Bab 16

585 31 0
                                    

Rafiq tidak pulang ke rumah selepas Aric minta cerai hari tu. Mungkin dia merajuk. Aric pun rindu dekat dia juga tapi disebabkan ego, nak buat macam mana. Aric termenung sendirian di dalam kafe kegemarannya sambil tangan kanannya ligat bermain-main dengan cincin perkahwinan mereka yang dijadikan buah rantai.

"Kenapa aku boleh kahwin dengan dia pula ni? Aku rasa tertipu sebab dia tu cantik sangat masa jadi Rafidah dulu. Macam mana ni? Sekarang ni aku tengah rindukan Rafidah. Tapi Rafidah tu Rafiq." Fikirnya sambil menyedut Ice berries shake.

"Assalammualaikum." Ucap seseorang yang sangat dikenalinya.

Aric tersembur apabila melihat Rafiq @ Rafidah berdiri di sebelahnya. "Apa kau buat dekat sini? Dengan pakaian macam ni. Mana kau dapat baju ni?"

"Cantik, kan? Ni la design terbaru aku. Sebenarnya aku dari butik mama. Buat show kejap tadi. Lepas tu aku ternampak kau lalu depan kedai tadi. So, aku dah agak kau akan datang dekat kedai ini." Jelasnya dengan senyuman seperti biasa. Rafidah mengambil tempat bertentangan dengan Aric.

Mata Aric tak berkelip ketika melihat bidadari cantik di hadapannya ini. Macam tak percaya je, gadis yang kelihatan sempurna ini sebenarnya suami dia sendiri. Berbeza langsung dengan wajah asalnya walaupun masih berambut pendek paras bahu.

"Ra...Apa aku nak panggil kau ni?"

"Rafidah je la. Dah aku pakai macam ni. Tak akan nak panggil Rafiq. Pelik pula nanti."

"Kau pakai makeup apa sampai lain sangat muka kau ni?" Soalan sebenar dah keluar.

"Aku pakai makeup macam aku makeup kau hari tu la. Lain sangat ke muka aku ni? Macam biasa je aku tengok." Dibelek-belek wajahnya pada cermin jam tangannya.

"Pasal malam tu. Aku nak minta maaf. Aku tak berniat pun nak belasah kau. Aku cuma terkejut je sebab orang yang aku percaya tiba-tiba tipu aku." Jelasnya tanpa melihat Rafidah yang berada di hadapannya.

Rafidah menyentuh dagu runcing Aric supaya dia dapat melihat wajah kacak Aric. "Jadi, kau terima aku sebagai teman sekatil kau?"

"Ish, apa pula sekatil. Aku tidur atas katil. Kau tidur bawah katil. Bilik aku tu besar."

Rafidah ketawa. "Macam tulah Aric yang aku kenal. Suka bergurau. So, lepas ni janganlah pandang aku macam musuh kau lagi. Gerunla."

Aric menjentik hidung mancung Rafidah. "Yala, sayang oi."

"Sakitlah. Habis rosak makeup." Sengaja guna ayat gedik.

"Sorryla. Sayang nak minum apa? Abang belanja." Masih tak sedar diri walaupun dah kahwin.

"Susu segar." Pintanya dengan jelingan penuh bermakna.

Aric mengangkat tangan memanggil waiter di kafe tersebut. "Okey. Susu se..." Aric terperasan akan jelingan suaminya itu.

Aric melihat ke arah Rafidah yang tersenyum kambing. "Kau ni memang nak kena, kan. Aku baru je nak berbaik-baik dengan kau. Eee... Geram pula aku tengok muka comel kau ni."

"Relex la. Aku gurau je tadi." Rafidah ketawa.

Nasib baik waiter tu tak sampai lagi. Karang pelik pula dia tangok pasangan tak betul ni.


Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now