Seminggu telah berlalu selepas majlis perkahwinan yang gilang-gemilang diadakan di dewan mewah. Rx Z Wedding Set menaja majlis perkahwinan tersebut daripada pakaian pengantin, dekorasi pelamin sehingga set makanan pengantin. Warna merah putih menjadi penyeri pasangan pengantin ini dengan tema Melayu-Inggeris. Walaupun mereka berdua dah sah menjadi suami isteri, Aric tetap tidak dapat menerima jejaka itu sebagai suaminya.
Rafiq mengetuk pintu bilik Aric berkali-kali tetapi dia tidak membukanya. "Aric. Sampai bila you nak layan I macam ni? Papa dan mama asyik tanya je pasal tu. Aric."
"You pergi la tidur dekat bilik sebelah tu. I tak pernah terima you sebagai suami I dan I tak akan benarkan you masuk bilik I." Jerit Aric yang terbaring di atas katilnya. Rafiq tak pernah masuk ke dalam bilik pengantin itu sejak hari pertama mereka kahwin sehingga sekarang.
Rafiq mengeluh di hadapan pintu. "Arika, sayang. I minta maaf kalau I ada buat salah. I tahu you masih tak boleh terima I tapi I sebenarnya..."
"Aku nak beritahu atau tidak pasal tu? Macam mana ni?"
"Tak apalah you. I faham. I masuk bilik dulu. Good night. I love you." Ujarnya hampa sambil melangkah masuk ke dalam biliknya.
Dato' dan datin menyaksikan drama sedih di hadapan bilik pasangan kekasih yang tidak sehaluan itu. Mereka hanya mengeluh.
Aric mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Rafidah. Rafiq yang baru masuk ke dalam biliknya segera menerpa ke arah Vivo yang berada di atas katilnya. Senyuman gembira terukir pada wajahnya.
"Hello, Aric? Kenapa call malam-malam ni?" Rafiq merebahkan dirinya di atas tilam. Dia mula berlakon sebagai sahabat Aric.
"Rindu. Kenapa kau tak datang wedding aku hari tu? Puas aku cari kau." Ujarnya dengan nada rajuk manjanya.
"Dah yang kahwin dengan kau tu aku. Memang la kau tak nampak Rafidah." Bicara hatinya.
"Sorry la. Aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Ah, kau dengan suami kau mesti tengah bermesra-mesraan sekarang, kan. Ala, layanla dia. Kenapa kau call aku pula?"
"Tak masa aku nak layan dia. Aku suruh dia tidur dekat bilik sebelah."
"Ish, kau tu bini dia. Mana boleh buat macam tu. Layanla dia selagi dia masih ada untuk kau." Pujuk Rafiq yang kini dianggap sebagai Rafidah dalam talian.
Aric menggaru kepalanya yang tidak gatal tu. "Kalau dia nak kahwin dengan orang lain pun aku tak kesah. Sebab dia pun aku tak kenal."
"Serius, dia bagi aku kahwin lagi? Tu sebab dia tak tahu siapa aku."
"Rafidah, kenapa sejak akhir-akhir ni kau macam backup dia je. Kau kenal dia ke?" Aric mula mencurigai sahabatnya.
"La, dia tu suami kau. Mestilah aku backup supaya kau jadi isteri misali."
"Tak ada maknanya."
Rafiq memeluk bantal golek sambil berguling-guling keriangan sebab dapat mainkan perasaan gadis ini. "Dah la. Aku malas la nak layan kau ni. Dah tengah malam. Esok aku kerja."
"Okey la. Good night. I love you~muah~ Special kiss to my girlfriend." Tawa riangnya jelas kedengaran di sebalik sana.
Rafiq pula menyentuh bibirnya sendiri dengan tapak tangan kananya. Terkenang pula kisah drink kiss masa tu. "You too."
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...