Kini usia Amar telah meningkat ramaja. Walaubagaimanapun ibu bapanya tetap sama terutama Aric. Kadang-kadang Amar mengeluh dengan perangai mereka berdua tu tapi nak buat macam mana kalau dunia mereka memang macam tu.
"Am, hari ni papa kau tak datang ambil ke? Selalunya time ni dia dah tercegat dekat depan pondok jaga tu. Siap berborak pasal baju wedding lagi." Tanya Syah yang berdiri di sebelah Amar di pondok penunggu bas.
"Hari papa aku pergi oversea. Ibu aku kata dia nak datang ambil." Jelasnya yang memang tak banyak bercakap.
"Oh, patutla lambat. Biasalah perempuan bawa kereta slow je."
"Tak. Ibu bukan macam tu. Dia bawa kereta macam dia raja atas jalan tu. Kalau lambat pun sebab ada meeting atau banyak kerja atau dia memang terlupa langsung pasal aku."
"Ibu kau kerja apa?" Soal rakan sekelas yang tidak pernah kenal ibu bapa Amar.
"CEO Marsya Holding."
"Eh? Tu tempat ayah aku kerja. Ayah aku cakap CEO dia lelaki. Tak silap aku nama dia Aric."
Keluh Amar. "Arika Mazlina binti Mohd Syarif. Yes. Tu ibu aku. Tak percaya. Kau boleh cek IC dia."
"Eh? Kau ni biar betul. Tak lawak la. Tu mesti uncle kau kan. Tak akan ada perempuan nak pakai macam tu."
"Macam tu? Kau pernah jumpa ke?" Soal Amar sambil berdiri di hadapan rakannya.
"Tak."
PON! Bunyi hon memeranjatkan mereka. Ferarri hitam berhenti di hadapan mereka berdua. Tingkap kereta pada tempat penumpang hadapan diturunkan.
"Sayang. Sorry lambat. Tadi ibu ada meeting dengan klien." Beritahu Aric kepada anaknya.
Syah terlopong mendengar jejaka muda itu membahasakan dirinya ibu.
"Syah. Ni la ibu aku. ARIC yang kau kata tadi tu. Amacam, kacak macam aku, tak?" Sengaja dia berlagak macho depan rakannya.
Langkahnya menuju ke arah kereta dan dia masuk ke dalamnya selepas pintu kereta dibuka.
Aric yang memakai kemeja dan berkaca mata hitam ditatap oleh Syah. "Kenapa kacak sangat ibu Amar ni? Tak percaya aku dia tu perempuan."
Aric mengucup pipi anaknya sebelum memulakan pemanduannya. "Anak ibu ni bila nak cari makwe?"
"Apa hal tiba-tiba tanya soalan macam tu?" Lenting Amar sambil menutup tingkap kereta.
"Saje." Jawabnya acuh tak acuh.
****
Syukri yang menerap di sebelah kanan Amar di atas katil mula bermain-main tarik-tarik seluar Amar apabila Amar sibuk siapkan kerja sekolah di atas katilnya.
"Ish, kau ni. Seluar aku pun kau nak tarik ke. Dah. Pergi tidur sana tu. Aku nak siapkan kerja ni." Lenting Amar sambil menarik semula seluar pendeknya.
"Ibu kau tak marah aku? Ya la. Aku selalu je datang sini study dengan kau." Tanya Syukri dengan wajah manjanya.
"Dia tak marah selagi kau tak buat kerja gila." Amar memandang tajam ke arah sahabatnya yang sekali lagi menarik seluarnya.
"Ibu kau take care betul pasal kau. Macam kau ni anak perempuan dia pula." Rungut Syukri.
Amar menarik semula seluarnya lalu mengetuk kepala Syukri. "Ish, kau ni. Aku nak buat kerja pun tak senang. Ibu take care pasal aku sebab dia tak percayakan lelaki zaman sekarang ni. Terutama orang macam kau. Insaf-insaf la, woi. Aku tak hadap kau la."
"Kau tak hadap aku. Aku hadap kau. Bosanlah asyik kena rejek je dengan perempuan." Tangannya memeluk pinggang Amar. Amar pula pandang dingin.
Syukri segera menukar topik. "Wei, suruh la ibu kau ajar aku cara pikat gadis cun."
ANDA SEDANG MEMBACA
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...
