Setelah dua hari Rafidah tinggal di rumah Aric, baru hari ini dia dapat pulang ke rumahnya sendiri. Hal ini demikian kerana Dato' Syarif dan Datin Marina sudah pulang dari Cherating. Rafidah merebahkan dirinya di atas katil selepas menanggalkan pakaiannya. Yang tinggal kini hanya seluar jeannya sahaja. Dilihatnya ke kiri di mana dia telah tanggalkan pakaian wanitanya.
Dia terketawa sendiri sambil mengenang perbuatannya selama ini. "Aku ni dah kenapa? Aku sanggup pakai macam ni disebabkan dia je. Dah bertahun-tahun buat kerja gila ni masih tak sedar diri lagi."
"Rafiq. Rafiq. Bila kau nak jelaskan semua ni, ha? Dia tu dah jadi tomboy. Kau pula dah jadi pondan. Elok sangat la tu." Bebelnya kepada diri sendiri lalu ketawa.
Alunan lagu 'When I Was Your Man' nyanyian Bruno Mars telah memeranjatkan Rafiq lantas dia mencapai Vivo yang berada di atas katil tersebut. Terpapar pada skrin telefon bimbitnya perkataan 'MAMA'. Dia segera menjawabnya.
"Hello, ma?" Sapanya sambil duduk di atas katil.
"Hello, my son. Rafiq sihat ke? Dah lama tak balik rumah mama."
"Sihat je, ma. Banyak kerja. Kenapa mama telefon Rafiq?"
"Esok Rafiq free, tak?"
"Free. Kenapa? Nak ajak datang butik ke?"
"Yes. Tepat sekali, sayang. Mama nak perkenalkan Rafiq dengan anak pelanggan mama ni. Minggu depan dia ada dinner. So, esok dia datang nak ukur baju dan design. Boleh,kan." Jelasnya.
"Siapa anak pelanggan mama tu. Anak orang kaya ke?"
"Ala, Rafiq pun kenal. Anak Datin Marina tu, si Arika yang baru balik dari Itali tu. Rafiq kan suka dia. Apa salahnya."
Dia tersentap. Wajah kacaknya mula berona. "Macam mana mama tahu?"
"Tak akan ada orang buat kerja gila macam Rafiq ni kalau tak ada sebab, kan? Dah. Siap-siapkan design. Esok boleh tunjuk terus."
"Dia nak baju lelaki atau perempuan?" Soal Rafiq yang sudah tahu sangat citarasa gadis itu.
"Datin kata, dress."
"Pandai ke budak tu nak pakai dress. Kasut tinggi pun tak pernah pakai. Kalau aku ya la." Monolognya.
"Okey. Nanti Rafiq buat. Good night."
Setelah panggilan ditamatkan, dia merebahkan diri di atas tilamnya. "Bayangkan Arika tu pakai dress warna putih. Aku pula.... Ish, apa ni? Terfikir pasal baju pengantin pula."
![](https://img.wattpad.com/cover/74722922-288-k520178.jpg)
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...