Bab 14

569 32 0
                                    

Rafiq terbaring di atas sofa di ruang tamu selepas penat seharian menemui pelanggan-pelanggan yang pelbagai ragam terutama dalam kalangan artis. Penat sangat sehingga tak sempat masuk bilik.

Liza menuju ke ruang tamu sambil membawa segelas milo ais. "Encik Rafiq, milo ais dah siap." Liza melihat ke arah Rafiq yang sudah terlena beberapa minit yang lalu.

"Penat betul dia kerja hari ni. Aric pun tak balik lagi. Pukul berapa dia balik agaknya?" Liza meninggalkan gelas tersebut di atas meja yang terletak bertentangan dengan sofa di mana Rafiq sedang lena. Kemudian, dia berlalu pergi ke dapur untuk siapkan makan malam.

"Assalammualaikum." Ucap Aric seraya melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dilihatnya ke arah Rafiq yang lena di atas sofa.

"Ish, dia buat rumah ni macam rumah dia pula. Kenapa tak tidur dalam bilik? Dah la tidur dekat sofa yang aku selalu tidur tu." Gertus hati Aric sambil menghampiri jejaka itu.

"Rafiq. Hei, Ra..." Tiba-tiba matanya melihat ke atas meja di mana terdapat Vivo merah yang sangat dia kenali. "Tu macam phone Rafidah. Ah, kebetulan je kot."

Aric rasa tak puas hati lalu dia mencapai Opponya dari dalam poket seluar dan menelefon Rafidah. Ketika ini alunan lagu 'When I Was Your Man' nyanyian Bruno Mars kedengaran daripada Vivo milik Rafiq. Terbeliak mata Aric mendengarnya. Lantas Vivo itu diambilnya. Tercatat nama 'SAYANG ARIKA' pada skrin tersebut.

Rafiq terpisat-pisat apabila mendengar Vivo kesayangannya berbunyi. "Siapa pula telefon aku ni?"

"Rafiq. Kau..." Geram Aric dengan pandangan tajam ke arah Rafiq.

Rafiq terkejut melihat gadis itu berdiri di hujung sofa dengan Vivo kesayangannya pada tangan kiri gadis itu. Dia bingkas duduk. "Sayang, relex. Okey. Sebenarnya I dah lama nak bagi tahu tapi I tak tahu macam mana nak beritahu you pasal ni sebab..."

"Sudahlah dengan lakonan you tu. Selama ni you dah puas mainkan perasaan I. Rafidah konon. Kalau dah Rafiq tu Rafiq je la." Bengang Aric lalu mencampak Vivo pada perut jejaka itu. Dia segera mengambilnya.

Aric merajuk dan melangkah pergi ke biliknya namun Rafiq sempat menangkapnya dengan memeluknya dari belakang. "I'm sorry. I tak berniat pun nak tipu you. I cuma nak tolong you. I nak Aric yang sekarang jadi Arika yang dulu. Arika yang baik dan ceria dengan semua orang. Arika yang cantik tu. Bukan Aric yang kacak ni."

Aric meronta-ronta. "Lepaslah, tak guna. Tak sangka selama ni aku dah tidur dengan kau."

"Cuma tidur. Tak buat apa-apa pun. Lepas ni boleh la kalau nak buat." Sikap nakalnya dah mula mengusik isteri kesayangannya ini.

"Siapa nak? Aku tak hadap kau la." Marah Aric yang masih meronta-ronta.

Liza pula mengintai dari dapur. "Patutlah macam kenal je Encik Rafiq ni. Dialah Rafidah sebenarnya. Tapi kenapa berbeza sangat muka dia masa jadi Rafidah tu? Cantik sangat."

"Okey. Kalau macam tu, I sanggup jadi Rafidah semula kalau you tak suka tengok I macam ni. Yala. You kan sayang sangat dengan Rafidah tu. Kalau boleh hari-hari nak bagi free kiss."

Aric berhenti meronta. Wajahnya berona. "Aku pernah cakap macam tu dekat dia sebelum ni. Malunya."

"Rafiq." Panggil Aric dengan nada lembut.

Rafiq menempatkan wajahnya pada bahu kanan isterinya. "Ya, sayang."

Tangan kiri Aric pantas menarik rambut suaminya. "Lepaslah tak guna. Aku nak pergi mandi la." Marahnya.

Rafiq menahan sakit sehingga terpejam matanya. "Jom la mandi sekali. Bosanlah mandi sorang-sorang."

"Ganasnya bini aku ni."

      

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now