Bab 20

759 36 0
                                        

Pintu bilik diketuk sebelum jejaka itu masuk. "Assalammualaikum." Rafiq yang berbaju Melayu dan berkain pelekat melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Waalaikummusalam." Jawab Aric yang berada di atas katil. Yassin kecil yang usai dibacanya tadi disimpan di dalam laci meja kecil di sebelah kirinya.

Rafiq menuju ke arah Aric yang berada di atas katil. Punggungnya dilabuhkan di sebelah isterinya. "Arika Mazlina binti Mohd Syarif. Sudikah sayang...Sudikah sayang..."

Aric menepuk manja bahu Rafiq. "Apa hal tergagap-gagap ni? Biar aku la yang mula."

"Peritnya. Tampar manja atau tampar menyampah ni?" Bicara hatinya sambil menggosok bahu yang kesakitan itu.

Aric duduk menghadap Rafiq sambil menggenggam lembut tangan suaminya itu. "Mohd Rafiq bin Nazir, suami yang paling I sayangi. Sudikah sayang beradu sekatil, sejiwa, sejiwang dan seangkatan dengannya."

"Eh? Apasal pelik sangat ayat kau ni. Tak romantik langsung. Mana Aric yang romantik selama ni? Dah hilang ke?" Soal Rafiq sambil melihat ke arah isterinya.

Aric melompat ke arah Rafiq. "Payahla yang susun ayat jiwang ni. Jom la mula terus."

"Wei, tunggula. Aku tak ready lagi ni." Ujar Rafiq yang bergelut dengan Aric.

"Meh sini aku tanggal apa yang patut." Aric menarik gulungan kain pelekat Rafiq.

Rafiq memegang tangan Aric yang menarik kainnya itu. "Yang kau tak sabar-sabar sangat ni kenapa?"

Aric mengeluh. "Mama tu tak sabar-sabar sangat nak anak. Sebab tu aku stress."

"Kalau stress tak payah buat. Nanti tak jadi."

"Rafiq! Aku serius ni." Kemarahan jelas terpancar pada wajah Aric. Aric meramas kain pelekat yang dipegangnya tadi.

"Okey! Aku dah ready." Takut punya pasal, berserah je la.

"Aric, kau tu perempuan. Bukan lelaki." Gertu hati Rafiq yang membiarkan Aric menanggalkan kain pelekatnya sesuka hati.

Aric tersenyum gembira. " Baju. Nak tolong buka juga ke?" Soalnya dengan wajah ceria.

"Ceria semacam je bini aku ni. Hantu apa yang dah masuk dalam badan dia ni?" Rafiq memandang hairan kepada isterinya.

Aric membuka butang baju Melayu Rafiq lalu ditanggalnya. Kemudian, dia campak atas katil

"Ish, dok buka-buka pakaian aku je. Pakaian kau tu bila nak bukanya?" Rafiq menarik hujung baju t-shirt Aric.

Aric mencubit pinggang Rafiq. "Biarlah aku buka habis kau punya dulu. Nanti aku buka la aku punya baju."

"Sakitlah. Kenapa tak buka sama-sama je? Lagi senang." Digosoknya pinggang yang kelihatan merah itu.

"Saja." Senangnya jawapan dia.

Setengah jam kemudian selepas puas mereka berdua bergurau senda sambil menarik-narik baju Aric, pintu bilik tiba-tiba diketuk. Masing-masing kaku dan melihat ke arah pintu bilik.

"Buat tu baik-baik. Jangan asyik nak bergurau je nanti tersasar." Ujar dato' disebalik pintu.

"PAPA!" Bengang mereka berdua.

Datin menarik lengan suaminya. "Abang, apa ni. Kacau budak-budak tu pula. Dah, jom masuk bilik."

"Sayang~" Panggil suaminya.

"Ish, abang ni. Mana boleh. Mama ehem...ehem... la"

"Ala."

"Papa ni kacau je la. Baru nak mula projek." Keluh mereka berdua yang duduk di atas katil.

Aric menyentuh lembut dagu suaminya lalu mengucup bibir suaminya sehingga terlentang. Rafiq mengelupur.

Aric melepaskan kucupannya tadi. "Kenapa kau mengelupur macam udang terbakar ni?"

"Lu...Lutut kau tu... Matilah aku!" Rafiq menangis terjerit-jerit.

"Apa pula yang Arika buat dekat Rafiq tu?" Soal dato' yang dah terbaring di sebelah isterinya.

"Peliknya. Kalau Arika menjerit tak hairan la. Tapi yang menjerit tu Rafiq." Pening kepala datin memikirkan anak dan menantunya itu.

Dato' ketawa. "Macam la sayang tak kenal anak kita tu. Rafiq tu mesti dah kena karate sebab tu menjerit."

"MAMA!!!" Jerit Rafiq.

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang