Extra - Tagis

821 40 11
                                        

Keluarga Dato' Syarif bergegas menuju ke hospital setelah Katrina menelefonnya. Amar menangis tak henti-henti sejak mengetahui hal itu. Rafiq pula diam sahaja.

"Nek, Amar nak ibu. Amar nak jumpa ibu." Tagisnya dalam pelukan datin di tempat menunggu.

Dato' pula asyik ke hulu ke hilir di hadapan pintu wad ICU.

Pintu wad ICU dibuka. Dato' segera menerpa ke arah Doktor Danie. "Macam mana dengan Arika?"

"Aric okey. Cuma penat je. Biar dia rest dulu." Beritahu Danie. Dilihatnya ke arah Rafiq yang tersandar diam di dinding berhampiran.

Danie menghampiri Rafiq. "Fiq, Aric okey. Penat je. Jangan risau."

Rafiq mengangkat muka selepas mendengar penjelasan doktor itu. "Dia sakit apa? Aku tahu kau tahu pasal ni."

"Dia okey la." Jawapan yang berselindung daripada kenyataan.

Rafiq merentap kolar baju putih Danie. "Jangan nak tipu aku la. Aku nampak sendiri ubat tu dalam kereta dia."

Amar terus melihat ke arah mereka berdua begitu juga dengan dato' dan datin.

"Ibu sakit ke?"

Danie dah tak mampu menyimpan rahsia ini. "Maafkan aku. Aric yang tak nak beritahu kau. Dia tu dah lama ada penyakit migrin tapi tak teruk sangat. Aku yang rawat dia."

Rafiq melepaskan Danie. "Aric. Kenapa kau tak beritahu aku."

Amar menghampiri Rafiq lalu memeluk ayahnya. "Papa jangan menangis. Amar ada dekat sini." Pujuk Amar.

Rafiq membalas pelukan anaknya. "Amar sabar, ya." Diusapnya rambut Amar.

"Rafiq. Aku akan rawat dia. Kau jangan risau. Itu tugas aku." Beritahunya.

"Jom masuk. Tengok Ibu Amar." Pujuk Danie sambil menepuk bahu Amar.

Dato', datin, Puan Dayah, Rafiq dan Amar melangkah masuk ke dalam wad. Dilihat ke arah Aric yang tersenyum di atas katil.

Danie terlebih dahulu menghampiri rakannya ini. "Err...Aric. Aku nak minta maaf sebab dah cakap pasal tu. Rafiq paksa aku tadi." Danie tampak cuak.

Aric mengeluh. "Tak apa la. Thank sebab dah rawat aku."

"Sama-sama. Aku keluar dulu. Katrina, jom." Danie mengajak tunangnya yang berdiri di sisi kiri Aric. Katrina menurutinya.

"Aric. Kenapa you tak beritahu I semua ni?" Soal Rafiq sebelum sempat dato' bertanya.

"Sebab I dah tahu. You akan jadi macam ni. Menangis tak henti-henti. I tak nak semua orang risau."

Wajah Rafiq merah sebab marah. "Aric! Kau...."

"Papa janganlah marah ibu."

Rafiq memeluk Aric. "Kau jangan tinggalkan aku lagi. Aku sayang kau. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku nak kau. Apa-apa pun jadi, aku nak kau juga."

"La, papa ni menangis lebih daripada aku pula." Amar hampir ketawa melihat bapanya.

"Amar tak menangis pun. Kenapa you yang lebih-lebih? Aku hidup lagi la, bro. Lek la. Kalau aku go on nanti. Nagis la." Gurau Aric.

"Apa go on go on. Kau ingat senang aku nak kahwin lain? Never la."

"Lelaki. Tak payah nak menipula. Aku dah masakla dengan perangai korang."

Rafiq melepaskan pelukan lalu dikucupnya bibir Aric tanpa pedulikan mereka di situ. "Sebab cinta aku hanya untuk kau je. Aku tak suka orang lain. Walaupun dia cantik daripada aku."

"Hello. Papa. Amar nampak la." Gertus hati Amar.

"Ibu." Amar menghampiri. Dicapainya tangan Aric lalu dikucup.

Aric membelai rambut anaknya. "Maafkan ibu sebab tak beritahu."

Amar pula menangis. "Tak apa ibu. Amar tak marah. Sayang ibu. Jangan tinggalkan Amar."

Aric menarik kepala Amar lalu mengucup dahi anaknya. "Ye la. Ibu sayang Amar dan papa juga. Atuk dengan nenek pun."

"Cut! Kenapa sedih sangat korang ni, ha? Rafiq. Aku suruh kau marah. Bukan menangis." Marah pengarah.

Satu ketukan singgah pada kepala pengarah. "Lantak la. Ok dah tu. Yang kau nak baran sangat ni kenapa, Mizu?"

Dia berpaling ke belakang. "Anazuki? Bila sampai?"

"Selama kau ada kat sini la. Aku ni halimunan. Mana ada orang perasan."

" 'Aku adalah aku' dah siap?"

"Kau menyebuk apa hal?"

"Saje."

"Belum. Rikiya ada dating dengab Justina hari ni. Sebab tu aku datang sini. Nak tengok mangkuk hayun aku ni buat kerja."

"Apa punya mangkuk kau ni. Kawan sendiri pun tak kenal."

Masing-masing melihat mereka berdua bertengkar. "Rest dulu la sambil tengok show depan pintu tu." Rafiq sambil mengesat air mata.

Tiba-tiba pintu diterjah. "Assalam....Anazuki? Apa kau buat dekat sini?" Terkejut jejaka yang sangat terkenal ini.

"Ren? Kau salah tempat ni." Ujar Anazuki.

"Eh. Betul la wad ni. Aku nak melawat sepupu ak....Rasa macam salah wad pula. Tak apa la." Ujarnya selepas melihat Aric dan yang lain di situ.

"Oi, galah. Jom aku tunjuk bilik SEPUPU kau tu." Anazuki melintasi Ren.

Ren hanya mengekori. "Kau tahu ke?"

"Apa kebenda pula tak tahu. Aku la sepupu kau tu. Tak pernah jumpa? Memang kau tu merempat jauh sangat. Ko tak nampak aku pakai baju apa?"

"Tapi kenapa ko masuk wad?" Soalnya.

"Good question. Sebab aku jatuh katil."

"Tak lawak la wei."

"Hahaha...malasla beritahu kau."

Harap korang suka cerita yang tak berapa best ni. Ada pulak terselit cerita lain.
(Mizuki Mizu)

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang