Bab 3

717 36 1
                                    


Aric terjaga selepas wajahnya direnjis air oleh Liza. Liza cuak apabila Aric melihat ke arahnya. "Maa...Maaf. Dato' yang suruh saya buat macam tu tadi." Jelasnya tergagap-gagap sebab takut kena marah.

"Liza rupanya." Aric menarik nafas lega. "Terima kasih. Kau boleh pergi sekarang." Dia dah kembali tenang.

"Aik? Tadi marah. Sekarang baik pula. Pelik betul." Fikir Liza.

"Aric nak makan ke? Nanti saya masakan lunch. Turun makan, ya. Saya minta diri dulu." Ujarnya sebelum pintu bilik ditutup.

"Ya."

Aric mengangkat tangan kirinya ke atas. Dilihatnya tapak tangan itu lama-lama lalu diletakkan di bawah baju t-shirtnya. Dirabanya tubuh sendiri dari perut sehingga ke dada dan akhirnya pada bahu kanan yang pernah tercedera beberapa belas tahun yang lalu. Air mata mula menitis. "Rafidah. I need you now. I'm hurt."

Oppo hitamnya berdering. Lantas tangan kirinya mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja mini di sebelah kanannya. Terpapar nama RAFIDAH pada skrin. Aric mengukir senyuman.Aric menjawab panggilan tersebut.

"Hello, sayang? Rindu abang ke?" Ujarnya sebelum sempat Rafidah memberi salam.

"Eeuu...Tak payah nak berabang-abang sangatlah Aric. Nak termuntah aku dengar. Perkataan 'sayang' tu lagi la rasa macam nak termuntah." Kritik Rafidah.

Aric ketawa. "Ala, nak manja sikit pun tak boleh ke? Aku ni baru je balik Malaysia. Tak rindu ke?"

"Of couse la aku rindu. BFF yang dah tiga tahun aku tak jumpa ni macam mana agaknya sekarang. Masih comel macam dulu atau dah jadi orang lain?" Soalnya dengan nada memerli.

"Kalau nak tahu, datang la rumah aku. Kau pun dah lama tak datang sini. Entah-entah jalan rumah aku pun tak ingat dah." Sakat Aric sambil bergulung-gulung di dalam selimutnya sebab gembira sangat.

"Ya la. Aku datang. Tadi papa kau telefon aku. Dia suruh aku jaga kau sebab dia risau sangat kau tu meracau-racau lagi. So, boleh ke aku tidur dekat rumah kau malam ni?" Jelasnya.

Aric tersangkut dalam selimutnya. "Tidur sini? Boleh. Tidur dengan aku. Free of charge."

"Aric! Aku serius ni. Boleh ke?" Tegas Rafidah.

"La. Aku pun serius juga. Bilik aku ni besar la. Kau nak tidur atas katil boleh. Tepi katil. Bawah katil. Dalam bilik mandi. Dalam almari. Dalam..."

"Dah la lawyer buruk kau tu. Aku on the way dah ni. 30 minit lagi aku sampai."

"On the way apa kalau kau duduk dekat rumah lagi. Ingat aku tak tahu ke? Aku nampak kau tengah pakai baju warna pink. Eee... Tukar la. Aku tak suka warna pink." Aric cuba keluar dari gulungan selimutnya.

"Baju apa yang kau bayangkan aku pakai sekarang ni?" Soalnya serius.

"Baju dalam." Jawab Aric acuh tak acuh lalu ketawa.

"Tak guna punya tomboy. Dekat mana kau letak CCTV dalam bilik aku ni, ha? Semua benda aku buat kau nampak je." Bengang Rafidah.

"Dalam hati kau la. Mana boleh buang nanti kau mati. Aku yang sepi." Aric tersengeh seperti kerang busuk. Tak sangka tekaannya hari ni menjadi. Dah lama betul dia tak mengacau sahabatnya ini.

"Dah la. Malas la layan. Bye." Panggilan segera ditamatkan.

Aric mengeluh. "Merajuk la pula. Macam mana aku nak pujuk dia ni? Ah, biar je la. Macam la dia tak kenal aku ni macam mana. Yang aku ni pula, apasal boleh tersepit dekat dalam selimut ni? Ah, dah jadi sushi gulung."

"Liza!!!" Jerit Aric sekuat hatinya.

Liza segera menerjah pintu bilik tersebut. "Ya. Kenapa?"

"Aku tersangkut. Tolong tarik." Tangan kirinya yang memegang telefon bimbit tadi terkapai-kapai meminta dirinya ditarik.

"Tapi kita..." Sebersalah Liza nak pegang tangan Aric sebab disangkanya Aric itu lelaki.

"Liza~Please help me. Then, I give you my kiss." Ujar Aric yang bermulut manis.

Liza terundur ke belakang kerana terkejut mendengar tawaran Aric tadi. "Apa? Kiss?" Fikirannya mula berimaginasi lalu dia lari keluar dari bilik Aric.

Aric mengeluh. "Dia dah pergi."

"Hello? I'm a sushi guy. Please someone help me. Hello? Where are my princes now? I'm hungry. Hello? My lovly maid, Liza. Help me! I'm a handsome guy. I'm a sweet guy. I'm a... No one want to help me." Bebel Aric sambil bergolek-golek cuba melepaskan diri. Tak tahulah macam mana dia main gulung-gulung tadi sampai tak boleh keluar macam ni. Macam budak-budak.

Eh? Aku? Dia? Kahwin?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang