"Aric~Aric~Aric~🎵" Panggil Rafiq dengan suara gediknya di ruang tamu apabila Aric melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Aric terkejut melihat suaminya yang sedemikian. "Rafiq? Kenapa pakai macam ni? Mesti baru balik dari butik mama ni."
Rafiq yang berbaju kebaya merah dengan selendang ala zaman dulu menghampiri Aric yang berdiri di hadapan pintu. "Sini I bawa beg you. You mesti penat kerja dekat pejabat tu. You nak minum apa?" Dah macam isteri misali pula. Diambilnya beg kerja Aric dan dibawa ke bilik mereka.
"Meroyan apa pula suami aku ni pakai macam ni dalam rumah?" Aric menuju ke sofa dan duduk di situ.
Liza muncul di ruang tamu dengan dua cawan teh ais dalam dulang dan kuih karipap.
"Liza, kenapa dengan Rafiq tu? Pelik semacam je aku tengok. Bersolek bagai dalam rumah ni." Soal Aric kepada maidnya.
Liza meletakkan dulang tersebut di atas meja bertentangan dengan Aric. "Entahla. Balik tadi okey je dia layan Amar. Lepas Amar tidur dia jadi macam tu." Jelas Liza yang tidak memahami sangat jejaka pelik dalam rumah ni.
"Amar tidur bilik mana?"
"Bilik Aric la."
Rafiq menapak turun anak tangga menuju kepada Aric yang masih duduk di ruang tamu. Liza pula meminta diri ke dapur sebab tidak mahu mengganggu suami isteri tersebut. Rafiq mengambil tempat di sebelah Aric.
"Rafiq, kenapa kau cantik sangat hari ni? Tak takut jadi macam dulu ke?"
Rafiq membuka ikatan tali leher Aric. Walaupun dah ada anak, Aric tetap pakai baju kemeja dan kot macam lelaki. Dah tak boleh diubah lagi gaya anak perempuan dato' ni.
"Aric kan ada. Buat apa nak takut. Lagi pun I pakai macam ni sebab you dah lama tak luangkan masa dengan I. Asyik kerja. Balik malam. Dah dua minggu you balik lambat. Ke, you ada girlfriend lain."
"Ish, merepek apa you ni. I penat-penat balik kerja. You cakap macam tu pula. You boleh tanya dekat papa, I balik lambat sebab apa." Bengang Aric lalu berdiri dari sofa.
Rafiq mencapai tangan kanan Aric. "Sorry la, sayang. Jangan merajuk. Okey?"
"Dia yang buat aku merajuk. Ee... Nasib la kau ni comel. Sayang pula aku nak lempang kau. Kenapa la suami aku comel sangat?" Gertus hati Aric.
"Assalammualaikum." Pintu dibuka seraya dato' memberi salam.
Dato' dan datin terkejut melihat menantu lelakinya bertukar menjadi perempuan cantik. "Cantiknya. Boleh la papa pinjam malam ni." Gurau dato' lalu dicubit oleh datin.
"Ouch."
Aric segera memeluk suaminya. "Mana boleh. Ni Aric punya. Papa dah ada mama."
"Sayang juga anak papa dekat suami cantik dia tu. Tak jadi la papa nak pinjam sebab nanti mama karate papa pula." Datin mencubit pinggang dato' sekali lagi selepas mendengar gurauan orang tua itu.
"Apa la abang ni. Takut Rafiq tu nanti." Marah datin kepada dato'.
"Aric. Kalau mama nak pinjam Rafiq boleh tak?"
"Mama nak buat apa?" Pantas dia bertanya.
"Nak suruh dia design baju mama untuk majlis wedding kawan mama nanti." Jelasnya yang masih berdiri di sisi suaminya.
"Okey. Jangan lama-lama sangat. Nanti rindu." Aric mengucup dahi suaminya yang mempunyai ketinggian hampir sama dengannya.
