Aric sendirian di dalam rumah besar ni. Dato' dan datin sudah pergi ke Cherating selepas ambil barang-barang mereka tadi. Aric merebahkan dirinya di atas katil lalu memejamkan matanya.
"Kejap lagi maid dekat rumah kita sampai. Dia dah dua tahun kerja dekat rumah kita lepas Nek Limah berhenti kerja. Dia tu muda lagi. Jadi kawanla baik-baik. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun anak mama ni tak suka perempuan." Aric teringat kata-kata ibunya sebelum ibunya melangkah keluar dari rumah tersebut.
Ting! Tong!
Aric membuka mata dan bingkas bangun dari katilnya apabila mendengar bunyi loceng rumah. Dia keluar dari bilik dan terus menuju ke pintu utama. Pintu dibukanya.
"Assalammualaikum?" Ucap seorang gadis yang kelihatan muda daripadanya. Seorang gadis yang sangat comel tetapi tidak bertudung dan hanya berbaju kurung. Pada kedua-dua tangannya terdapat lima buah plastik barang-barang dapur dari pasaraya.
"Waalaikummusalam. Kau ni siapa?" Soal Aric yang masih terpaku di hadapan pintu rumahnya.
Wajah gadis itu mula berona. "Kacaknya dia. Mesti ni anak dato' dan datin yang belajar dekat Itali tu." Fikirnya.
"Liza Alisa. Panggil Liza je. Saya maid dekat sini. Baru kerja dua tahun." Jelasnya dengan sedikit perasaan malu.
"Demam ke budak ni? Merah semacam je muka dia tu."
"Oh, ye ke? Masuklah. Tak sangka maid dekat rumah ni muda sangat. Umur berapa?" Soal Aric sambil berjalan menuju ke ruang tamu.
"23 tahun."
Aric mengembil tempat di sebuah sofa yang terletak bertentangan dengan TV. "Lima tahun lagi muda daripada aku. So, aku ni pangkat abang la. Kan?" Masih tak sedar diri tu perempuan. Liza hanya mendiamkan diri.
Aric melihat ke arah Liza apabila Liza tidak memberi respon terhadap kata-katanya tadi. "Liza, bilik kau dekat mana? Dekat bilik Nek Limah tu ke?"
Liza tersentap. "Ya. Kenapa tanya?"
"Saja. Apa-apa hal nanti senanglah aku nak panggil kau. Kalau aku sunyi aku bolehla tidur dekat bilik kau tu. Lagipun tu bukan standard bilik orang gaji." Kata-kata Aric telah membuatkan Liza tampak cuak.
"Kenapa? Takut ke?" Sengaja dia tunjuk muka playboynya di hadapan Liza.
"Tuan, nak minum apa-apa ke?" Liza cuba mengalih topik perbualan tersebut kerana dia rasa kurang selesa dengan pandangan Aric terhadapnya.
"Jus oren panas. Buat pekat-pekat tau. Tak payah campur gula. Oh, lagi satu. Panggil aku, Aric je. Tak payah panggil tuan. Macam aku ni tua sangat dah." Arahnya.
"Baik, tu...Aric. Baik, Aric." Ujarnya sebelum berlalu pergi ke dapur.
"Kenapa Aric tak nak campur gula. Padahal jus oren pekat tu masam sangat. Boleh sakit perut." Fikir Liza ketika melangkah ke dapur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...