Bab 11

603 36 0
                                    

Aric melihat sebentuk cincin perak pada jari tangan kirinya. Wajahnya bertukar menjadi merah apabila terkenang peristiwa malam tadi. Demi dato' dan datin dia sanggup menjadi bakal isteri kepada lelaki yang dia tidak kenali itu. "Apa aku nak buat sekarang ni? Aku dah terima lamaran dia." Aric mula panik. Dia berguling-guling di atas katil.

"Rafidah! I need you now!" Jerit Aric sekuat hatinya. Hanya Rafidah sahaja yang mampu memberi ketenangan kepadanya.

Dato' dan datin yang berada di meja makan hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Liza pula tersenyum-senyum setelah dia mengetahui bahawa Aric tu perempuan dan bakal berkahwin dengan jejaka yang bernama Rafiq. Hal ini demikian kerana Aric pulang ke rumahnya dengan memakai dress yang direka oleh Rafiq pada malam tadi.

Sementara itu, Rafiq pula terbatuk-batuk selepas tersedak kopi O ketika menjamu selera. Puan Dayah menggosok-gosok belakang anak tunggalnya ini. Entah kenapa pagi-pagi ni anak dia tersedak.

"Rafiq, okey ke?" Soal ibu tunggal yang kerisauan ini.

Rafiq cuba tenangkan dirinya selepas puas terbatuk-batuk. "Menantu mama la ni yang sebut nama Rafiq pagi-pagi ni. Tak ada orang lain dah. Asal buka mata je, panggil Rafiq." Rungutnya lalu mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangan.

"La. Menantu mama yang panggil ke? Rindu la tu. Tak apa. Lepas ni, pagi-pagi dia buka mata dah nampak Rafiq depan mata. Hilang rindu." Sakat Puan Dayah sambil menepuk manja bahu kanan anaknya.

Rafiq mencapai Vivo pada poket seluar slet kirinya. "Hari-hari macam ni. Mama, Rafiq nak call dia kejap. Kalau tak call nanti dia merajuk pula."

"Ya la, Rafiq."

Oppo Aric berdering lantas tangan kanannya pantas mencapai telefon bimbit tersebut. Aric terus menjawab panggilan daripada sahabatnya itu. "Hello, sayang? Macam tahu-tahu je abang panggil sayang." Ayat jiwang dah macam kebiasaan bagi Aric bila dengan Rafidah.

"Oi, sedar diri sikit. Kau tu perempuan bukan lelaki, mangkuk. Yang kau pagi-pagi ni sebut nama aku apa hal? Habis tersedak kopi o aku minum." Bicaranya dengan lagak bengang.

"Rindu pun salah ke? Rafidah, aku dah terima cincin tunang tu. So, apa patut aku buat?"

"La. Kau yang nak kahwin, kenapa tanya aku pula? Mana la aku tahu. Alang-alang kau dah terima tu, apa kata kau kahwin je la. Mana tahu kalau memang betul dia jodoh kau. Nak lari ke mana?" Rafiq dah tersengih-sengih di rumahnya. Puan Dayah pun nampak gelagat anaknya yang sedang bergayut dengan kekasih hatinya di ruang tamu banglo tu.

"Betul juga cakap kau tu. Rafidah, jangan lupa datang wedding aku nanti. Boleh la kau tengok suami aku yang tak berapa kacak tu. Tapi aku rasa macam tak puas hati la dengan dia tu." Jelasnya sambil meramas geram bantal goleknya.

"Kenapa pula tak puas hati? Dia dah buat salah dengan kau ke?"

"Tak la. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia tu."

"Tak akanla sebab dia tu kacak daripada kau, kau nak belasah dia pula."

"Mungkin." Hanya itu jawapan Aric.

"Kalau dia tahu aku orangnya. Sah, aku kena belasah dengan dia. Macam mana aku nak terangkan dekat dia? Makin tak berani pula aku nak jelaskan semua tu." Monolog Rafiq yang tampak gelisah.

Aric duduk di atas katil. "Aku datang jumpa kau la. On the way."

"Wait.Wait. Aku tak ada dekat rumah. Aku balik kampung. Cari ilham." Dalihnya semata-mata.

"Ilham? Pakwe kau ke?"

"Bukan la. Ilham nak buat design baru baju musim raya nanti. Kita jumpa minggu depan je la. Okey? Selamat pengantin baru."

Puan Dayah ketawa selepas panggilan ditamatkan. "Cari ilham nak buat design, ye. Atau cari ilham nak jumpa Arika macam ni? Pandai betul anak mama ni menipu."

"Tipu sunat, mama." Rafiq berjalan menuju ke arah pintu utama.

Puan Dayah mengekori anaknya. "Ni nak pergi rumah dato' ke? Segak terlebih je anak mama hari ni."

"Ya. Bakal mak mentua Rafiq ajak datang rumah sebab nak bincang pasal baju wedding." Jelasnya.

"Hati-hati. Pandai-pandaila Rafiq ambil hati kekasih tercinta tu. Okey?" Nasihat Puan Dayah sebelum Rafiq melangkah pergi dari situ.

Pintu kereta dibukanya setibanya Rafiq pada kereta Vios merahnya. "Okey, mama. Rafiq pergi dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam."


Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now