Malam itu marissa tidak dapat tidur. masih terngiang ngiang di cuping telinganya setiap perkataan caci maki dan hinaan yang di lemparkan oleh fazerra padanya di dewan kuliah awal pagi tadi. dia merasa sungguh malu pada semua mahasiswa dan mahasiswi yang lain. terasa dirinya seperti sampah di tepi jalan pula. malunya bukan main lagi. ramai mahasiswa dan mahasiswi menghinanya dari belakang. dia tahu akan hal itu. ini membuatkannya bertambah sedih dan tertekan. airmata mula mengalir membasahi pipinya. ketika dia sedang leka melayan lamunannya itu tiba tiba pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar. "marissa... boleh saya masuk?...", kata suatu suara dari sebalik daun pintu bilik tidurnya. dia pasti itu suara peggy. "masuklah... pintu tu tak berkunci...", kata marissa.
perlahan lahan pintu bilik tidurnya itu di buka orang dari luar. kelihatan peggy tersenyum lebar padanya. " saya datang ni nak serahkan surat ni pada awak...", jawap peggy sambil menyerahkan surat di tangannya pada gadis tersebut. Marissa segera mengambil surat itu. setelah peggy menyerahkan surat tersebut pada marissa, dia pun terus melangkah pergi dari situ. Cepat cepat marissa membuka sampul surat tersebut lalu membacanya...
Assalamualaikum marissa,
maaf jika kehadiran surat ini mengganggu ketenteraman awak di sana. sebenarnya tujuan saya menulis surat ini ialah saya ingin awak menggugurkan kandungan awak tu. Saya tidak mahu gara gara awak hamil saya di paksa berkahwin dengan awak. Sebenarnya saya merasa ragu ragu samada bayi yang awak kandung itu darah daging saya ataupun tidak. manalah tahu kalau kalau ianya hasil perhubungan awak dengan lelaki lain, siapa tahu kan... apa apa pun awak mesti gugurkan kandungan awak tu. kandungan yang belum mencapai umur 4 bulan ke atas masih boleh di gugurkan dengan mudah. itu pun jika awak tidak mahu menanggung malu seorang diri.
kalau saya jadi awak saya pasti akan gugurkan kandungan saya tu. buat apa hamil kalau tiada siapa yang ingin menjaga bayi tu kelak. lagi bagus kalau bayi tu di gugurkan jadi tak ada masalah yang timbul kelak. kalau awak nak gugurkan bayi tu dengan selamat, saya cadangkan awak pergi ke klinik private swasta ni. ini alamat klinik itu... 'healthy care clinic, no 8 jalan dato munsyi abdul, 977600 sri setiawan'... kata kawanku, ada seorang gadis yang di kenalinya pernah menggugurkan kandungannya di klinik tu. proses penggugurannya berjalan dengan lancar. dia terselamat dari situasi yang memalukan tu. by the way, saya harap awak akan lakukan apa yang saya katakan ni. kalau tidak, awak akan menjadi bahan ejekan semua orang buat selama lamanya. anyway, saya minta maaf pada awak jika kata kata saya ini menyakitkan hati awak tapi ini adalah untuk kebaikan awak juga. Awak buatlah apa yang patut. semuanya terletak di tangan awak sekarang. awak sendiri yang menentukan apa yang harus awak lakukan selepas ini. Saya tak mahu terlibat dalam perkara ini. awak sendirilah yang cari jalan keluar bagaimana nak selesaikan masalah awak, okay?... baiklah, sampai di sini saja coretan saya buat kali ini. sekian. wassalam...
Dari saya:-
Faizal Jamaludin...Marissa menangis teresak esak selepas membaca surat itu. "sampai hati awak cakap bayi dalam kandungan ini bukan darah daging awak, zal... awak menuduh saya yang bukan bukan pula. sampai hati awak buat saya macam ni...", kata marissa dalam esak tangisnya. dia betul betul merasa sedih ketika itu...
*** *** ***
cuti semester kedua pun tiba, marissa pulang ke kampung halamannya dengan menaiki bas ekspress. Setelah berada dalam perjalanan yang jauh akhirnya dia pun sampai di bandar mekar. Ketika dia berada di bandar mekar, dia membeli beberapa barang keperluan dan juga buah tangan untuk emak dan ayahnya. Setelah membeli barang yang di perlukan dia segera menahan sebuah teksi yang kebetulan melintas di hadapan kedai barang tersebut. Dia menyuruh driver teksi itu membawanya pulang ke kampung halamannya. Tidak lama kemudian dia pun sampai di rumah orang tuanya. Setelah membayar tambang teksi tersebut dia segera melangkah keluar dari dalam teksi itu lalu berjalan menuju ke halaman rumahnya. Dari jauh lagi dia nampak orang tuanya sedang berbual bual di serambi rumah. dia pun segera menghampiri kedua orang tuanya itu. "emak... ayah... rissa dah balik...", kata marissa sambil mencium tangan kedua orang tuanya. "Oh... rissa... akhirnya awak dah balik juga sayang... emak rindu sangat pada awak...", kata hajah lijah dengan hati yang gembira. haji zabidin tersenyum pada anak gadisnya itu. "bagaimana dengan study awak kat universiti tu? semuanya okay ke?", soal haji zabidin pada anaknya itu. "semuanya okay, ayah...", balas marissa perlahan lahan. "kalau macam tu baguslah... ayah berharap sangat awak dapat menghabiskan pengajian awak kat universiti tu dengan baik... hanya awak seorang saja harapan kami sekarang marissa... kami harap awak tidak menghampakan harapan kami...", kata haji zabidin lembut.
marissa terdiam apabila mendengar perkataan ayahnya itu. "eh... kenapa awak tercegat kat situ pula? marilah masuk ke dalam rumah... bawa beg awak tu sekali...", kata hajah lijah dengan lembut. marissa pun melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya. Malam itu mereka sekeluarga makan malam bersama sama. ketika mereka sedang makan, tiba tiba saja marissa jatuh pengsan. Tidak tahu kenapa. hajah lijah pun terus memapah anak gadisnya itu masuk ke dalam bilik tidur dengan di bantu oleh suaminya. malam itu juga haji zabidin memanggil nek bibah untuk melihat keadaan marissa. nek bibah memang pakar dalam mengubati orang sakit di kampung tersebut. jadi haji zabidin memanggil orang tua itu untuk merawat anak gadisnya.
sebaik saja nek bibah sampai di rumah haji zabidin, dia pun memeriksa keadaan marissa. setelah dia memeriksa gadis tersebut, dia melangkah keluar dari dalam bilik tidur yang sepi itu. "macamana dengan keadaan anak gadis kami tu nek bibah?", soal haji zabidin ingin tahu. "saya dah periksa keadaan marissa... dari apa yang saya perhatikan, saya dapat rasakan yang anak gadis korang berdua ni sudah berbadan dua... maksud saya dia dah hamil...", jawap nek bibah perlahan lahan. "apa?... hamil?... ya Allah... apa yang telah terjadi ni?", kata haji zabidin cukup terkejut. dia terduduk di atas kerusi sofa dengan wajah yang tegang sekali. hajah lijah yang berdiri tidak jauh dari situ pun turut merasa trkejut apabila mendengar berita itu. dia pun terus jatuh pengsan di situ juga.

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Genç Kurgu#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...