Aric telah disahkan mengandung. Kandungannya baru seminggu dan masih selamat walaupun selepas kemalangan itu tetapi Aric masih ditahan di wad. Hari ini ialah hari yang ke-20 selepas malam kemalangan itu, dia masih belum sedarkan diri. Rafiq pula hari-hari tidur di hospital. Rasa bersalah masih bersarang dalam hatinya. Setiap hari dia berdoa supaya isteri dan anaknya selamat.
"I love you very much." Rafiq segera membuka mata apabila dia terdengar suara isterinya. Dilihatnya ke arah Aric yang terlantar di atas katil hospital.
Tangan kiri Aric yang berwayar itu dipegangnya lembut lalu mengucupnya. "Sayang, cepatlah sedar. Abang rindu sangat dekat sayang. Maafkan abang." Rafiq menangis.
Jari-jemari Aric bergerak-gerak. Rafiq terkejut. "Aric? Sayang, dah sedar ke?"
Aric terbatuk-batuk seperti kelemasan. Rafiq segera menjerit nama doktor yang merawat isterinya sambil berlari keluar dari wad tersebut.
Sementara itu, dato' menerima panggilan gembira daripada menantunya mengenai anak tunggalnya yang telah sedar daripada koma yang panjang.
Waktu pagi ialah waktu untuk melawat di hospital besar ini. Rafiq masih setia di sisi Aric biarpun Aric masih tidak membuka matanya. "Sayang, bukalah mata. Abang ada dekat sini."
Air mata Aric mengalir sebelum Aric membuka matanya. Dilihatnya ke kiri di mana suaminya berada. Aric senyum.
"Sayang." Rafiq menangis. "Sayang, memang dengar suara hati abang."
Aric mengelap air mata Rafiq dengan menggunakan ibu jari tangan kanannya. "Janganlah menangis. Nanti tak comel." Sempat lagi dia bergurau.
"Aric." Rafiq mengucup dahi Aric yang berbalut itu.
"Rafiq. Kita akan dapat anak nanti." Ujarnya dengan gembira.
"Macam mana sayang tahu?"
"Bukan ke kau yang cakap malam tadi?"
"Bila masa?"
Aric menunjukkan jari telunjuknya pada dada Rafiq. "Dalam hati."
Rafiq tersenyum. "Sayang ni suka sangat bergurau."
"Aku serius la." Lirikan mata dinginnya sengaja ditujukan kepada Rafiq.
Rafiq mengeluh. "Ya la, sayang."
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
عاطفيةAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...