Malam ini Rafiq tidur sendirian di dalam biliknya kerana Aric masih belum balik dari outing bersama-sama dengan dato'. Katanya, mereka akan balik esok selepas meeting dengan pelanggan dari luar negara selesai.
Rafiq meracau-racau dalam lenanya sama seperti Aric dulu. Datin dan Liza yang berada di dalam bilik Rafiq tidak tahu nak buat apa lagi dengan jejaka itu. Macam-macam dah dibuatnya tetapi Rafiq tetap tidak sedarkan diri. Dia menjerit-jerit panggil nama Aric sambil menangis-nangis macam budak kecil. Mungkin dia mimpikan kes malam tu.
Akhirnya, Datin Marina menelefon Puan Dayah untuk menjaga anaknya. Datin risau kalau Aric hilang fokus kalau beritahu hal ini kepadanya.
Rafiq terjaga selepas ibu kesayangannya memanggil namanya sambil menangis. "Mama." Rafiq memeluk erat tubuh wanita itu dalam tagisannya. Tubuh Rafiq menggigil.
"Sayang, kenapa ni? Tak pernah-pernah mengigau macam ni. Apa dah berlaku. Beritahu mama. Sejak akhir-akhir ni Rafiq nampak pelik je." Pinta Puan Dayah.
Dalam esakkan dia menjelaskannya. "Sebenarnya masa malam Aric dengan Rafiq kena culik tu..."
Aric memandu laju keretanya pulang ke rumah setelah dia terdengar Rafiq memanggil-manggil namanya ketika dia, dato' dan pelanggan dari luar negara itu sedang makan malam. Walaupun jauh, jeritan Rafiq itu tetap sampai padanya.
Aric panik. "Suami aku. Kenapa dengan suami aku?"
Sebuah lori minyak tiba-tiba melintas di hadapan keretanya. Aric terkejut dan menekan habis brek sehingga lekat kesan tayar pada jalan raya. Hampir sahaja dia terlibat dalam kemalangan sebab tak perasan lampu merah. Aric mengucap panjang.
Sementara itu, datin terkejut menerima panggilan daripada suaminya bahawa anaknya pulang sendirian pada waktu malam macam ni. Siapa tak risau kalau anak perempuan balik sendirian. Macam-macam boleh berlaku. Datin pun jadi panik sebab anak dia tak sampai lagi walhal dato' cakap dia dah pergi sejam yang lepas.
"Rafiq. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa tak beritahu mama awal-awal?" Soal Puan Dayah yang hampir meraung sambil memeluk tubuh anaknya. Datin hanya menggelengkan kepala selepas mendengar penjelasan menantunya tadi. Liza pun begitu.
Bunyi enjin kereta kedengaran di hadapan rumah. Pintu rumah dibuka kasar seperti hendak tercabut dihempasnya. Aric berlari ke biliknya di tingkat dua. "Rafiq!" Aric terus menerpa ke arah suaminya yang berada dalam pelukan ibu tunggal itu.
"Rafiq. Kau okey ke? Aku dengar kau panggil nama aku tadi. Kenapa? Kenapa? Deorang kacau mimpi kau lagi ke?" Tanya Aric yang sudah tidak mampu menahan air matanya.
Kedua ibu mereka terkejut mendengarnya.
"Rafiq, jawab la. Kenapa kau diam je? Kau dah bencikan aku ke?" Marah Aric secara tiba-tiba. Hati gadis ini tiba-tiba rasa sakit.
Puan Dayah meleraikan pelukkannya. Rafiq melihat Aric yang menangis dengan pandangan polos. "Kenapa kau balik? Meeting dah habis ke?" Soal Rafiq dengan tenang. Entah hilang ke mana ketakutannya tadi.
Aric merentap kolar baju t-shirt Rafiq. "Aku balik sebab kau la. Aku dengar kau panggil aku."
"Tipu la. Jauh macam tu pun kau boleh dengar ke?"
"Aku tak tipu la. Aku serius. Sebab aku sangat cintakan kau. Tak kiralah apa yang berlaku kepada kau sekali pun. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan cuba lindungi kau sehingga ke hujung nyawa." Tegas Aric.
Rafiq memeluk Aric. "Maafkan aku kalau aku ni tak berguna. Terima kasih sebab kau masih terima aku yang lemah ni."
"Dah tentula sebab kau satu-satunya perempuan yang aku sangat sayang." Ujarnya dengan menganggap dirinya lelaki biar pun di hadapan ibu mereka.
"Kau memang tak habis-habis nak bergurau, Aric." Rafiq terketawa.
Pandangan Aric menjadi kabur. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. "Rafiq..."
"Ya, sayang. Kenapa?" Rafiq mengusap lembut rambut isterinya.
"I love you very much." Ujarnya yang mengalirkan air mata.
Rafiq pula terkejut melihat kesan darah yang melekat pada tapak tangannya selepas dia mengusap rambut Aric tadi. Darah itu kemudiannya mengalir pada dahi Aric. "Aric?"
Tangan Rafiq menggeletar. "Mama. Aric, ma. Kenapa kepala Aric berdarah?"
Datin segera menerpa anaknya. "Arika!"
Aric yang masih seperuh sedar itu masih mampu mendengar suara-suara di sekelilingnya tetapi dia tidak mampu menjawab panggilan tersebut.
Rafiq bingkas bangun sambil mendukung Aric untuk dibawa ke hospital. Langkahnya pantas menuju ke pintu rumah yang terbuka luas. Alangkah terkejutnya Rafiq apabila dia melihat kereta Ferarri merah milik Aric habis remuk pada bahagian hadapan dan tempat penumpang hadapan. Tidak tahu di mana dia kemalangan yang pasti bukan dengan lori minyak tadi. Sepatutnya Aric dah mati sebab teruk sangat kereta dia. Rafiq hampir terduduk. Ibu-ibu mereka turut terpaku di hadapan pintu rumah.
Mizu rasa macam nak tamatkan je cerita ni. Dah tak tahu nak tulis apa lagi.
(Mizuki Mizu)
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...