Bab 9

586 35 0
                                    

Larian Rafidah terhenti apabila terlanggar Aric di hadapan kedai makan. Hampir sahaja mereka terjatuh ke lantai. Rafidah yang berada dalam dakapan Aric segera melihat wajah seseorang yang dilanggarnya tadi. Aric tersenyum melihat Rafidah yang kelam-kabut menemuinya selepas Aric menghantar mesej kecemasan kepada Rafidah.

"Rafidah, kalau kau sayang aku. Datang jumpa aku sekarang dekat kedai makan yang kita selalu dating. Atau kau tak akan dapat jumpa aku selama-lamanya." Itulah mesej yang dihantar oleh Aric kepada Rafidah.

Aric ketawa melihat sahabatnya yang kepenatan itu. "Cepat betul kau datang. Rambut pun kusut-masai. Sah, kau baru bangun tidur."

Rafidah menolak bahu Aric kerana geram dengan tindakan sahabatnya ini. "Cis, kau permainkan aku rupanya. Malaslah aku layan kau. Aku balik dulu." Rajuk Rafidah yang mula mengatur langkah untuk pergi dari situ.

Pantas tangan kanan Aric mencapai lengan kiri Rafidah. "Sorry. Aku serius ni. Aku memang nak jumpa kau. Please. Dengar dulu aku nak cakap ni. Jom, aku belanja kau makan dulu." Aric menarik tangan Rafidah masuk ke dalam kedai makan tersebut.

Rafidah hanya menuruti tanpa banyak soal selepas melihat wajah serius Aric. "Kenapa serius sangat?"

Mereka berdua mengambil tempat di sudut paling sunyi di kawasan kedai makan tersebut. Tempat biasa mereka lepak. Aric duduk bertentangan dengan Rafidah.

Aric menghela keluhan berat. "Rafidah. Aku dah nak kahwin."

"Apa? Dengan siapa?" Soal Rafidah yang mula panik.

"Entahlah. Aku tak tahu. Malam dinner tu nanti dia muncul la. Aku tak nak kahwin la dengan orang yang aku tak kenal." Rungut Aric sambil menggenggam tangan kanan Rafidah.

"Siapakah jejaka yang beruntung sangat tu? Arika aku pun dia nak kebas."

"Mama kau yang suruh ke?"

"Ya. Mama aku kata dia mesti boleh jaga aku. Tapi aku tak percaya ada lelaki yang macam tu. You know me." Gengggamannya semakin erat.

*****

"What? Serius ke mama nak Rafiq buat macam tu? Muncul time dinner tu." Rafiq terkejut dengan cadangan ibunya. "Ni mesti cadangan datin dengan dato', kan?" Teka Rafiq.

"Apa salahnya."

"Okey la, mama. Nanti Rafiq datang."

"Malam ni. Jangan lupa." Pesan Puan Dayah.

Rafiq mengeluh. "Ya."



Sorry sebab pendek sangat. Dah tak tahu nak sambung macam mana.

(Mizuki Mizu)

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now