TABAH 19

6.3K 214 5
                                    

(BAB 7)

Hari demi hari berlalu. Perut marissa semakin membesar dan membesar. Usia kandungannya kini genap 8 bulan lebih. Sebenarnya dia hanya tunggu beberapa minggu saja untuk bersalin. Walaupun begitu dia masih lagi bangun pagi pergi kuliah dan menolong mak cik halimah di gerai. Pernah juga mak cik halimah melarangnya bekerja di gerai tersebut tapi marissa masih juga datang menolongnya di gerai itu. Mahu tidak mahu mak cik halimah pun terpaksa membiarkan dia bekerja di gerainya. Sebenarnya marissa tak mahu duduk diam walaupun tubuhnya terasa semakin berat dari sehari ke sehari namun dia tetap teruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Peggy dan jaswari pernah menyuruh dia berehat saja di rumah tapi dia masih juga datang kuliah setiap hari.

Firas yang memerhatikannya secara diam diam pun turut merasa kasihan pada gadis tersebut. Maklumlah dia bekerja tanpa berehat. Dahlah perutnya semakin membesar, semakin kuat pula dia bekerja pada waktu siang. Sepatutnya orang hamil seperti marissa perlukan rehat secukupnya tapi ini tidak. Balik saja dari kuliah dia terus bekerja di gerai emaknya. Lepas tu dia terpaksa memasak di dapur pada waktu tengahari dan waktu malam. Bila ada masa terluang dia sibuk melayan karenah bella pula. Pendek kata dia langsung tak ada masa untuk berehat.

Malam itu setelah makan malam marissa mula mencuci pinggan mangkuk di sinki. Ketika dia sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di situ tiba tiba, "marissa, sudahlah tu... awak pergi berehat dulu... dari tadi awak asyik bekerja di dapur... tentu awak merasa letih...", tegur suatu suara. Kelihatan firas berdiri di sebelahnya. "Tak apalah... saya dah biasa buat kerja macam ni...", kata marissa perlahan lahan. "Jangan begitu... awak kan hamil... sepatutnya awak banyak berehat bukannya bekerja setiap masa...", sekali lagi firas menegurnya. "Tak apa... awak jangan bimbang. Saya boleh lakukan semuanya walaupun saya hamil...", balas Marissa sambil mencuci pinggan mangkuk yang ada di situ. "Biarlah saya cuci semua pinggan mangkuk ni... awak pergi berehat kat ruang tamu sana tu...", kata firas.

Marissa merasa hairan. tiba tiba saja firas ingin mencuci pinggan mangkuk di sinki padahal dia tidak pernah mencuci pinggan mangkuk sebelum ini. "Boleh saya tanya awak?... kenapa awak rajin sangat malam ni sehinggakan awak sanggup mencuci pinggan mangkuk ni pula?", soal marissa kehairanan. "Sebab saya tidak ada kerja lain nak buat... nak tonton TV, tak ada rancangan TV yang menarik... nak masuk tidur, mata pula tak mengantuk. jadi saya ambik keputusan nak tolong awak di dapur...", kata firas sambil cuba mencuci pinggan mangkuk di sebelah gadis itu. "Oh yakah?...", marissa bersuara lagi. "Ya... kenapa awak tak suka ke saya tolong awak cuci pinggan mangkuk ni semua?", soal firas. "Tak juga... saya cuma merasa hairan aje...", kata marissa perlahan lahan. "Apa yang di hairankan sangat?... dulu masa bekas isteri saya tengah sarat mengandung, sayalah yang buat semua kerja dalam dapur ni... saya tak nak dia buat sebarang pekerjaan sebab dia mengandung...", kata firas dengan wajah yang selamba.

