Bab 4

752 36 7
                                    

Pintu rumah Aric diketuk setibanya Rafidah di hadapan rumah tersebut. "Assalammualaikum, Aric~" Panggil Rafidah yang berada di hadapan pintu.

Kemudian, pintu dibuka. Tertacap pada pandangan Rafidah wajah Liza yang jelitawan itu. "Waalaikummusalam. Cik cari siapa?" Soal Liza yang berada di hadapan pintu.

"Aric ada tak?" Soal Rafidah dengan pandangan serius. "Siapa pula perempuan ni? Muda sangat kalau jadi maid." Fikirnya.

Liza melihat Rafidah dari atas ke bawah. "Cantiknya. Mesti girlfriend Aric. Untungnya, dah la cantik dapat pula boyfriend handsome."

"Jemputlah masuk. Aric ada dalam bilik." Beritahu Liza sambil berdiri di tepi pintu. Rafidah melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dan terus menuju ke ruang tamu.

Aric yang hanya bertuala pada pinggang dan berbaju sejuk menapak turun anak tanggan menuju ke dapur melalui ruang tamu. "Liza, buatkan aku jus oren." Arahnya sambil menguap. Aric masih tidak perasan terhadap Rafidah yang berdiri di ruang tamu melihatnya dalam keadaan sedemikian.

"Baik, Aric." Liza menuruti hendak anak majikannya itu. Langkahnya menuju ke dapur.

Rafidah kaku seketika. "Itu Aric ke? Kenapa lain sangat?" Fikirnya yang masih dalam kejutan melihat sahabatnya yang kini kelihatan 100% lelaki sejati.

"Aric." Panggil Rafidah lembut.

Aric berpaling ke belakang. Rafidah berada di hadapan matanya. "Rafidah? Bila kau sampai?" Aric melangkah menghampiri sahabatnya.

"Kau ni Aric ke? Kenapa lain je aku tengok?" Soalan tersebut buatkan langkah Aric terhenti setapak daripada Rafidah.

Aric mengeluh. "Ya. Ini aku. Aric yang baru."

Lantas kedua-dua tangannya pantas memeluk sahabatnya sebab rindu sangat. "Rafidah. I miss you." Ujarnya dengan gembira.

Rafidah membiarkan dirinya dipeluk selepas mendapat kepastian bahawa jejaka kacak yang di hadapannya itu sahabatnya. "Aric."

"Ya. Ada apa?"

"Mana kau punya tu? Aku tak rasa apa-apa pun. Kau dah buang ke?" Soalan yang sangat bernas.

Pelukan dilepaskan. "Matilah aku kalau aku buang tu. Ada je ni tapi aku sorok. Ala, aku ni kurus je sebab tu kecil. Kau tu je yang makin membesar." Aric ketawa. Rafidah pula yang berona.

Rafidah mencubit kedua-dua pipi kacak Aric. "Jaham punya budak kecil."

"Sakitlah." Aric cuba melepaskan dirinya dengan menarik kedua-dua belah tangan sahabatnya.

Liza berjalan menuju ke ruang tamu selepas jus oren siap dibancuhnya. "Aric, jus oren dah siap."

Pada masa yang sama tuala Aric tertanggal ketika mereka sedang asyik bergurau sehingga Aric terjatuh di atas Rafidah. "Sakit, tahu tak." Lenting Aric selepas pipinya berjaya dilepaskan.

Liza menjerit seraya segelas jus oren jatuh ke lantai. Hal ini demikian kerana dia terlihat boxer Aric selepas tuala tertanggal. Aric pula menggelabah apabila mendengar Liza menjerit. "Kenapa?" Soalnya dengan wajah blur.

Rafidah melihat ke arah sahabatnya. "Aric. Kenapa kau tak pakai seluar, ha? Bodohnya budak ni. Pergi pakai seluar la." Bebel Rafidah lalu mencampak tuala pada muka Aric.

Aric mencapai tuala tersebut dan mendegus. "Kau la punya pasal sampai tuala aku pun tertanggal." Bengangnya lalu berdiri dan berlari menuju ke biliknya.

Liza pula jatuh terduduk kerana terkejut dengan situasi di hadapannya tadi.

Rafidah bangun dan menuju ke arah Liza. "Kau okey ke? Sorry pasal tadi. Aric tak sengaja tu. Jom, bersihkan lantai ni. Nanti terpijak pula kaca."

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now