Kejelitaan Aric terserlah pada malam tersebut dengan baju baru rekaan Rafiq. Aric melangkah masuk ke dalam dewan makan yang gah itu dengan langkah sopan. Wajahnya yang selama ini tidak pernah disolek hanya dicalit dengan sedikit bedak warna neutral dan pembayang mata yang tidak tampak ketara warna merahnya. Solekan sentuhan designer artis ini memang sesuai dengan pakaian yang direkanya dan sesuai dengan Aric.
"Untungnya jejaka yang dapat you sebab you ni cantik. Romantik dan buat semua orang sentiasa tersenyum." Kata-kata Rafiq ketika menyoleknya tadi masih terngiang-ngiang pada telinganya. Dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Aric mengeluh. "Jejaka mana yang untung sangat tu?"
Beberapa minit selepas itu majlis dimulakan. Aric memerhati disegenap dewan tersebut. Dia sedang mencari jejaka yang dikatakan akan dijadikan bakal suaminya oleh Datin Marina. Dato' dan datin melihat gelagat anaknya yang tampak tertekan ketika melilau mencari sesuatu yang mereka sudah dapat jangkakan itu. Mereka tersenyum sambil memandang antara satu sama lain.
Tidak lama selepas itu, Dato' Syarif berdiri dan berjalan menuju ke pentas. "Assalammualaikum dan selamat malam kepada para hadirin yang sudi hadir pada malam yang penuh bermakna ini. Malam ni saya akan perkenalkan waris tunggal Masyaf Holding yang akan berkhidmat di cawangan baru pada minggu hadapan."
Datin menyiku Aric. "Pergilah naik pentas tu. Papa dah panggil."
Aric menuruti dan dia menapak naik ke pantas yang penuh bercahaya itu. Senyuman manis terukir pada wajah jelitanya.
"Kenalkan, ini anak gadis saya. Arika Mazlina binti Mohd Syarif, pewaris Masyaf Holding." Ujar Dato' Syarif diiringi dengan tepukan gemuruh daripada para tetamu.
Aric menghampiri mikrofon tersebut. "Terima kasih sebab sudi datang ke majlis makan malam pada malam ini. Gembira dapat bertemu tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya, saya ni masih dalam kejutan. Tak sangka pula, dalam seminggu saya balik dari Itali. Mama dan papa tak pernah pun berbincang pasal ni. Tahu-tahu je, malam ni... Wow kejutan. Thank, papa and my lovly mama." Tepukan gemuruh menggemakan suasana di dalam dewan ini.
Tiba-tiba, lampu dewan terpadam. Aric hampir menjerit. Nasib baik kedua-dua tangannya sempat menekup mulutnya daripada menjerit. Perlahan-lahan lampu hiasan yang tersusun pada dinding dewan dibuka sebaris demi sebaris diiringi dengan alunan muzik.
"Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to Arika~" Alunan merdu suara jejaka diiringi dengan bunyi solo piano buatkan Aric tertanya-tanya siapakah jejaka di sebalik kek besar yang ditolak dengan troli itu.
Aric menapak turun anak tangga menuju ke arah kek tiga tingkat yang berhenti di bawah anak tangga terakhir pentas tersebut. Dato' dan datin turut berada di sisi Aric. "Happy birthday, Arika. Have a good live and husband." Ucap ibu bapanya hampir serentak.
"Thank you. Mama. Papa."Aric memeluk ibu bapanya sebelum meniup lilin di atas kek tersebut.
Tiba-tiba, sekotak hadiah dihulurkan oleh seorang jejaka yang bertopeng. Jejaka yang telah tolak troli kek tadi. Pakaian formal hitam merah yang sepadan dengan warna baju Aric buatkan mereka kelihatan romantik.
"Who are you?" Soal Aric sambil melihat wajah bertopeng jejaka itu.
"I'm your future husband." Jejaka itu membuka topengnya. Maka terserlah wajah kacak yang sangat dikenali oleh Aric.
"Rafiq? Apa you buat dekat sini?"
Rafiq melihat ke arah sepasang ibu bapa tersebut lalu menguntumkan senyuman. Aric turut melihat ke arah yang sama. Ibu bapanya tersenyum.
"Rafiq, bakal suami aku?"
Rafiq menghampiri Aric dan tangan kanannya memegang tangan kanan Aric. Diletaknya sekotak hadiah yang berbentuk hati pada tapak tangan Aric. "Untuk Cik Arika. Happy birthday."
"Apakah maksud semua ini?" Jerit hati Aric yang kaku di hadapan kek tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...