Setengah jam kemudian, pintu bilik kecemasan itu di buka orang dari dalam. Kelihatan doktor yang merawat marissa melangkah keluar dari dalam bilik kecemasan tersebut. Dia mengelap wajahnya yang berpeluh dengan tuala di tangannya. Cepat cepat firas bangun dari atas tempat duduknya lalu melangkah menghampiri doktor muda itu. "Macamana tuan doktor?... apakah marissa dan babynya selamat?", soal firas dengan penuh debaran di dada. "Ya... Mereka selamat... cuma isteri awak terpaksa di tambah darah kerana dia banyak kehilangan darah... itu saja...", kata doktor tersebut. "Oh... syukurlah dia dah selamat... terima kasih tuan doktor... er... kami nak jenguk dia... boleh tak kami menjenguknya sekarang?...", soal firas. "Korang boleh jenguk dia tapi jangan lama sangat, ya... dia perlukan rehat yang mencukupi...", kata doktor itu. "Baiklah...", balas firas dengan segera. Cepat cepat dia melangkah masuk ke dalam bilik kecemasan itu. Begitu juga dengan mak cik halimah dan anaknya bella.
Kelihatan marissa terbaring di atas katil tidak jauh dari situ. Dia masih tidak sedarkan diri. Perlahan lahan firas berdiri di sebelah katil gadis itu. Dia lihat ada sepain darah merah mengalir perlahan melalui tiub kecil yang menghala ke tangan kiri gadis tersebut. Manakala sepain air pula mengalir turun melalui tiub kecil di tangan kanan gadis itu. Ketika mereka berdiri di situ kelihatan seorang jururawat melangkah masuk ke ruangan tersebut. "Er... nurse, mana baby marissa?... kami nak tengok babynya...", kata mak cik halimah dengan lembut. "Oh... tunggu sekejap... saya pergi ambilkannya...", kata jururawat tersebut.
Tidak lama kemudian dia muncul dengan membawa seorang bayi yang sangat comel. "Tahniah... isteri encik telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel...", kata jururawat itu. Dia menyerahkan bayi tersebut ke tangan firas. Terpinga pinga firas sebaik saja jururawat itu menyerahkan bayi tersebut ke tangannya. Dia melihat wajah bayi itu. Bayi tersebut kelihatan sangat comel sama seperti mamanya. Entah kenapa firas merasa sungguh kasihan apabila melihat wajah bayi yang tidak berbapa itu. Terasa kisah silamnya terulang kembali. Di mana dia di lahirkan tanpa kasih sayang seorang bapa. Tiba tiba saja bayi tersebut menangis. Tangisan bayi itu sungguh memilukan hatinya.
"Mak... tolong pegang baby ni... saya nak pergi ke tandas sekejap...", kata firas sambil menyerahkan bayi tersebut ke tangan emaknya. Perlahan lahan mak cik halimah mengambil bayi itu dari tangannya. Sebaik saja bayi tersebut berada di dalam tangan emaknya firas pun segera melangkah keluar dari situ. Dia cuba menahan rasa sayu di hatinya. Dia melangkah menuju ke bilik tandas lelaki yang terletak tidak jauh dari situ. Cepat cepat dia membuka pintu tandas itu lalu melangkah menuju ke arah sinki. Matanya terasa basah dengan airmata. Paip air di buka dengan pantas sekali. Dia membasahi wajahnya dengan air paip tersebut berulang kali sehingga baju kemejanya terasa basah dengan percikan air di tangannya. Dalam pada itu dia teringatkan wajah mulus bayi lelaki yang baru di lahirkan oleh marissa sebentar tadi. Sesungguhnya dia merasa sungguh kasihan dengan bayi tersebut.
Jikalau bayi itu membesar kelak sudah tentu dia akan mengalami nasib yang sama seperti dirinya. Di mana dia di hina dan di cemuh orang kerana tidak berbapa. Dia masih teringat lagi bagaimana rasanya hidup tanpa seorang bapa. Begitu perit sekali rasanya sehingga dia hampir saja tak dapat menahan diri dari bergaduh dengan orang yang menyakiti hatinya. Firas tidak menyangka bahawa sejarah hidupnya kembali terulang lagi dalam kehidupan bayi lelaki yang baru di lahirkan sebentar tadi. Memanglah bayi lelaki itu bukan hasil perhubungannya dengan marissa tapi bila dia teringat bahawa bayi tersebut akan mengalami nasib yang sama seperti dirinya, dia pun mula merasa kasihan. Sungguh kasihan sehingga ianya menyentuh perasaannya sendiri. Firas tidak tahu bagaimana caranya hendak melenyapkan perasaan yang melanda jiwanya saat itu. Ianya datang tanpa di undang dan meninggalkan kesan dalam dirinya...
