Bab 5

686 35 7
                                    

Rafidah terpisat-pisat bangun lalu menarik tangannya yang dipegang erat oleh Aric. Ditatapnya belakang Aric sambil hidungnya menghidu bau Dashing yang dipakai oleh Aric. "Aric. Aku minta maaf sebab aku tak pernah beritahu kau siapa aku sebenarnya. Kalau kau tahu, mesti kita tak serapat ini. Aku pun sayangkan kau. Tapi bagi kau, aku ni seorang gadis yang dianggap sebagai sahabat semata-mata."

Rafidah menguntumkan senyuman mesra ketika mengusap rambut Aric. "Bila aku dah bersedia nanti. Aku akan beritahu kau. Kau selama-lamanya akan ada di sisi aku." Ujarnya dalam hati lalu mengucup leher gadis itu.

Kemudian, Rafidah turun daripada katil dan menuju ke bilik mandi. Selepas setengah jam dia mandi, Rafidah masuk ke dalam bilik dan menyelongkar almari pakaian Aric. Dicapainya baju t-shirt berwarna merah lalu dipakainya. Seluar jean yang dipakainya tadi dipakai semula. Hal ini demikian kerana dia terlupa bawa masuk beg pakaian yang berada di dalam kereta Satria Neonya.

Rafidah mencapai sejadah dan dihamparnya ke lantai. Dia mendirikan solat tanpa telekong. Sesiapa yang melihatnya dalam keadaan sedemikian mesti dah dapat menjangka bahawa Rafidah sebenarnya seorang lelaki. Kalau Aric tahu, mesti dia rasa tertipu selama dia mengenali Rafidah atau nama sebenarnya, Mohd. Rafiq bin Nazir.

Seusainya Rafidah mendirikan solat Asar, dia segera menyimpan sejadah di tempat asalnya. Dilihatnya ke arah Aric yang masih lena di atas katil Kingnya. Langkahnya menuju ke arah Aric dan memanggilnya. "Aric bangun la. Dah petang ni. Aric." Bantal golek kesayangan Aric ditariknya lalu diketuknya kepala Aric menggunakan bantal golek tersebut.

Aric terjaga. Pandangannya terus melihat ke arah sahabatnya. "Kenapa, sayang?" Soal Aric yang masih mamai.

"Sayang oi, solat Asar. Dah petang ni." Layan je la perangai Aric tu.

Aric melambai-lambai tangannya ke atas. "Kau solat la dulu. Aku red moon." Beritahu Aric yang masih pejamkan matanya.

Rafidah tersengih. Biasalah fikiran lelaki, siapa yang tahu. "Aku...Aku dah solat. Aric bangunlah. Kau tak nak solat pun, pergi la mandi. Badan kau tu dah bau kambing." Perli Rafidah.

"Mentang-mentangla aku mandi dengan sabun susu kambing. Kau kata aku bau kambing. Sedihnya." Rungut Aric ketika duduk di atas katil. Kedua-dua matanya dipisat-pisat dan membukanya.

"Eh? Tu macam baju aku."

"Aku pinjam kejap. Beg pakaian aku tertinggal dalam kereta." Jelasnya yang berjalan menuju ke pintu bilik.

Aric menggaru kepalanya yang gatal itu. "Ambil jela. Baju tu pun aku tak pakai lagi. Made in Itali. Anggap je la tu hadiah sebab aku terlupa nak beli hadiah dekat kau." Jujurnya lalu baring semula di atas katil.

"Thank, bro. Kejap. Kau tu nak sambung tidur ke? Dah. Dah. Pergi mandi tu, kambing." Dibalingnya patung beruang panda yang tersandar pada dinding berhampiran pintu bilik tepat pada wajah Aric.

Aric bingkas bangun dan merungut. "Aku bangunla ni."

"Aku masuk bilik karang. Kau mesti dah siap mandi, faham." Tegas Rafidah. Pintu bilik dibuka.

Aric memeluk patung beruang tersebut. "Ok, madam." Ujarnya sebelum pintu bilik ditutup semula.

"Kenapalah aku dapat kawan yang baik, cantik dan garang macam dia ni? Aku rasa macam dah jatuh cinta la pula. Tapi dia tu perempuan. Mana boleh." Bicara hati Aric mengenai perasaannya sendiri. Wajahnya tampak berona.

Liza terlihat Rafidah menapak turun anak tangga menuju ke pintu utama. "Cik Rafidah nak pergi mana?"

Rafidah berpaling ke belakang. "Pergi ambil barang dalam kereta."

"Er... Makan petang dah siap. Aric dah bangun ke?" Soalnya sedikit tergagap-gagap.

Rafidah memandang serius kepada Liza. "Kau masuk bilik Aric ke tadi? Kalau kau tak masuk, macam mana kau tahu aku tidur dengan dia?"

Liza cuak kerana takut dirinya dimarahi. "Maafkan saya. Sebenarnya tadi dato' telefon. Jadi, dia nak cakap dengan Aric. Saya bukan sesuka hati nak masuk bilik dia. Lagipun sebelum ni dia pernah marah saya sebab masuk bilik dia." Jelas Liza yang menunduk melihat lantai kerana tidak berani bertentang mata.

"Oh, tak apa. Nanti saya telefon dato'. Dia risau dekat Aric la tu."

"Cik Rafidah, boleh saya tanya sesuatu?" Soal Liza yang ingin tahu sesuatu sejak awal lagi.

Rafidah bersandar pada pintu. "Nak tanya apa?"

"Kenapa Aric tak suka perempuan?"

Rafidah terkejut terhadap soalan tersebut. "Eh? Macam mana kau tahu dia tak suka perempuan?" Soal Rafidah kembali tanpa menjawab soalan Liza.

"Tadi dato' ada beritahu saya, Aric tak suka perempuan. Kenapa, ya? Dengan cik dia okey je." Soalnya yang bertambah ingin tahu.

Rafidah senyum sambil kedua-dua tangannya disilangkan pada dada. "Excited betul kau nak tahu. Ya la. Aku ni BFF dia. Dah lama dia kenal. Kau tu hati-hati sikit. Aric tu...Playboy." Bisik Rafidah pada hujung ayatnya. Liza terkejut. Fikirannya mula menerewang ke arah negatif.

"Aric tu ada kisah silam. Pasal seorang budak perempuan yang bernama Mia. Budak tu dah buat sesuatu yang kejam dekat Aric sampai Aric bencikan perempuan. Lepas tu aku pun muncul untuk kikis rasa benci dia terhadap perempuan. Then, dato' hantar dia ke Itali untuk sambung belajar dan terdedah dengan sosial. Finally, Aric yang baru pun balik. Tapi tak ada apa-apa pun yang berubah. Makin playboy lagi ada la." Rungut Rafidah pada hujung ayatnya. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket dan berpaling ke arah pintu.

"Tu je ringkasan yang kau nak tahu sangat tadi. Aku nak pergi ambil barang. Kau pun tolong la aku. Tapi jangan jatuh cinta dengan dia pula. Kau menyesal nanti." Tombol pintu dipulas dan dia melangkah keluar dari rumah tersebut.

"Ya." Liza menuruti nasihat Rafidah kerana mungkin benar apa yang dikatakan oleh seseorang yang sangat mengenali anak majikannya ini.


Boleh ke anda bayangkan lelaki memakai pakaian wanita? Muka pula comel dan suci je.

(Mizuki Mizu)

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Where stories live. Discover now