing... siapa nama orang tua marissa tu?", soal firas lagi. "Nama ayahnya haji zabidin bin othman dan emaknya pula bernama hajah lijah binti borhan...", jawap peggy dengan pantas. Firas mencatit semua informasi itu di dalam buku nota kecilnya. "Terima kasih kerana awak tolong saya... er, saya pergi dulu...", firas beredar dari situ tapi dia di tahan oleh peggy. "Nanti dulu... siapa awak ni? dan kenapa awak tanya alamat kampung kawan saya tu?", soal peggy ingin tahu. "Oh... Saya kawan marissa... saya perlu berjumpa dengannya sebab saya ada perkara penting yang ingin di bincangkan dengannya...", balas firas dengan pantas. "Oh... macam tu...", peggy menganggukkan kepalanya tanda faham. "Er... saya pergi dulu, thanks for everything. I've gotta go now, bye...", cepat cepat firas beredar dari situ. Peggy membiarkan dia pergi dari situ

*** *** ***

Marissa duduk di dalam bilik tidurnya sambil berfikir panjang. Dia masih teringat bagaimana badrul beria ia sangat hendak menikahinya. Dia tidak tahu nak cakap apa. Dia memang hendak menikah tapi bukan dengan badrul. Dia hanya mahu menikah dengan firas tapi masalahnya sekarang lelaki itu tidak cintakan dia. Marissa mengeluh sendirian. Tangisan mohd mirzan mengejutkannya dari lamunannya. Perlahan lahan dia menyusui bayinya itu. Ketika dia sedang leka menyusui bayinya tiba tiba, "marissa... berita baik...", kedengaran hajah lijah bersuara sambil melangkah masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu. "Berita baik apa mak?", soal marissa ingin tahu. "Mak ada berjumpa dengan pak rostam dan isterinya mak biah di kedai runcit pak ali... mereka kata mereka nak melamar awak untuk anak lelaki mereka yang bernama badrul. Mereka kata anak mereka sudah lama berkenan dengan awak. Jadi mereka nak aturkan majlis akad nikah korang secepat mungkin...", kata hajah lijah dengan hati yang gembira. "Apa?... betul ke ni mak?... takkanlah mereka nak saya menikah dengan badrul... bukankah saya ni umpama buah yang sudah di tebuk tupai... takkanlah mereka masih sanggup menerima buah yang di tebuk tupai macam saya ni...", kata marissa dengan dahi yang berkerut.

"Haish... memang betullah apa yang mak cakapkan ni. mereka sudah tahu keadaan awak... tapi mereka masih mahu menerima awak apa adanya... jadi mak cadangkan awak terima saja lamaran si badrul tu... mak rasa dia akan dapat membahagiakan hidup awak...", kata hajah lijah dengan teruja. "Tapi mak saya tak cintakan badrul...", kata marissa dengan berat hati. "Hish... dalam perkara ni awak tak perlu fikir tentang cinta... sekarang awak kena fikir tentang masa depan awak dengan anak awak si mirzan tu. Takkanlah awak nak hidup bersama mak dan ayah seumur hidup awak... awak pun perlu juga ada keluarga sendiri. Barulah lengkap hidup awak tu. Saya dengar badrul tu kerja sebagai seorang tentera. Kalau awak jadi isterinya sudah tentu awak akan hidup senang dengannya... jadi mak tak nak awak lepaskan peluang ni... peluang sebegini susah untuk di cari... yelahkan, awak pun tahu sendiri macamana keadaan awak sekarang. Awak sering di hina orang kerana lahirkan anak tanpa suami. Tapi jikalau awak dah bersuami kelak sudah tentu semua orang kampung tidak akan menghina awak lagi...", kata hajah lijah dengan penuh semangat.

"Tapi mak...", kata kata marissa terus di potong pantas oleh hajah lijah. "Tak ada tapi tapi lagi, rissa... Ini demi kebaikan awak juga... jikalau awak menolak lamaran badrul ni sudah pasti tidak ada orang lain lagi yang sanggup melamar awak sebab mereka tahu bagaimana keadaan awak sekarang. Nasib baik badrul masih mahu menerima awak menjadi isterinya kalau tidak seumur hiduplah awak tak bersuami...", kata hajah lijah dengan wajah yang serius. Marissa diam membisu. Dia tidak tahu bagaimana hendak bersuara lagi. Setiap pendapatnya tidak di terima oleh emaknya. Mahu tidak mahu dia pun terpaksa berdiam diri. "Bagaimana rissa?... awak terima tak lamaran si badrul tu?", kedengaran ayahnya bersuara sambil berjalan menghampiri mereka di situ. Mungkin dia sudah lama mendengar perbualan mereka dari luar pintu bilik tidurnya.

marissa menarik nafas berat lalu menghembuskan nafasnya perlahan lahan. "Entahlah ayah... fikiran saya berserabut sekarang ni...", balas marissa dengan nada suara yang lemah sekali. "Berserabut apanyer?... awak terima sajalah lamarannya tu, habis cerita...", kata hajah lijah. "Tapi mak ini terlalu mendadak...", kata marissa sedikit memprotes. "Ya... kami tahu ianya terlalu mendadak tapi awak harus berkorban demi masa depan awak dan anak awak tu...", kata hajah lijah. Marissa terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan emaknya itu. "Jadi macamana ni rissa? Awak terima ke lamaran si badrul tu...", sekali lagi haji zabidin menyoal anak perempuannya itu.

"saya ikut saja apa yang mak dan ayah katakan...", akhirnya marissa bersuara dengan hati yang berat sekali. "Baguslah kalau macam tu... mereka akan datang melamar awak pada hari ahad minggu depan. Ianya akan di teruskan dengan upacara akad nikah yang sederhana...", kata hajah lijah dengan riangnya. "Eh... cepatnya kami bernikah... tak boleh ke akad nikah tu di adakan pada hujung tahun ni?...", marissa cuba melengahkan tarikh akad nikah mereka. "Eh... buat apa korang bernikah hujung tahun pula?... si badrul yang cadangkan supaya akad nikah korang di percepatkan sebab dia nak korang bernikah sebelum dia pergi bekerja di ibu kota tu...", kata hajah lijah. "Owh... tapi mak, ayah... saya...", kata kata marissa tidak di hiraukan. Mereka segera beredar dari situ dengan senyum gembira terukir di bibir. Mereka begitu gembira sekali sebab mereka tahu tak lama lagi nasib marissa dan anaknya akan terbela. Tapi marissa langsung tidak gembira. Dia tahu tidak lama lagi dia akan menikah dengan orang yang tidak di cintainya. Orang yang di cintainya ialah firas bukannya badrul. Dalam diam dia memanggil nama firas. "firas!... please come and save me... firaass!!!...", jerit hati kecilnya dalam kesedihan.

TABAH (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang