Bab 2

748 35 2
                                    

Perlahan-lahan Aric membuka mata. Cahaya mentari telah lama menyuluh ruang biliknya tetapi baru sekarang dia sedarkan diri. Dilihatnya ke arah jam digital yang berada di atas meja mini yang terletak di sebelah kiri katilnya. Detik menunjukkan pukul 12:00 tengah hari.

"WARGHHH!!!" Jerit Aric sambil mengeliat di atas katil. "Sakitnya badan. Ni la yang aku tak suka bila red moon." Bebel Aric sambil menutup mukanya dengan kain selimut. Nak sambung tidur agaknya.

Pintu bilik diketuk. "Aric, awak tak apa-apa ke? Aric!" Aric tidak menyahut walaupun dah banyak kali pintu diketuk dan namanya dipanggil oleh Liza.

"Aric, saya masuk ni." Pintu bilik kemudiannya dibuka. Liza melihat situasi di dalam bilik tersebut. Memang macam bilik lelaki tapi dekat dinding bilik cuma ada lukisan yang disimpan di dalam bingkai gambar. Tiada pun poster-poster macam dalam bilik lelaki lain.

Liza menghampiri Aric yang berada di atas katil. "Aric. Awak tak apa-apa ke?"

Aric melurutkan kain selimutnya. Matanya terus tertacap ke arah Liza yang berada di sebelah kanan katil. Aric terkejut lalu terus duduk di atas katil.

"Apa kau buat dalam bilik aku?" Tengkingnya sambil menutup dadanya dengan menggunakan selimut. Wajahnya tampak cuak.

"Er... Tadi saya dengar Aric menjerit. So, saya datang la ni. Risau kalau ada apa-apa yang berlaku." Jelasnya yang ketakutan selepas ditengking oleh Aric tadi.

"Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku hentam kau dengan lampu atas meja tu." Marahnya tanpa mendengar penjelasan Liza. Hal ini demikian kerana Aric masih terkejut dengan kemunculan Liza di dalam biliknya.

Liza segera keluar dari bilik tersebut selepas dimarahi. Pintu bilik turut ditutupnya. "Kenapa dengan dia? Takut semacam je. Dia takut dekat aku ke? Kenapa dia nak takut dekat aku pula? Aku tak buat apa-apa pun." Monolognya sambil menapak turun anak tangga menuju ke ruang tamu.

Sementara itu, Aric pula masih tersisa kejutan sebentar tadi. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk cuba menenangkan dirinya. Dia mengulang perbuatan tersebut berkali-kali sehingga dia mendapat ketenangan.

Aric merebahkan kembali tubuhnya di atas katil lalu memejamkan matanya. Mimpi mula menguasai mindanya walaupun baru lima minit dia memejamkan matanya.

Seorang gadis seusianya masuk ke dalam biliknya secara tiba-tiba sambil membawa sebatang penyepit besi pada tangan kanannya. Ketika ini Aric sedang lena di atas katilnya. Perlahan-lahan kanak-kanak perempuan ini memanjat katil Aric dan duduk di sebelah kanan Aric lalu dia mencucuk penyepit besi tersebut tepat pada bahu kanan Aric. Hal ini menyebabkan Aric terjaga dan menangis. Bahu kanannya dilumuri darah. Aric mengesot ketakutan.

"Mai?" Dia terkejut apabila mengetahui bahawa sepupunya iaitu anak kepada Aunty Aminah melakukan hal ini kepada dia.

Mai menghampirinya. "Kau nak lari ke mana Arika? Aku tak habis lagi seksa kau. Kau tahu tak sebab apa aku tak suka kau? Sebab kau tu cantik sangat. Kenapa semua budak lelaki suka dekat kau? Kenapa bukan aku? Aku benci kau! Pergi mampusla!" Tengking Mai sambil menikam betis kanan Aric dan cuba mencalarkan wajah Aric.

Pintu bilik Aric dibuka apabila ibu bapanya mendengar jeritan dan tagisan anak tunggal mereka. "Mai! Apa kau buat ni?" Marah Datin Marina kepada anak saudara yang dijaganya selama dua bulan sementara ibu bapa Mai pergi ke Thailand atas urusan perniagaan mereka.

Mai tunjuk reaksi tidak bersalah. Aric pula sudah terkulai jatuh bawah katil. Permaidani gebu kesayangannya telah dicemari darahnya sendiri. Dato' Syarif bergegas mendapatkan anaknya sementara datin memarahi Mai dan merampas penyepit besi tersebut daripada tangan Mai.

Dato' segera mendukung anaknya untuk dikejarkan ke hospital. "Arika. Bertahan sayang. Papa hantar Arika pergi hospital." Pujuknya sambil mengelirkan air mata.

Langkahnya pantas menapak turun anak tangga. Diikuti datin dari belakang selepas puas memarahi Mai dan menyuruh Nek Limah menjaganya.

"I hate her. I hate girl. I hate myself. I hate them. I want to be a guy. No one can hurt me." Bicara Aric dalam tagisan. Langkah dato' dan datin terhenti di hadapan pintu rumah apabila mendengar anak gadis mereka berkata sedemikian.

Tagisan datin mula berderai. Dato' pula hanya mampu menggeleng kepala tanpa berkata apa-apa.

"Arika!" Panggil Datin Marina seraya membuka matanya.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Dato' Syarif yang berada di tempat pemandu. Kereta yang dipandunya berhenti di tepi jalan apabila melihat datin meracau-racau sejak dia terlena tadi.

Air mata wanita ini mula mengalir deras membasahi wajahnya. Dato' menggenggam tangan kanan isterinya untuk menenangkan isterinya. Ditariknya kepala datin pada bahunya lalu berkata, "Sayang mimpikan kisah silam lagi ke?"

Datin menggenggam erat tangan suaminya. "Abang, anak kita. Anak kita. Sampai bila Arika nak jadi macam tu?"

"Sabarlah sayang. Ni ujian untuk kita. Nanti okey la anak kita tu." Pujuknya sambil mengusap-usap kepala isterinya yang bertudung itu.

"Sampai bila, abang?" Soalnya yang tidak dapat bertahan lagi terhadap situasi anaknya itu.

"Sampai dia sedar siapa diri dia. Selagi dia tak buat benda yang bukan-bukan, tak ada masalah." Pujuk dato' sambil mengesat air mata isterinya dengan menggunakan ibu jarinya.

Bunyi deringan telefon bimbit Dato' Syarif telah memeranjatkan mereka berdua. Lantas beliau mencapai telefon bimbit yang terletak di dalam poket seluar sletnya dan menjawabnya.

"Hello?"

"Dato' ni saya, Liza."

Dato' bersandar pada kerusinya. "Oh, ada apa?"

"Ni...Macam mana, ya? Dato', Aric... Dia asyik meracau-racau panggil nama dato'. Saya tak tahu apa masalahnya. Tadi saya masuk bilik, dia marah. Sekarang ni saya tak berani nak masuk bilik dia sebab tadi dia kata nak baling lampu tidur kalau saya berani masuk bilik dia lagi. Saya risaulah dia asyik menjerit-jerit je." Jelas Liza panjang lebar. Dato' terdiam. Tak tahu nak cakap macam mana.

"Hello? Dato'?"

"Liza renjis je air dekat muka dia tu. Nanti sedarlah. Kalau dia marah. Kata, saya yang suruh. Liza, hati-hati dengan Aric tu sebab dia tak suka perempuan. Kalau dia suruh kamu keluar, keluar je. Jangan tunggu dekat situ nanti dia mengamuk pula." Perintah Dato' Syarif.

Datin pula hanya menundukkan kepalanya melihat kedua-dua tapak tangannya. Dia risau akan anaknya yang sering mengalami mimpi ngeri itu.

"Baik, dato'. Assalammualaikum?" Ujarnya sebelum perbualan ditamatkan.

Datin melihat suaminya. "Abang, kita minta Rafidah tolong tengok-tengokkan Arika, boleh? Sayang tak percaya kalau Liza tu boleh jaga anak kita. Lagi pun, Arika tu..."

"Abang faham. Nanti abang tanya Rafidah. Haraplah dia tak sibuk." Dato' mencari nama sahabat baik anaknya itu lalu menelefon Rafidah untuk meminta bantuan. Hanya Rafidah sahaja yang memahami Aric walaupun Aric tak suka perempuan.

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now