Bab 23

703 28 0
                                    

Aric memerhati dari kejauhan selepas dia menghantar pesanan ke meja makan di dalam butik tadi. Aric tidak tahu apa yang dibincangankan oleh suaminya dan pelanggan tersebut tetapi apa yang dilihatnya dari tadi ialah pelanggan tu nampak macam nak menggatal je. Risau pula dia tengok Rafiq dengan pelanggan yang pelik tu. Sudah la hari ni Rafiq tu pakai comel sangat macam anak patung. Tak puas hati dia duduk dekat kafe ni.

Rafiq terkedu apabila tangan kirinya yang diletak pada lakaran pakaian pengantin lelaki itu disentuh oleh pelanggan tersebut. Pantas dia menarik tangannya kerana tidak selesa. "Kenapa you sentuh tangan I"

"Sebab jari you nampak cantik. You kata you dah kahwin. Mana cincin kahwin you?"

"Cincin I tertinggal dekat rumah." Walhal dia simpan dalam beg sandang yang dia selalu bawa tu sebab takut hilang.

"Oh, macam tu ke? I tengok you ni cantik sangat. You pakai produk apa? You tak rasa ke you boleh dapat husband yang lagi kacak daripada waiter tadi tu. Especially, orang macam I." Buaya darat dah tonjolkan diri.

Rafiq cuak. Walaupun dia tidak anti dengan lelaki. "Encik nak tempah baju atau saja nak datang sini? Bukankah encik sepatutnya bawa girlfriend encik pilih baju sekali. Kan senang."

Pelanggan itu tersengih penuh makna sehingga Rafiq boleh bayangkan tragedi sebelum ini bakal berlaku lagi. "I bukan nak beli baju pengantin. I nak beli baju yang you pakai sekali dengan you."

Rafiq sentap dan menggigil. "Aric. Tolong aku." Hanya mampu panggil dalam hati kerana mulutnya bagaikan terkunci dek ketakutan.

"Maaf ya, Encik. Designer dekat sini tidak dijual. Yang kami jual hanya baju yang tergantung-gantung tu je." Entah bila Aric muncul pun Rafiq dengan pelanggan tu tak tahu. Tahu-tahu je muka Aric dah nampak dingin.

Aric mencapai tangan suaminya. "Tak mudah untuk aku lepaskan wife aku dekat orang lain. Terutama playboy macam kau. Jangan ingat aku tak nampak kau buat apa tadi." Dia memang dah anggap diri dia tu lelaki.

Pelanggan itu berdiri. "Cis, tak sangka kau tahu aku ni playboy. Kau macam boleh baca fikiran aku walaupun tadi kau duduk dekat kafe sebelah tu."

"Of couse. Sebab aku pernah ambil kursus psikologi sebelum aku ambil marketing." Ujarnya dengan lagak lelaki.

"Kalau kau tak nak beli baju. Lebih baik kau bla sebelum aku call polis." Ugut Aric yang masih memegang erat tangan suaminya yang mengeletar itu.

"Okey. Fine. Aku bla. Tak ingin la aku datang kedai buruk kau ni. Cari kedai lain lagi bagus." Bebel pelanggan itu sehingga ke pintu utama butik ini.

Aric menghadap ke arah Rafiq lalu menarik kepala suaminya dalam pelukan. Tangan kanannya masih kemas menggenggam tangan suaminya. "Jangan takut. Aku ada dekat sini. Aku akan jaga kau."

"Aric. Aku rasa aku dah mula benci lelaki. Sekarang ni baru aku faham perasaan benci kau tu." Jelasnya yang hampir menangis.

Aric terkedu. "Kau ni, biar betul? Aku dah OK, kau pula yang KO."

"Aku serius la." Air matanya mula membasahi pipi comelnya yang putih gebu tu.

"Sekarang ni aku pun dah tak tahu. Siapa sebenarnya perempuan dan siapa sebenarnya lelaki? Siapa sebenarnya isteri dan siapa sebenarnya suami?" Aric pula yang rungsing sendirian.

Aric mengucup dahi Rafiq. "Aku faham. Aku akan tolong kau nanti. Untuk hari ni, apa kata kalau kita makan kek dulu. Nak tak? Blueberry cheese cake." Pujuk Aric lalu mengesat air mata Rafiq dengan menggunakan kedua-dua ibu jadinya tanpa menjejaskan makeup Rafiq.

Rafiq tersenyum. "Pandai betul kau pujuk aku."

"Eh, aku tak pujuk kau la. Aku ajak kau makan pun sebab aku dah lapar." Lurus bedul juga Aric ni.

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now