*** *** ***
Perlahan lahan marissa membuka matanya. Kelihatan mak cik halimah berdiri sambil memegang seorang bayi tidak jauh dari situ. Dia sedang mendodoikan bayi tersebut. Manakala bella pula sedang duduk di atas kerusi tidak jauh dari situ. Pandangan matanya bertemu dengan pandangan mata bella. "Eh... kakak cantik dah sedarlah nek...", bella bersuara dengan nada suara yang riang sekali. Dia pun terus berlari menuju ke arah marissa. Dengan sepantas kilat dia memeluk gadis itu. "Oh... syukurlah kakak cantik masih hidup... saya fikir kakak cantik dah mati...", kata bella separuh hiba. "Oh... kakak cantik tak apa apa, bella... kakak cantik dah ok dah ni... bella jangan nangis lagi, ya...", pujuk marissa sambil tersenyum lembut. "Eh... perut kakak cantik dah kempislah...", bella bersuara sambil memegang perut marissa. Mak cik halimah ketawa. Begitu juga dengan marissa. "Sebenarnya kakak cantik dah bersalin... inilah baby kakak cantik. Baby ni keluar dari dalam perut kakak cantik, tau...", kata mak cik halimah sambil menunjukkan bayi kecil di tangannya pada cucunya itu. "Oh... patutlah perut kakak cantik besar selama ni. Rupa rupanya ada baby dalam perut kakak cantik... comel juga baby ni...", kata bella sambil mencuit pipi bayi itu. Marissa hanya tersenyum saja ketika dia melihat telatah anak kecil tersebut. Perlahan lahan mak cik halimah datang menghampirinya. "Marissa... ini bayi awak... tahniah awak dapat bayi lelaki...", kata mak cik halimah sambil tersenyum lebar.
Marissa merasa sungguh gembira sebaik saja dia melihat bayi kecil tersebut. Mak cik halimah menyerahkan bayi itu ke tangan marissa. Perlahan lahan marissa memegang bayi tersebut dengan hati yang sayu. Akhirnya dia berjaya melahirkan seorang bayi yang comel setelah dia hidup menderita selama ini. Namun dalam pada itu dia merasa sedih sebaik saja dia teringatkan perjanjiannya dengan firas bahawa dia akan keluar dari rumahnya setelah dia bersalin. Kini dia sudah pun bersalin. lambat laun dia dan anaknya pasti akan di halau keluar dari rumah firas. Masalahnya sekarang dia tidak tahu ke mana dia dan anaknya pergi selepas ini. Kesedihan di hatinya membuatkan dia menangis. "Kenapa awak menangis marissa?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Mak cik... saya sedih mak cik...", marissa berhenti bersuara. Airmata semakin banyak membasahi pipinya. "Kenapa pula awak sedih?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Saya masih teringat lagi perjanjian saya dengan firas, mak cik... saya janji padanya yang saya akan keluar dari rumah mak cik tu sebaik saja saya bersalin. Sekarang saya sudah bersalin. Jadi mungkin saya tak akan balik ke rumah mak cik tu lagi...", kata marissa dengan penuh emosi.
"Jangan cakap macam tu marissa... lupakan saja perjanjian awak dengan firas tu... mak cik yakin selepas ni awak tak akan di halau keluar dari rumah tu sebab mak cik menyuruh firas bernikah dengan awak...", kata mak cik halimah dengan pantas. "Tapi belum tentu firas hendak menikah dengan saya, mak cik... dia tidak cintakan saya. Jadi macamana dia hendak bernikah dengan perempuan yang dia tak suka dan tak cinta?...", soal marissa sedikit bengang. "Tak suka ke atau tak cinta ke, itu tidak penting. Perasaan suka dan cinta akan datang setelah korang bernikah. Yang penting sekarang awak harus fikirkan tentang nasib diri awak dan anak awak ni... apa apa pun awak jangan bimbang mak cik akan usahakan agar firas menikah dengan awak... persoalannya sekarang awak sudi tak menikah dengan firas?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Sudi tu memanglah saya sudi tapi kalau saya seorang saja yang sudi, firas pula tak sudi tak guna juga mak cik memaksa dia menikah dengan saya... saya tak nak firas di paksa menikah dengan saya, mak cik... saya cuma mahu dia menikah dengan saya kerana cinta bukannya kerana paksaan...", kata marissa berterus terang. Mak cik halimah terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan gadis itu. Dia tidak tahu nak cakap apa lagi...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Novela Juvenil#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...