Bab 12

570 32 0
                                        

Aric menampak turun anak tangga menuju ke ruang tamu setelah puas Datin Marina memujuknya turun ke ruang tamu. Mana tidaknya, Aric tidak suka akan jejaka yang bakal menjadi suaminya itu. Semua mata melihat ke arah Aric yang menuju ke ruang tamu apabila kehadirannya disedari oleh mereka bertiga. Rafiq menguntumkan senyuman manis kepada bakal isterinya.

"Menyampahnya. Ada hati nak senyum dekat aku."

Datin memegang tangan anaknya lalu menariknya ke sisi. "Sini duduk dengan mama. Kita pilih baju pengantin yang sesuai dengan Aric."

"Mama, nak buat majlis tu bila?" Soal Aric sambil memandang dingin kepada Rafiq.

"Anak mama ni dah tak sabar-sabar nak kahwin ke? Mama cadang nak buat minggu depan. Aunty Dayah pun dah setuju. Rafiq lagi la setuju, kan?" Rafiq hanya senyum apabila datin melihat ke arahnya.

"Jangan harap aku nak tidur dengan kau malam tu." Bicara hatinya.

"Sudah-sudah la pandang aku macam tu. Kenapa? Apa salah aku?" Jerit hati jejaka itu sambil tunduk melihat lakaran rekaannya. Tak berani bertentang mata dengan Aric.

"Awalnya." Keluh Aric.

"Lagi awal lagi bagus. Mama dan papa dah lama ternanti-nantikan cucu." Sakat Dato' Syarif. Rafiq pula berona.

Tiba-tiba tangan kanan dato' menepuk bahu kiri Rafiq. "Lelaki kena kuat. Baru boleh dapat. Lagi-lagi dengan Arika yang ganas ni." Dato' tersengih-sengih kepada isterinya.

"Ish, papa ni. Malu la mama." Datin menepuk manja bahu kiri suaminya itu.

Aric dan Rafidah masing-masing tertunduk malu selepas mendengar dato' berkata sedemikian.


Sorry sebab pendek sangat. Dah tak tahu nak tulis macam mana. Idea tak ada.

(Mizuki Mizu)

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang