Sembilan bulan berlalu dengan pantas. Bayi lelaki pun selamat di lahirkan. Dato' Syarif, Datin Marina dan Puan Daya gembira kerana mendapat cucu lelaki yang comel dan sihat. Seusainya Rafiq mengazan anak lelakinya, diserahnya kepada Aric.
"Sayang, anak kita ni macam muka siapa?" Tanya Rafiq kepada isterinya.
Aric menyentuh lembut anaknya. "Comel macam muka abang. Tapi kalau dah besar mesti kacak macam muka sayang."
"Ish, dah ada anak pun masih tak sedar diri bini aku ni."
"Nak bagi nama apa anak kita ni?" Soal Aric sambil membelai rambut anaknya.
"Amar Ramadhan bin Mohd. Rafiq. Semperna bulan puasa ni."
"Pandai abang pilih nama. Amar Ramadhan." Dikucupnya pipi kecil anaknya itu.
"Bila dah besar nanti jangan suka-suka benci orang macam mama dengan papa Amar ni." Pesan Datin Marina. Puan Dayah ketawa perlahan.
"Cucu datuk ni nanti kena la cari isteri yang cantik dan tak ganas macam mama Arika ni. Nanti tak pasal-pasal kena karate. Kesian papa Rafiq." Sakat dato' lalu mencuit pipi cucunya.
Rafiq mengucup dahi isterinya. "Sayang, lepas ni boleh la kita buat lagi. Abang nak tiga lagi, boleh?" Pintanya.
Amar menangis secara tiba-tiba selepas mendengar permintaan ayahnya itu.
"Tengok. Amar pun tak bagi abang buat macam tu. Kalau satu lagi, boleh la. Nak beranak ni bukan senang. Kalau abang nak lebih-lebih sangat, apa kata abang yang beranak sendiri. Okey?"
Rafiq sentap. "What? Sayang, abang ni normal lagi tahu. Tak akan la sampai macam tu sekali."
Fikirannya berputar kembali ke masa silam mengenai malam penculikan itu yang bagaikan mimpi ngeri baginya.
Aric ketawa. "Ala. Aric gurau je. Tak akan Aric nak lepaskan suami kesayangan Aric ni dekat buaya darat dekat luar tu. Mampusla cinta hati Aric ni."
"Abang serius ni. Sayang main gurau-gurau pula. Amar tengokla ibu Amar tu. Saja nak buat papa merajuk." Adu Rafiq kepada anaknya.
Amar hanya ketawa lalu menghisap jarinya.
"Anak papa pun sama ke?" Rajuk Rafiq.
"Alo-alo. Manjanya bayi besar ni. Nak susu ke? Meh sini mama suapkan." Pujuk Aric.
Rafiq yang mendengar pujukan itu segera merapati dada Aric.
"Eh?"
"Nak susu?" Kata Rafiq.
"Ish, abang ni. Sayang, saja je main-main. Ni Amar punya la. Mana boleh."
Ibu bapa mereka menahan ketawa melihat gelagat mereka berdua di dalam wad ini.
"Amar. Papa pun nak susu juga. Kita share, okey? Amar satu. Papa satu." Ujarnya seperti bicara dengan budak-budak yang faham bahasa.
Tangan Aric pantas menari rambut Rafiq. "Apa share-share? Ingat Aric ni mesin buat susu segar ke?" Bengang Aric.
"Sakitlah, sayang." Rafiq cuba melepaskan tangan Aric yang menarik rambutnya.
"Ala. Sikit pun tak boleh ke?"
"Mama, tengok Rafiq ni. Dia nak menggatal." Adu Aric.
Rafiq buat muka tak bersalah sambil menahan sakit pada kepalanya. "Eh? Mana ada."
Akhirnya, tawa mereka pun terlepas diikuti oleh Aric. Rafiq pula terpinga-pinga kerana dia tak tahu apa-apa walhal mereka berempat sedang ketawakan gelagatnya.
Dah siap. Sekian terima kasih. Sila komen kalau ada masa lapang :) Jumpa lagi.
(Mizuki Mizu)
![](https://img.wattpad.com/cover/74722922-288-k520178.jpg)
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...