Aric duduk di birai katil. Manakala, Rafiq tersandar pada dinding bilik mandi. Sudah setengah jam Rafiq mandi tetapi dia masih tak keluar dari bilik mandi tersebut.
Aric berdiri dan berjalan ke arah pintu bilik mandi. "Rafiq dah siap ke?" Soal Aric seraya mengetuk pintu. Rafiq tidak menjawab.
"Ra..."
Tiba-tiba pintu dibuka. Wajah jejaka itu tidak kelihatan kerana rambut depannya yang panjang itu telah menutupi matanya. Aric memandang hairan kepada Rafiq yang masuk menonong sampai tuala tertanggal pun dia tak perasaan.
"Wei, Rafiq. Tuala kau..."
"Eh? Dia tak dengar ke?" Aric mengambil tuala di atas lantai tersebut.
Rafiq merebahkan dirinya di atas katil lalu menggulungkan dirinya dalam selimut.
"Rafiq! Selimut aku tu. Kotorla nanti. Pergi pakai seluar tu." Tegas Aric sambil menarik selimutnya.
"Aric~" Panggil Rafiq dalam tagisan.
Aric naik ke atas katil dan duduk disebelah suaminya. "Kenapa?"
Rafiq merapatkan lutut pada dadanya. "Aku... Aku dah tak suci. Aku dah tak boleh jadi suami kau lagi. Aku..."
Aric memeluk tubuh Rafiq yang bergulung dalam selimut tu. "Walau apa pun yang berlaku. Kau tetap suami aku." Aric mengucup pipi kanan Rafiq.
Rafiq berpaling ke arah isterinya dengan pantas tangan kirinya menangkap kepala Aric lalu dia mengucup bibir isterinya. Aric terkejut dengan tindakan Rafiq tetapi dia tidak mampu menolaknya.
"Terima kasih, sayang." Dipeluknya erat tubuh Aric seusai dia mengucup isterinya.
Pintu bilik diketuk dan dibuka. "Arika. Rafiq. Jom makan." Panggil Dato' Syarif. Masing-masing melihat ke arah lelaki itu.
Dato' berdehem ketika melihat tuala Rafiq berada di atas katil. "Kalau ya pun nak buat. Tunggula lepas makan malam. Lepas Isyak tu boleh la mula projek. Tapi sebelum tu kenala buka tender dulu." Sakat bapa mereka.
Rafiq yang mula berona segera menyorok dalam selimut.
"Papa ni. Bila masa pula Aric dengan Rafiq nak buat tu. Aric tengah pujuk Rafiq ni pakai seluar la, papa." Tegas Aric yang juga berona.
Dato' ketawa. "Ha~ Hati-hati sikit. Tak pakai seluar tu. Nanti tak pasal-pasal bengkok sebab kena karate free."
"PAPA!" Bengang mereka berdua serentak. Dato' pula galak ketawa ketika menutup pintu bilik anak menantunya.
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...