Prolog

1.3K 47 6
                                    

Ombak menghempas kuat di lautan yang luas diiringi bayu kencang yang mengoncang rumah-rumah kayu berdekatan pantai tersebut. Walaupun demikian, masih ada seseorang yang berani menghampiri laut yang bahaya itu. Dia berjalan di sepanjang pantai tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit bercakap sesuatu seperti berbicara dengan seseorang. Kadang kala dia tersenyum dan ada kalanya dia serius. Jantinanya tidak pasti lelaki atau perempuan kerana dia memakai baju sejuk yang berhud.

"Aric! Apa lagi yang kamu buat dekat situ? Masuk cepat. Nak hujan dah ni." Panggil seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu.

Aric mendongakkan kepalanya melihat langit yang kian mendung itu lalu berkata. "Aku dah balik, Rafidah."

"Aric!" Panggil wanita itu lagi.

Aric berpaling melihat wanita yang berdiri di hadapan pintu rumah kayu berhampirian pantai tersebut. Dia menguntumkan senyuman kepada wanita itu sambil melambaikan tangan kanannya. "Saya datang la ni." Aric berlari ke arah wanita tersebut.

Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Ditinjaunya ruang tamu sebelum pintu rumah ditutup. "Ma, papa mana?"

"Ada dekat dapur. Jom makan. Mama dah masak tempoyak ikan patin." Beritahu Datin Marina seraya menapak turun anak tangga menuju ke dapur. Biasalah rumah zaman dulu-dulu.

Aric mengekori ibunya ke dapur. "Ma, rumah nenek ni tak terbang ke? Angin dekat luar tu kuat sangat."

"Entahlah. Dah berpuluh-puluh tahun macam ni. Tak terbang pun." Jawab ibunya acuh tak acuh melayani soalan anaknya yang baru pulang dari Itali ini.

"Arika. Jom makan." Panggil Dato' Syarif yang berada di meja makan.

"Aric la, papa. Bukan Arika." Aric menuju ke meja makan dan mengambil tempat di sebelah bapanya.

"Ya la, Aric." Keluh Dato' Syarif.

Datin berdiri di sebelah suaminya sambil menyendukkan nasi kepada suami dan anaknya. "Mama ingat, hantar Aric ke Itali tu dapat ubah Aric kepada Arika semula. Tapi jadi macam ni pula. Apa dah berlaku?" Soal datin sambil menghulurkan pinggan yang telah diisi nasi kepada Aric.

Wajah Aric kelihatan serius. "Aric tak suka perempuan. Sebab semuanya sama je. Menyusahkan orang. Menggedik pula tu. Lembab. Lemah. Percaya sangat cakap lelaki. Tak boleh dipercayai. Suka sangat goda orang. Suka menunjuk-nunjuk. Pakai makeup macam badut. Rambut macam pelangi. Muka plastik. Menyampahnya!" Itu la jawapan Aric.

"Habis tu mama ni bukan perempuan ke?" Soal mamanya lagi sambil menyendukkan nasi untuk dirinya sendiri.

"Mama memang la perempuan. Tapi mama lain. Aric sayang mama. Bukan macam perempuan dekat luar tu. Memang menyusahkan orang."

Dato' Syarif hanya mampu menggeleng kepala dan mengeluh. "Apa nak jadi dengan anak aku ni?"

"Habis tu. Dekat Itali Aric kawan dengan siapa? Lelaki?" Soal Datin sambil menuang teh ais ke dalam tiga biji gelas.

"Ya. Dekat sana Aric kawan dengan Kamal, Mic, Steven, Lee dan Smith. Semuanya baik-baik belaka. Walaupun berlainan negara." Jelasnya dengan riak wajah gembira.

"Mereka tahu tak Aric ni perempuan sebenarnya?" Soal bapanya setelah lama mendiamkan diri.

"Tahu. Tapi cuma Kamal dengan Steven je. Malaslah nak kecoh-kecoh."

"Ni anak mama ni normal ke tak dah ni? Ada perasaan suka dekat lelaki ke tak?"

"Ma, apa ni? Tanya macam tu pula. Of couse la normal. Just, luaran je macam ni. I'm still a guy...I mean girl."

"Tengok tu. Cakap pun dah tak betul." Kritik dato'.

Situasi senyap apabila mereka sedang menjamu selera. "Aric. Esok papa dengan mama ada meeting dekat Cherating. So, Aric tinggal dengan Aunty Aminah. Okey?" Bicara Dato' Syarif membuatkan Aric tersedak. Habis tersembur teh ais yang diminumnya.

"Apa, pa? Rumah aunty?" Dia nampak sangat terkejut.

"Habislah aku. Dah la kaki buli tu masih ada dalam rumah tu. Bencinya minah tak guna tu." Rungut Aric dalam hatinya.

"Aric. Habis masuk air teh dalam kuah tempoyak ikan patin ni." Marah datin kepada anaknya.

"Pa, tak boleh ke kalau Aric tinggal dekat rumah kita je? Malasla nak tinggal dekat rumah Aunty tu. Papa macam la tak kenal dengan budak yang suka buli Aric dulu tu. Please papa~" Rayu Aric tanpa mengendahkan bebelan ibunya tadi.

Dato' Syarif mengukir senyuman. "Ye la. Nanti kita balik."

"Thank, papa. Sayang papa."

"Ehem, papa je. Mama tak sayang ke?"

"Mama pun Aric sayang la. Kalau mama tak ada, macam mana Aric ada dekat sini." Ujarnya lalu ketawa.


Akhirnya, dapat juga aku cipta kisah baru. Dah lama betul aku tak tulis cerita macam ni. Kali ni aku terikat sikit dengan pemilik wattpad ni. Tak apa la, asalkan aku boleh tulis cerita ni. So, selamat membaca.

(Mizuki Mizu)


Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now