"Oh begitu... tapi dia tu kan isteri awak. tentulah awak akan tolong dia tapi saya bukannya isteri awak pun... bersusah payah pula awak nak tolong saya...", kata marissa. Firas terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan marissa itu. Dia tidak tahu nak cakap apa lagi. Perlahan lahan dia beredar dari situ. Marissa terpinga pinga apabila melihat lelaki tersebut melangkah pergi dari situ. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa firas meninggalkannya begitu saja. Mungkin firas merasa terkilan kerana dia tidak dengar dan tidak ikut cakap dia atau apa?... marissa mula tertanya tanya...

Firas melangkah ke ruang tamu lalu duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Kata kata marissa tadi terngiang ngiang di cuping telinganya. "Oh begitu... tapi dia tu kan isteri awak tentulah awak akan tolong dia tapi saya bukannya isteri awak pun... bersusah payah pula awak nak tolong saya...", perkataan itu masih kedengaran di cuping telinganya. Ianya bagaikan satu pita rakaman yang di pasang tanpa henti pula. Bila di fikirkan balik, memang betul marissa bukan isterinya tapi tujuan dia berbuat begitu ialah dia cuma merasa kasihan pada gadis tersebut. Namun perkataan tersebut tidak terkeluar dari mulutnya. Dia sebenarnya malas hendak bersuara jika orang itu tidak mahu dengar dan tidak mahu ikut cakapnya. Jadi dia biarkan saja marissa buat kerjanya di dapur.

Beberapa minit kemudian, kelihatan marissa melangkah menuju ke ruang tamu itu. mak cik halimah sedang duduk di sebelah cucunya bella. Manakala firas sedang duduk menonton TV. Perlahan lahan marissa duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. "Nenek... kenapa nenek asyik diam aje malam ni?", bella mula bertanya pada neneknya itu. Mak cik halimah segera mengalihkan perhatiannya ke arah cucunya. Kelihatan bella sedang duduk memerhatikannya. "Nenek tak apa apa, bella... cuma nenek tengah berfikir...", kata mak cik halimah dengan lembut. "Berfikir tentang apa nek?", soal bella ingin tahu. "Bella nak seorang mama baru untuk jaga bella tak?", soal mak cik halimah sambil merenung wajah anak kecil tersebut. "Nak juga tapi bella tak nak mama baru yang jahat seperti mama tiri cinderella tu...", kata bella. "Oh... itu cuma cerita dongenglah, bella... tak semua mama tiri tu jahat... ada juga mama tiri yang baik hati... kan marissa kan?", tiba tiba mak cik halimah bersuara sambil melirikan matanya ke arah marissa. "Ya... betul tu...", mahu tidak mahu marissa terpaksa menyokong perkataan wanita tersebut, padahal dia tak tahu hujung pangkal perbualan itu. Firas yang dari tadi asyik diam membisu mula merasa tak senang duduk apabila emaknya berbicara tentang perkara tersebut. Dia berbicara depan mata marissa pula tu.

"Kalau bella di suruh memilih siapa mama bella, apakah bella pilih mama kandung bella atau pilih kakak cantik jadi mama bella yang baru?...", soal mak cik halimah seperti memancing jawapan dari mulut anak kecil itu. "Bella pilih kakak cantik jadi mama bella...", kata bella dengan pantas sekali. Terkejut betul marissa di saat dia mendengar jawapan dari mulut anak kecil itu. Dia tidak menyangka bella akan memilih dia menjadi mamanya. Sungguh di luar dugaan. "Kenapa bella pilih kakak cantik jadi mama bella pula?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Sebab dia baik hati dan...", belum pun sempat bella menghabiskan perkataannya tiba tiba... "thats enough, bella... masa untuk masuk tidur... mari papa hantarkan awak ke bilik tidur awak...", kata firas dengan nada suara yang sedikit tegang. "Tapi papa... saya belum...", perkataan bella di potong pantas oleh papanya firas. "Tak ada tapi tapi lagi... awak harus masuk tidur sekarang juga...", kata firas dengan tegas sekali. Mahu tidak mahu bella pun terpaksa mengikuti kehendak papanya itu. Tinggallah marissa dan mak cik halimah di ruang tamu tersebut...

TABAH (U)Where stories live. Discover now