"Ni mana suami, mana isteri?" Tanya dato'. Datin ketawa.
"Mana-mana pun boleh." Jawab Aric acuh tak acuh.
"Mana boleh. Tak sama." Bangkang dato'.
Amar yang berusia 3 tahun itu keluar dari bilik setelah terjaga dari lena."Ibu. Papa. Amar nak susu." Ujarnya sambil membawa botol susunya.
Amar menuju ke arah Rafiq. Rafiq mendukungnya. "Alo, anak papa ni. Kesian. Dahaga, ya. Nanti papa buat susu." Dikucupnya dahi anak kesayangannya.
"Papa pun ada bola-bola macam mama ke?" Soal budak kecil itu sambil menepuk-nepuk dada Rafiq.
Rafiq malu. "Tak ada lah. Ni belon je."
Amar menarik leher baju kebaya Rafiq dan melihat ke dalamnya.
"Eh. Amar buat apa tu?" Soal Aric yang melihat gelagat anaknya.
"Papa pakai ibu punya warna merah. Amar pun nak pakai juga la."
Dato, menghampiri Rafiq dan menggambil Amar dari menantunya. "Amar, sayang. Jangan jadi macam papa kamu tu. Meh sini dekat Atuk. Lelaki sejati tak pakai macam tu. Lelaki sejati pakai macam ibu Amar tu."
"Ibu, lelaki ke?" Soal Amar yang dah keliru.
"Kesian cucu aku. Mak ayah dia pun dia dah tak tahu nak bezakan, lelaki ke perempuan." Keluh hati dato' dan datin.
Manakala, Rafiq pula menangis pada bahu isterinya. "I tahu I tak sempurna sebagai seorang ayah."
"Papa. Jangan la menangis. Nanti cair makeup." Ujar anaknya.
"Siapa ajar Amar cakap macam tu?" Soal datin sambil mengusap rambut cucunya.
"Ibu."
Aric pula ketawa. "Betul la. Kalau menangis nanti tak comel. Betul kan, Amar?"
"Ya."
"Kesian budak kecil ni. Fikiran dia dah tercemar." Rungut hati dato' sambil menggelengkan kepalanya.
Amar meronta-ronta secara tiba-tiba dengan kedua-dua tangannya yang terkamit-kamit ke arah Aric. "Ibu, nak susu ibu." Pintanya.
"I pun nak." Sampuk Rafiq yang tersenyum kambing.
"Amar punya la. Mana boleh." Jerit budak kecil itu. Bingit telinga mereka.
"Yela. Yela. Papa gurau je. Siapalah nak share dengan dia yang baru bangun tidur tu. Mandi pun tak." Rafiq berlagak merajuk dengan anaknya.
Aric mengambil Amar daripada dato'. "You ni. Dengan anak pun nak merajuk."
"Ibu jangan bagi papa susu. Amar tak suka. Papa pergi la minta susu dekat Nek Dayah." Kecil-kecil dah pandai cakap macam tu.
Rafiq sentap. "Ni mesti you yang ajar. Kalau macam ni, I balik rumah mama la."
Aric menarik tangan kiri Rafiq sebelum sempat Rafiq melangkah dari situ. "Ala. Comelnya dia merajuk. Dah. Tak payah merajuk sangat la. I bukan pandai pun nak pujuk orang merajuk ni. Jom mandi dengan I. Nak?"
"Nak mandi juga." Pinta Amar.
"Sibuk je la budak kecik ni." Lenting Rafiq sambil mencubit manja pipi anaknya.
Amar mengetuk kepala Rafiq menggunakan botol yang dipegangnya tadi. "Sakitlah, papa." Geramnya.
"Botol tu lagi sakit." Rafiq menggosok kepala yang kesakitan itu.
Tawaanya dato', datin dan Aric berderai melihat gelagat manja Rafiq dengan Amar. Liza hanya memerhati kegembiraan ahli keluarga ini di sebalik dinding dapur.
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...